16
Wed, Oct
15 Artikel Baru

Asyura muafakat PAS-Umno Kg Pak Dollah

Komuniti
Typography

BUKIT GANTANG: Setiap kali tiba bulan Muharam, pastinya tradisi bubur asyura diteruskan dengan semangat kejiranan, kemasyarakatan serta kekitaan melalui perkongsian tenaga atau kos perbelanjaan.

Menerusi tradisi itu, PAS Kampung Pak Dollah dan Umno Kampung Pak Dollah telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura secara gotong-royong di perkarangan rumah Ramli Harun, di sini kelmarin dahulu.

Program ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti kebajikan dengan bergotong-royong serta mengagihkan bubur Asyura kepada penduduk setempat.

Program ini juga memberi kesempatan kepada pihak PAS dan Umno untuk beramah mesra dengan penduduk sekitar, selain dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama.

"Sebanyak 200 pek bubur asyura diagihkan kepada masyarakat setempat supaya mereka dapat sama-sama merasainya.

"Walaupun ia dilakukan secara sederhana, kemeriahan dan keceriaan sesama masyarakat dapat dilihat semasa mereka mengacau bubur asyura secara gotong-royong," kata Ketua PAS Kampung Pak Dollah, Ramli Harun.

Dengan mengambil kesempatan di bulan Muharam, program kerjasama antara PAS dan Umno ini bertujuan menyantuni penduduk dan menyampaikan mesej Penyatuan Ummah. - HARAKAHDAILY 19/9/2019   

IMG 20190919 WA0024

IMG 20190919 WA0025

 IMG 20190919 WA0026

IMG 20190919 WA0028