Usaha sistematik sedang dibuat untuk tekan Nor Mohamad | Print |  E-mail
Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Usaha nampaknya sedang dibuat dengan sistematik oleh para penyokong Tun Dr Mahathir untuk mengeluarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dari kabinet.

Sekurang-kurangnya, tiga blogger pro-Umno menulis mengenainya. Rocky bru, bigdogdotcom dan Another Brick on the Wall mengulas mengenai usaha ini.

Nor Mohamad didakwa melakukan tindakan untuk kepentingan dirinya apabila menjalankan aktiviti melalui Khazanah Holding dalam urusan pengambilalihan Pantai Holding, syarikat strategik yang berasaskan kesihatan.

Ia bermula apabila Parkway Holdings, membeli 5 % saham Pantai pada 4 Ogos 2006 ketikamana syarikat milik kerajaan Singapura itu sudah memiliki 31 % saham.

Ini menjadikan, Pantai dikawal oleh syarikat asing iaitu milik GLC Singapura itu.

Apabila rakyat Malaysia bising, melalui Khazanah, sahamnya dibeli balik dengan cara yang sangat mengelirukan dan dikatakan memberikan keuntungan besar kepada Nor Mohamad.

Satu lagi dakwaan terhadap Nor Mohamad ialah kegagalan beliau menguruskan sumbangan royalti Petronas kepada kerajaan Malaysia.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Petronas telah menyumbang sebanyak RM253.6 bilion kepada kerajaan pusat dalam bentuk cukai, royalti, duti ekspot dan juga dividen.

Namun, ke manakah wang sebanyak itu dibelanjakan tidak dapat dilihat dengan nyata oleh rakyat negara ini.

Dan bagi bigdogdotcom, Nor Mohamad yang patut dipersalahkan sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal perancang ekonomi negara.

-------------------------------------------------------------

KOMEN PEMBACA


Sejarah Hankyu Jaya dan Nor Mohamad

Sekitar 9 atau 10 tahun yang lalu kalau tuan perasan satu jenama pasaraya yang agak terkenal iaitu Hankyu Jaya dan juga Mun Loong. Pada mula saya bekerja di pasaraya terbabit, majoriti sahamnya dimiliki kaum cina.

Senang cerita pasaraya ni milik orang cina.Dalam beberapa bulan bekerja ada khabar angin menyatakan syarikat bermasalah..dalam masa yang sama juga khabar menyatakan seorang tokoh perniagaan melayu akan mengambil alih syarikat yang dalam keadaan gawat.

Hati agak lega bila dapat tau orang melayu boleh beli syarikat besar macam ni..Selang beberapa bulan benarlah seorang 'tokoh koprat' melayu yang belum pernah saya dengar namanya pada ketiga itu dilantik menjadi pengerusi.Beliau ialah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bermulalah era baru bagi kami sebagai kakitangan pasaraya besar yang dimiliki 'Orang Melayu'. Sebahagian besar kakitangan pengurusan berbangsa cina diganti dengan orang Melayu.

Pelbagai sistem baru diperkenalkan.Pelaburan utk sistem IT (SAP system) kalau tak silap saya lebih dari RM 2juta. Dipendekkan cerita selepas pengurusan baru yang dikatakan lebih efisyen mengambil alih syarikat, saya pun berhenti kerja kerana kurang selesa dengan cara mereka bekerja.

Setelah sepuluh tahun berlalu saya tak tau bila Hankyu Jaya dan Mun Loong berkubur dan berapa banyak kerugian yang ditanggung.Apa yang saya maklum keseluruhan kos pengambil alihan menjangkau ratusan juta ringgit.

Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah bagaimana seorang yang mempunyai rekod pengurusan yang buruk boleh dilantik sebagai menteri kewangan. Mungkin kalau isu ini boleh diselidik dan diperincikan akan membuka mata masyarakat.

Syamsudin