Sidebar

20
Mon, Nov

Kereta dihempap pokok akibat ribut

Komuniti
Typography

BEBERAPA kawasan di sekitar Bandaraya Alor Setar banyak pokok tumbang dan patah sehingga ada yang menghempap kenderaan akibat ribut kuat.

Kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin berlaku hampir 30 minit menyebabkan pokok tumbang dan patah di beberapa jalan dan kawasan perumahan.

Antara yang terjejas Plaza Tol Plus Lebuh raya Alor Setar Utara, Taman Uda, sepanjang Jalan Sultanah dan beberapa kawasan di Jalan Langgar.  

Susulan ribut diikuti hujan lebat mengakibatkan beberapa kampung di sekitar Anak Bukit dilanda banjir kilat.

Ketika tinjauan Harakah juga mendapati kawasan terbabit terputus bekalan elektrik menyebabkan kerja-kerja seharian penduduk tergendala.

“Walau bagaimanapun kami bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku,” ujar seorang penduduk ketika ditemui.

Kejadian serupa pernah berlaku dua tahun lepas yang membabitkan pokok tumbang sepanjang jalan lebuh raya antara Gurun dan Alor Setar sehingga berlaku kesesakan lalu lintas. – HARAKAHDAILY 10/9/2017