|
KEPALA BATAS, 16 Nov: Peruntukan pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi Parlimen Kepala Batas, iaitu parlimen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di dakwa telah ditarik oleh kerajaan persekutuan.
Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.
Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.
"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.
Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.
" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.
Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.
Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.
Sila hantar komen untuk berita di atas ke:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
_______________
KOMEN PEMBACA
_______________
1. Itulah bila seseorang dah hilang kuku dan taring, terima je nasib sebegini . - Noorma.
2. Baru pak lahhh tauuu langit tu tinggi rendah. - Jais Pomen, Putrajaya.
3. Salam,Tun Abdullah berhijrahlah dari BN kepd PR kerana Hijrah itu sendiri mempunyai kekuatannya tersendiri.Saya merasakan bahawa Sikap dan cara Tun Abdullah adalah lebih mirip kepada lemah lembut dan disenangi oleh rakyat dengan tidak menampakan kesombongan, itu adalah bersesuaian dengan cara Tuan Guru Nik Aziz.Sekiranya penghijrahan ini terjadi ianya akan menjadi satu tamparan hebat kepada BN dimana TAMPA BERGANTUNG KEPADA MEREKA Tun Abdullah juga mampu menunaikan tanggungjawab kepada Rakyat dikepala batas. - nua.
4. Pak lah orangnya lemah lembut, rasakanlah sekarang ni orang yang lemah akan dipijak pijakanya... Pak lah banyak buat janji tapi tak dikota, cikarang rasakan dah dipermainkan pula rasa leee ya aaa kaciah ya tapi apo nak buat ya.......kuasa dah hilang. - wan muhammad.
5. Tuan, Ini merupakan salah satu penyelewengan yang sering dilakukan oleh pemimpin Negara Malaysia. Mereka telah dan akan menggunakan wang negara bagi kepentingan diri mereka mengatasi kepentingan rakyat . - Kamarulzaman.
KOMEN DITUTUP, terima kasih atas segala maklumbalas.
|