Kohilal mulakan 'road show' di Kelantan
Azmunyza Ayob   
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Koperasi Al Hilal Malaysia Sdn. Bhd. akan memulakan “road show” untuk mengembalikan semula ingatan dan menyemarakkan semula  penggunaan barangan yang bermottokan “ Hilal Yang halal”.

Menurut Bendahari Kohilal, Dr Md. Yusnan Yusof, Kelantan telah dipilih sebagai  negeri pertama bagi  'road show' tersebut  untuk berrtemu anggota  dan stokis serta mereka.

Program “road show” tersebut akan diadakan pada 30 Januari 2010 di Dewan Utama, Kelantan Trade Centre (KTC),  yang terletak berhampiran Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

Jelas Yusnan, program ini  adalah sebagai suatu usaha untuk membangunkan semula Kohilal  dengan berpegang kepada tujuan asal penubuhannya  untuk menyediakan barangan keperluan harian yang halal.

Program jualan barangan Kohilal akan bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari yang sama.

Pihak Kohilal juga akan membuka kaunter untuk permohonan pendaftaran baru anggota koperasi dan permohonan anggota-anggota untuk menjadi stokis.

"Mereka yang telah mencukupi saham sebagai anggota dan ingin menjadi stokis hanya perlu membuat pembelian pertama yang bernilai sebanyak RM350 dan memastikan pembeliaan tahunan  tidak kurang dari RM2000.00 sahaja.

"Bagi mereka yang berminat untuk menjadi stokis tetapi belum menjadi anggota Kohilal mereka perlu mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota dengan menjelaskan bayaran proses sebanyak RM27 dan bayaran saham anggota sebanyak RM500 dan seterusnya memohon untuk menjadi stokis," katanya.

Sehingga kini katanya, pihaknya sedang  berusaha untuk mendapatkan persetujuan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob bagi  melancarkan barangan baru Hilal seterusnya memimpin solat hajat bersama-sama anggota Lembaga Kohilal.

Semua pihak dan orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama membeli dan menyemarakkan lagi program 'road show' Kohilal  yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

 

Bookmark and Share

Adv Premium inside