Abdul Aziz Ismail: Kota Seputeh, keputusan mahkamah tepat | Print |  E-mail
Abdul Aziz Ismail   
Mahkamah Tinggi membuat keputusan tepat apabila mengisytihar kerusi Dun Kota Seputeh di Kedah kosong dan mengarah satu pilihan raya kecil segera diadakan.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin membuat keputusan, penyandang dari Barisan Nasional, Datuk Abu Hassan Sarif gugur kelayakan sebagai wakli rakyat kerana gagal menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut.

Keputusan itu mengundang satu pilihan raya kecil harus diadakan 60 hari dari tarikh pengosongan jika Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman itu.

Dalam penghakiman yang mengetepikan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini, hakim menyatakan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika mengekalkan Abu Hassan sebagai ahli Dun kawasan tersebut.

Menurut beliau, Perkara 51, Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menyatakan dengan jelas berlaku kekosongan kerusi sekiranya seorang Adun tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Kata Hakim Alizatul lagi, SPR telah bertindak tidak rasional dan silap apabila apabila menerima sijil cuti sakit Abu Hassan setelah beliau didakwa speaker dewan dan tarikh sijil yang meragukan.

Peguam Kanan Persekutuan yang mewakilli Abu Hassan akan mengemukan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu yang jelas membuktikan hakim wanita telah bertindak yang adil dan saksama bersandarkan alas an-lasan yang logic.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Alizatul itu pasti menghampakan BN terutama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana sikap sambil lewa dan angkuh Adunnnya di kawasan itu yang menganggap ringan soal kedatangan beliau di mesyuarat dewan.

Sungguhpun BN kalah di Kedah dan PAS berjaya memerintah mewakili Pakatan berdasarkan kelebihan kerus Dun yang dimilikki, Adun BN tidak boleh mengambil sikap acuh tidak acuh tentang kehadiran yang septutnnya diambil berat pada setiap kali mesyuarat persidangan dewan.

Kegagalan Umno Kedah membentuk kerajaan tidak boleh dijadikan alasan bahawa setiap Adunnya tidak perlu hadir mesyuarat dewan walaupun mereka boleh menanggap tiada perkara penting yang perlu dibincang.

Sikap Abu Hassan yang sengaja tidak hadir dua kali berturut-turut mesyuarat dewan  menunjukkan beliau tidak menghormati dewan di mana beliau menjadi salah seorang anggota ahlinya.

Jika Adun BN lain boleh hadir, kenapa tidak beliau? Adakah beliau fikir tiada faedah menghadiri mesyuarat kerana semua agenda tidak memihak BN dan semata-mata perbincangan berkisar soal kepentingan ehwal Pakatan Rakyat sahaja?

Jika beliau hadir, pastilah beliau boleh membahas atau mempersoal dan turut sama perbincangan mesyuarat sebagai ahli dewan yang mewakili kawasannya? Bukankah beliau patut mengadu dan membawa apa saja masalah rakyat kawasannya untuk dibincang di dewan yang mulia di mana beliau sudah dipilih sebagai wakil rakyat yang sah dan menang dalam pilihan raya lalu?

Banyak isu dan perkara yang wajar dibangkit dalam dewan jika beliau benar-benar serius mahu menjalankan tugas sebagai wakli rakyat yang dipilih?

Inilah sikap sambil lewa wakli rakyat BN apabila negeri yang sudah lama diperintah tiba-tiba tanpa dijangka jatuh  ke tangan Pakatan. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa dewan sudah dikuasai ahli dari Pakatan dan tidak yakin kebolehan anggota Pakatan mengendalikan mesyuarat dengan lancar.

Sepatutnya jika mereka tidak yakin sekalipun, mereka perlu hadir sebagai menghormati dewan sebagai ahli yang sudah dilantik rakyat?

Perkara ini sepengetahuan kita, belum berlaku kepada Adun Pakatan yang pernah lama menjadi ahli pembangkang dalam dewan ketika BN memerintah.

Ini menunujukkan sikap tidak profesional seorang Adun BN yang patut menerima hukuman kerana sikap angkuhnya itu. Walaupun Abu Hassan menganggap sebagai perkara biasa bagi orang politik dan tidak sedikit pun kesal atau kecewa, hukuman yang diterima sekarang adalah sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.

Ddan sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada semua Adun dan ahli Parlimen BN serta Pakatan tentang tanggungjawab mereka sebagai wakil yang sudah dipilih rakyat.