16
Wed, Oct
15 Artikel Baru

Bengkel Designing asah bakat 'Alimat

Komuniti
Typography

GOMBAK: Lajnah 'Alimat dan Pembangunan Keluarga Dewan Ulamak PAS Pusat telah menganjurkan Bengkel Designing bertempat di Tahfiz Al Furqan, di sini kelmarin dahulu.

Bengkel disertai wakil dari pelbagai negeri ini melibatkan Ahli-ahli Jawatankuasa IT 'Alimat PAS Negeri dan Pusat, selain turut terbuka kepada para 'Alimat yang berminat.

Pengerusi Lajnah, Ustazah Ana Mastura Ismail mengharapkan para peserta akan dapat memberi sumbangan kembali kepada lajnah dengan pendedahan yang diperoleh melalui program ini.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa akan ada bengkel designing susulan kepada program ini, bertujuan memantapkan kemahiran para peserta dalam kelompok yang lebih khusus.

Pengendali Bengkel Designing kali ini ialah Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi yang juga merupakan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Ulamak PAS Pusat telah berpengalaman 10 tahun di bidang ini.

Beliau telah berkongsi pelbagai teori tentang teknik-teknik designing, di susuli dengan latihan praktikal secara individu bagi mendesign poster, back drop serta flyers.

Ustaz Zulhafeez turut membekalkan teknik-teknik yang perlu dikuasai oleh designer dari sudut cara mendapatkan gambar internet serta kaedah meletakkan harga pada penghasilan bahan yang dihasilkan. - HARAKAHDAILY 18/9/2019