Sidebar

25
Mon, Sep

15 resolusi himpunan NGO Kelantan

Berita
Typography

LEBIH 53 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan menyatakan keazaman untuk terus bersama dan menyokong kerajaan negeri bagi mengekalkan pemerintahan PAS pada penggal akan datang.

Ia merupakan sebahagian 15 resolusi Sidang 2017, Pendayaupayaan NGO Kelantan yang diadakan di Hotel Grandriver View, dibacakan oleh Pengarahnya, Dr. Nazmi Ghazali Azmi petang tadi di sini.

Majlis yang dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Dato' Abdullah Ya'kob turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr. Ramli Mamat.

Resolusi tersebut diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr Ramli Mamat oleh Pengarah Sidang 2017 merangkap Pengerusi KNK untuk tindakan selanjutnya.

Bagi menyatakan sokongan itu, semua wakil NGO menandatangani Piagam NGO Pertahan Kelantan yang disaksikan dan penyerahan tandatangan itu kepada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 17/9/2017

15Resolusi 1