Sidebar

14
Mon, Oct

Orang sudah berubah hanya Mahathir tak mahu berubah

Nasional
Typography

MUTAKHIR ini serangan Mahathir terhadap PAS makin menjadi-jadi. Isu amanat, kafir mengkafir, dedak Umno dan lain-lain lagi.

Kalau dahulu DAP juga menjadi sasaran serangan Mahathir tapi sekarang tidak lagi. Mahathir menjadi pelindung kepada DAP. Dalam kenyataan saya sebelum ini; Undi PH adalah Undi DAP; tidak adapun kenyataan pimpinan DAP yang menyanggah; yang ada hanyalah kenyataan PAN, PKR dan ditutup dengan kenyataan Mahathir yang menyangkal dakwaan itu dengan menyebut; Undi PAS adalah Undi BN. mungkin Mahathir terlupa; PAS bukannya kompenan BN berbeza dengan PKR, PAN dan Bersatu yang menjadi kompenan bersama dalam Pakatan Harapan yang didominasi dan hanya mengharapkan kekuatan DAP.

KHALIL3Ketika rakyat Malaysia sudah berubah kerana kesedaran yang berlaku hasil daripada kelantangan PAS  dan seangkatannya dalam mempertahankan kesucian Islam. Hanya Mahathir yang tak nak berubah, masih lagi tidak menarik kenyataan-kenyataannya yang menghina ajaran Islam. Orang tak lupa kenyataan Mahathir yang menghina sunnah Nabi Muhammad SAW menyimpan janggut. Kata Mahathir; Nabi Muhammad SAW tak cukur janggut kerana pada zaman itu tidak ada pisau Gillette. Rakyat juga tidak lupa Mahathir secara rasminya melalui surat kepada almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak kanun jenayah syariah Kelantan.

Rakyat Malaysia termasuk juga orang-orang Umno sendiri ramai yang sudah berubah ke arah penghayatan Islam yang sebenar khususnya dalam isu hukum jenayah Islam; hudud dan qisas. Berpuluh tahun PAS bersabar menghadapi pelbagai tohmahan-tohmahan dengan menjawab dan memberikan penerangan dan penjelasan kepada masyarakat samaada Islam atau bukan Islam akan kedudukan hukum jenayah Islam. Akan tetapi Mahathir tak nak berubah, masih lagi mempertahankan kenyataannya hudud di Kelantan adalah hudud PAS. Dalam himpunan RUU 355 beberapa bulan lepas rakyat Malaysia termasuk ramai di kalangan orang Umno yang menyokongnya kerana mereka menyedari apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah benar. Mahathir masih lagi dengan dogma kafir mengkafir walaupun rakyat Malaysia sudah lama menolaknya.

Ketika rakyat Malaysia sudah berubah kepada Islam, Mahathir masih lagi mempertahankan Kasim Ahmad yang hina Islam kerana sikap anti hadisnya. Hari ini ditambah lagi bersama-sama dengan puak Siti Kasim yang memperjuangkan agenda Islam liberal yang mana mereka juga telah bersama PH.

Barangkali Mahathir sudah gelabah kerana pekungnya sudah terdedah satu persatu, daripada isu Memali sehinggalah isu penyelewengan Forex, BMF dan lain-lain lagi. Apa yang boleh dibuat ialah mengalihkan pandangan orang ramai kepada isu-isu yang sudah lapuk.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
29 Zulhijjah 1438 / 20 September 2017 - HARAKAHDAILY 20/9/2017