Sidebar

19
Fri, Jan

Tahniah DBKL tidak luluskan pesta arak

Nasional
Typography

SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan DBKL yang telah menolak permohonan penganjuran pesta arak "Better Beer Festival 2017".

TAKIRI2DBKL telah membawa aspirasi rakyat Malaysia yang menolak penganjuran sebarang pesta tidak bermoral dan merosakkan rakyat. Diharap ia menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub aktiviti tidak bermoral dan tidak berakhlak.

Dalam masa yang sama, timbul persoalan bagaimana program tersebut telah diiklankan sejak Mei 2017 sedangkan kelulusan belum diperolehi. Adakah ia satu provokasi untuk melihat respons dan tindak balas rakyat Malaysia setelah program pesta arak seumpama dengannya berjaya dilaksanakan pada 2012 dan 2016. Kejayaan sebelum ini menjadi pendorong untuk mengadakan pesta yang sama pada 2017. Sekiranya tiada sebarang bantahan daripada masyarakat tentu sahaja pesta ini akan berjaya dilaksanakan.

Kita mengharapkan pihak berkuasa di seluruh Malaysia juga mengambil perhatian terhadap sebarang pesta yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral selaras dengan usaha memelihara salah satu Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Membina Negara Sejahtera"

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 18hb September 2017/27 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 18/9/2017