Sidebar

25
Mon, Sep

Pesta arak bercanggah dengan budaya, agama

Nasional
Typography

BADAN Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan melafazkan rasa syukur kepada Allah swt dan mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diatas penolakan permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang untuk diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Solaris Damansara.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata, DBKL telah menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu. Bagaimanapun katanya, DBKL telah memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan. "Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan”.

PAS Wilayah melihat bahawa penolakan permohonan ini adalah demi menjaga sensitiviti ummat Islam di Bandaraya Kuala Lumpur ini khususnya dan dalam negara ini amnya. Penganjuran pesta arak ini sangat tidak sesuai diadakan bukan sahaja bercanggah dengan agama Islam tetapi bercanggah juga dengan budaya sihat rakyat Malaysia. Ianya juga bukan sahaja memberi keburukan (mafsadah) kepada individu yang terlibat malah merosakkan masyarakat dan imej negara Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara Islam. “Mafsadah (keburukan) pesta arak itu terlalu jelas sama ada dari sudut individu, masyarakat atau negara.”

PAS Wilayah juga berpendapat bahawa penolakan permohonan dan seterusnya pembatalan pesta arak 'Better Beer Festival 2017' ini adalah selaras dengan perjuangan PAS yang lantang membantah penganjurannya sejak dari awal dan kami Istiqamah menentang segala gejala buruk dan maksiat dari terlaksana di dalam negara kita yang tercinta ini.

Akhirnya, kami PAS mewakili seluruh ummat Islam menyanjung tinggi tindakan DBKL dalam menangani polemik ini dan sekaligus meredakan kemarahan umat Islam dalam negara ini.

MOHAMAD NOOR MOHAMAD
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
18 September 2017 – HARAKAHDAILY 18/7/2017