| Isu Razali Agus seleweng dana HEP |
|
Budak Kutu UM
Thu | May 10, 07 | 2:55:58 pm MYT |
|||||||
|
Saya merujuk pendedahan Ahmad Lutfi Othman tentang isu pasukan pemantau yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, dan dikendalikan Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 19 IPTA seluruh negara,bagi mengawasi aktiviti para mahasiswa semasa kempen pilihan raya kecil.
Saya lebih tertarik dengan belanja besar yang digunakan sekretariat itu, yang kebanyakannya diambil daripada dana Hal Ehwal Pelajar (HEP), sedangkan kegunaannya bukan untuk kebajikan pelajar, tetapi demi memuaskan nafsu orang-orang politik. Turut didedahkan ialah objektif utama pemantau iaitu untuk menangkap pelajar yang didapati berkempen menyokong pembangkang, manakala pelajar yang terlibat dengan aktiviti parti pemerintah, Umno-BN, akan dilepaskan begitu sahaja. Penyalahgunaan wang HEP untuk politik BN hendaklah ditegah sama sekali. Timbalan-timbalan Naib Canselor HEP yang begitu ghairah untuk menjadi "barua" kepada Umno-BN hendaklah diberikan peringatan jelas buat mereka: jangan mengkhianati wang yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan mahasiswa, kelak mereka akan diminta pertanggungjawaban di akhirat nanti. Ramai pelajar yang menghadapi masalah kewangan, sehingga ada yang terpaksa bekerja sambilan. Malangnya dalam masa sama pegawai-pegawai kanan universiti yang sibuk mengejar pangkat dengan "mengipas" orang-orang politik, berbuat sesuka hati menghanguskan wang itu dengan mudah. Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamad tidak boleh berlepas tangan. Beliau harus menjawab isu ini di Parlimen secara terbuka. Mustapa mesti mengaku bahawa KPT sudah menjadi agen politik kepada BN, dan merendahkan martabat IPTA kita sama seperti Kemas dan lain-lain agensi kerajaan yang diperkudakan semahunya untuk kepentingan sempit pemerintah. Golongan TNC yang bercita-cita besar dalam politik tetapi tidak berani turun ke gelanggang sebenar, seperti TNC HEP Universiti Malaya, Razali Agus, harus diambil tindakan. Tapi, dalam suasana hari ini, saya lebih percaya semakin ramai orang seperti Razali Agus yang beria-ia "mengipas" bos politik mereka untuk mengejar pangkat lebih tinggi walaupun martabat universiti terus menjunam. Kasihan mahasiswa hari ini, kampus bukan lagi medan kecemerlangan tetapi menjadi alat dan perkakas untuk pegawai-pegawai kanannya mengejar kepentingan peribadi dan menunjukkan kepada pak menteri bahawa mereka merupakan penyokong kuat Umno, melebihi Pengerusi JKKK!_ |
|||||||