Sidebar

18
Thu, Jan

PAS serah memo bantah pesta arak

Berita
Typography

MEMORANDUM Bantahan Pesta Arak oleh Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Selangor telah dihantar ke Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jalan Yong Shook Lin, petang ini.

Pertemuan mahabbah empat dewan itu dengan Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain itu turut disertai AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

"Bantahan ini adalah di atas hak berpesta kerana ia melibatkan masyarakat.

Apa jaminan mereka yang terlibat dengan pesta ini tidak keluar daripada kawasan berkenaan selepas selesai program dalam keadaan tidak mabuk dan tidak mengancam keselamatan masyarakat awam?" soal Khairuddin.

Difahamkan, permohonan untuk menganjurkan Oktober Fest telah dihantar namun ia didapati tidak lengkap kerana tidak memenuhi prosedur.

Meskipun begitu, PAS konsisten dalam menyatakan bantahan kerana masih terdapat permohonan untuk menganjurkan pesta sedemikian. – HARAKAHDAILY 27/9/2017