16
Wed, Oct
15 Artikel Baru

Penyatuan Ummah penyelesaian terbaik

Komuniti
Typography

PEKAN: Umum menyaksikan penyatuan dua parti Melayu terbesar di Malaysia 14 September lalu di mana auranya masih terkesan di Surau Madrasah Al-Husna Jalan Rompin Lama, di sini malam kelmarin.

Pembentangan dan ulasan mengenainya dibarisi oleh tiga ahli panel dari pimpinan PAS Kawasan Pekan iaitu Pengarah Jabatan Pilihan Raya, Nazhar Othman dan Setiausaha PAS, Kamaludin Sulaiman.

Juga Bendahari, Mohd Naim M Nor, manakala Yang Dipertua, Ustaz Abu Kassim Manaf sendiri bertindak selaku moderator dalam majlis yang turut diikuti pendukung Penyatuan Ummah setempat.

Ustaz Abu Kassim menyifatkan keperluan menyampaikan agenda peristiwa bersejarah itu amat penting lebih-lebih lagi memberi kefahaman secara meluas di peringkat bawahan.

Katanya, hanya dengan penjelasan akan membolehkan setiap ahli dapat mengetahui kejadian sebenar, sekali gus menggelakkan daripada dipenggaruhi oleh anasir luar yang sudah hilang jati diri Islam dan Melayu dalam diri mereka.

Menurut beliau lagi, penyatuan di antara PAS dan Umno selaku parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia merupakan solusi terbaik dewasa ini dan ianya tidak bercanggah dengan Islam.

Nasihat beliau, memandangkan ianya satu permulaan yang baik, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli PAS dalam menjaga akhlak dan batas-batas Islam dalam mendepani cabaran besar bakal dihadapi.

Pembentangan secara dua hala ini memberi peluang kepada hadirin untuk bertanyakan soalan dan juga memberi pendapat masing-masing. - HARAKAHDAILY 19/9/2019 

IMG 20190919 WA0007