| Ucaptama Presiden sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu ke-10 |
|
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Jul 16, 06 | 1:24:24 pm MYT |
|||||||
Bersyukur kita ke hadrat Alllah S.W.T kerana dengan taufiq dan inayahNya, sekali lagi kita dapat berhimpun dan mengadakan ijtima' tahunan bagi kali ke-10. Ijtima' pada kali ini, begitu istimewa dan mempunyai erti yang amat besar kerana diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas PAS Negeri Terengganu.
PAS yang ditubuhkan pada tahun 1956, telah berusia genap 50 tahun. Pemilihan Dungun sebagai tuan rumah kali ini juga bertepatan, bagi memperingati kelahiran PAS Terengganu di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin Aman, Sura, Dungun. Ini juga bermakna gerakan Islam yang kita dukungi sedang melalui era kedewasaan. Setelah bergerak melalui liku-liku perjuangan yang penuh dengan mehnah, fitnah serta ujian daripada Allah. Semua ujian tersebut meningkatkan martabat ahli-ahli dan penyokong PAS sebagai penolong-penolong kepada agama Allah. Dalam tempoh lima dekad tersebut, Allah SWT telah mengurniakan banyak kemenangan sehingga membolehkan kita mencipta kegemilangan. Ia adalah hasil daripada semangat jihad dan pengorbanan pemimpin-pemimpin serta penyokong PAS yang terdahulu. Justeru, bersempena dengan Sambutan Jubli Emas ini, marilah kita merakamkan penghargaan yang berterusan kepada mereka serta sentiasa mendoakan agar sumbangan dan pengorbanan mereka diterima dan dilimpahi barakah oleh Allah SWT PAS sebagai wadah perjuangan, meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan para Assalafu Soleh. Perjuangan yang berpaksikan akidah, syariat dan pemerintahan, digerakkan melalui penyebaran ilmu dan semangat jihad penuh pengorbanan. Peranan PAS diperkukuhkan lagi dengan dasar ‘Kepimpinan Ulama' yang menjadi tonggak kepada saf kepimpinan PAS. Semenjak 50 tahun yang lalu, PAS mencipta pelbagai sejarah dalam mendaulatkan Islam di negeri Terengganu. Sepanjang perjuangan mendapatkan kuasa melalui pilihan raya, PAS telah melalui beberapa marhalah (fasa), marhalah kalah dan menang, sebagai pembangkang dan sebagai kerajaan. Dan setiap kali kita meniti liku-liku perjuangan ini, kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan terpinggir. Firman Allah SWT: Yang bermaksud; "Katakan wahai Muhammad, akan datang kebenaran dan akan hilang kebatilan kerana kebatilan itu pasti akan hilang." Sesungguhnya dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Umno itu, makin hari makin pudar. Antara dasar UMNO yang signifikan adalah, dasar politik suku, agama suku. Pada hari ini, rakyat telah menolak dasar tersebut. PAS telah membayar harga yang mahal untuk menentang dasar ini, sehingga 14 orang terkorban syahid di Memali. Mengimbas kembali pemerintahan PAS 2000-2004 Saudara saudari peserta dan pemerhati Ijtma’ sekalian, Sepanjang empat tahun pemerintahan PAS, kita telah meletakkan asas-asas yang sangat kukuh dalam mendaulatkan Islam dan membina kesejahteraan rakyat Terengganu. PAS telah membangunkan pemerintahan Islam Terengganu dengan membentuk pasukan (team) pentadbiran dan pengurusan yang terbaik. Kita telah memperkenalkan dasar pemerintahan yang berlandaskan Konsep Syura. Dalam hal ini, pasti para pegawai pentadbir negeri tidak akan melupai bahawa mereka diberi peluang menentukan dasar negeri, melalui Mesyuarat Pra-EXCO. Hanya negeri Terengganu sahaja daripada seluruh negeri-negeri Malaysia yang mempunyai amalan ‘Mesyuarat Pra-EXCO’, sebelum daripada mesyuarat mingguan EXCO. Kerajaan negeri pimpinan PAS mendaulatkan Islam di negeri Terengganu dengan meminda Undang-undang Tubuh Negeri ( Fasal IIIa ), meletakkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qias sebagai rujukan tertinggi. Enakmen ini telah diwartakan pada 1 Ramadhan, 1424 Hijriah bersamaan 27 Oktober 2003. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam telah dikemaskinikan menepati kehendak-kehendak siasah syari'ah dah hukum syara'. Selain itu, undang-undang baru yang tidak ada sebelumnya, telah digubal dan diluluskan. Undang-undang tersebut ialah: Undang-undang Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 Pelan Induk Perindustrian Negeri Terengganu. Yang bermaksud:” Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjid nya diatas dasar takwa kepada Allah dan keredhaan(Nya) itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya ditepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dia ke dalam neraka Jahannam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. Rakyat juga dapat melihat pemerintahan PAS yang telah membangunkan prasarana ekonomi untuk kesejahteraan rakyat melalui dasar-dasar: Reformasi Pentadbiran Tanah Saudara saudari peserta dan pemerhati Ijtima’ sekelian, Kita bersyukur kerana dapat memproses 120,000 permohonan tanah dan meluluskan 65,000 lot Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk rakyat Terengganu. Kita juga meluluskan dan memberi hak milik ke atas tanah ‘haram’, yang diimarahkan rakyat sejak puluhan tahun. Rakyat diberi hak mendapat tanah tempat tinggal dan tanah pertanian milik sendiri. Dasar ini menyelamatkan rakyat daripada rasa bimbang dan dukacita, yang berterusan sejak empat puluh tahun pemerintahan BN. Dalam Pengurusan Kewangan, pemerintahan kerajaan kita telah berjaya mencipta beberapa sejarah gemilang. Antaranya: Amalan rasuah berjaya dibasmi. BPR telah dijemput untuk menyiasat tanpa perlu memaklumkan kepada Menteri Besar seperti yang diamalkan oleh negeri yang diperintah BN. Memperluaskan dan meningkatkan taraf pengajian di KUSZA Mengadakan majlis-majlis tazkirah di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, agensi dan anak-anak syarikat kerajaan, bagi membetulkan arah tuju kehidupan manusia supaya semuanya menjadi hamba Allah dengan memahami bahawa kerja-kerja harian mereka adalah sebahagian daripada ibadah. Kerajaan PAS juga menubuhkan Tabung Darul Iman (TDI) dalam usaha menyelesaikan masalah kebajikan dan kesusahan rakyat. TDI terus dimanafaatkan kerajaan BN sehingga hari ini. Sesungguhnya selama empat tahun, amanah memerintah Terengganu telah kita hargainya dan jayakannya dengan penuh tanggungjawab. Kita mengembalikan kedaulatan Islam di Terengganu; iaitu menyempurnakan maksud kegemilangan budaya takwa, budaya ilmu, kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan kewangan, kebajikan, kemakmuran, keselesaan, pengembalian hak dan kemuliaan insan. Dan yang paling utama ialah mengembalikan kedaulatan negeri agar ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH. Saudara-saudari peserta dan pemerhati Ijtima’ yang dihormati sekalian, Menjelang Pilihan Raya Umum yang lalu, BN Terengganu berjanji kepada rakyat dengan janji lunak yang mengkhayalkan umpama kisah yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allah; Yang bermaksud: “Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata:”Hai Adam mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?”. BN berjanji akan membawa pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 25,000 orang setahun. Apabila mereka telah menang, rakyat telah menyaksikan, bukan peluang pekerjaan bertambah, tetapi pengangguran meningkat. Kerajaan BN telah menutup pusat-pusat pekerjaan dan memberhentikan pekerja. Antaranya adalah ; Kilang Permint Plywood (525 orang) Sektor pertanian semakin dipinggirkan. Sewaktu kita memerintah, kita telah memperluaskan kawasan Lembah Limau (Citrus Valley) yang menjadi kebanggaan dengan pengeluaran Limau Madu. Namun kini, industri ini, tidak lagi beroperasi. Konsortium Limau Madu telah ditutup. Rayuan syarikat-syarikat yang terlibat tidak dilayan. Majoriti penduduk luar bandar yang bergantung hidup kepada sektor pertanian, tidak mendapat faedah daripada kerajaan BN, walaupun mungkin ada sedikit bantuan, hanya boleh dibilang dengan jari. Tidak ada projek-projek perumahan baru untuk rakyat. Projek perumahan kos rendah ‘Mampu Milik’ yang diusahakan kerajaan kita dahulu, terabai, seperti yang berlaku di Mengabang Lekor di Batu Rakit. Mereka menjanjikan rumah-rumah untuk rakyat termiskin tetapi berapa buahkah yang telah mereka dirikan? Mungkin ada kelihatan binaan baru di Bandar dan pekan yang belum dimasuki atau yang baru dimasuki seperti di Wakaf Tapai dan Paka ! Tetapi itu semuanya hampir sepenuhnya dirancang dan dalam zaman pemerintahan PAS. Ternyata kerajaan BN ini seperti kata pepatah Melayu ‘Biar Papa Asal Bergaya’. Mereka mengutamakan perhiasan dijalan-jalan dan kawasan-kawasan perbandaran. Saban bulan atau minggu menukar pasu-pasu bunga dan pokok-pokok bunga. Membuat binaan dan meruntuhkan binaan dibulatan-bulatan, menambah pokok-pokok plastik disana-sini. Sebenarnya, hanyalah bertujuan untuk memberikan habuan politik kepada kuncu-kuncu mereka. Amalan pembaziran jutaan ringgit ini sungguh menyayat hati dan amat kita kesali. Rakyat dikejutkan janji pembangunan yang tidak pernah diimpikan untuk membangunkan lapangan terbang di Hulu Terengganu dan lebuhraya baru yang dirasmikan Menteri Kerja Raya di hutan Hulu Terengganu. Projek baru yang rakyat tidak pernah mimpi adalah Monsoon Cup, yang menghabiskan 260 juta wang rakyat, membina perahu-perahu layar dan chalet-chalet mewah, ketika rakyat menderita dimusim tengkujuh. Mereka membawa pelayan-pelayan wanita seramai 500 orang untuk maksiat dan berhibur. Lihatlah projek Masjid Kristal yang sedang dibina di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Kosnya ratusan juta ringgit dan kontraknya diberi kepada orang luar, bahan binaan juga di bawa dari luar, rakyat tempatan tidak mendapat faedah. Kita bertanya apakah hajat sebenar di sebalik pembinaan masjid kristal ini? Adakah demi mencari keredhaan Allah atau mengejar habuan dunia dan kesombongan di mata rakyat? Kerakusan Umno terserlah di bawah Idris Jusoh Saudara saudari peserta dan pemerhati Ijtima’ sekalian, Rakyat Terengganu tidak dapat memaafkan kerajaan pimpinan Menteri Besar hari ini, yang merampas tanah-tanah, dan merobohkan rumah-rumah rakyat di RTB Bujal, Pengkalan Merbau dan Belimbing Api. Lebih dari itu, masjid RTB Bujal dirobohkan dan tapaknya diratakan, supaya dapat dihapuskan kesan-kesan pemerintahan PAS yang lalu. Di sini, saya suka menyenaraikan beberapa siri kerakusan, penindasaan, kezaliman dan keganasan Umno negeri Terengganu di bawah pimpinan Dato' Seri Idris Jusoh; Perobohan Masjid Aliran Islam Liberal telah lama melanda negara jiran kita Indonesia. Aliran ini mendapat tempat di kalangan anak muda Indonesia kerana ajaran Islam Liberal membenarkan mereka beribadat di samping melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, selepas sahaja ahli-ahli Islam Liberal bersolat, mereka boleh minum arak dan bergaul antara lelaki dan perempuan. Alasan mereka, agama dan moral adalah hak individu. Kesan Islam Liberal ini begitu nyata sekali, apabila Jawatankuasa Kaukus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia bersama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato' Mohd Nazri Abdul Aziz dan mendapat sokongan beberapa Dato' Dr. Rais Yatim dan Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Sisters in Islam" adalah NGO pendokong utama penolakan ini. Umat Islam cuba diperkotak-katikkan oleh golongan bukan Islam dalam kes Moorthy. Implikasi daripada kes Moorthy, seramai sembilan orang menteri cabinet, diketuai Dato' Seri S. Samy Vellu telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri menuntut supaya undang-undang berkaitan pertukaran agama disemak semula. Mereka juga menuntut perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dipinda. Memorandum itu mengandungi cadangan "Majlis Perundingan Mengenai Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh." Beberapa NGO antaranya "Sisters in Islam" dan Majlis Berbagai Agama, telah mewujudkan satu badan yang dinamakan "Inter Faith Commision of Malaysia" atau IFCM (Suruhanjaya Antara Agama Malaysia) yang ditaja oleh sebuah NGO Jerman. Mereka mendesak kerajaan meluluskan memorandum yang telah dihantar oleh mereka untuk mencabar umat Islam. IFCM menuntut agar rakyat Malaysia hanya dibenarkan beragama apabila genap umur mereka 18 tahun. Sekiranya desakan ini diterima maka anak cucu kita akan datang bukanlah seorang Islam apabila mereka lahir. Kita juga tidak pasti apakah agama mereka, apabila mereka berumur 18 tahun kerana ibu bapa dilarang mengajar agama kepada anak-anak mereka. Anak-anak boleh menolak untuk diajar Islam kerana mereka dilindungi oleh undang-undang, sebagaimana cadangan yang dikemukan dalam memorandum IFCM. Mutakhir ini, Roadshow Pakatan Artikel 11, dianjurkan keseluruh negara, kononnya menjelaskan hak rakyat untuk 'menganut dan mengamalkan agama pilihan mereka'. Pakatan ini menuntut supaya peruntukan perkara 11, membawa erti kebebasan untuk meninggalkan agama atau murtad secara terang-terangan. Saudara saudari peserta dan pemerhati Ijtima’ yang dikasihi, Jatuh bangun kita dalam politik pilihanraya mengajar kita bagaimana berurusan dengan proses demokrasi yang tidak adil di negara ini. InsyaAllah, kita akan menangani sebaiknya menjelang pilihanraya umum ke-12. Untuk itu, saya mengulangi sekali ucapan saya di Muktamar PAS yang ke-52. 'kita menuntut agar sistem demokrasi dalam negara kita diperbaiki dengan seberapa segera. Tuntutan kita sekurang-kurangya ialah; Sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas, wibawa dan kompeten. Sebenarnya masyarakat telah yakin dengan usaha PAS, sejak dari awal penubuhannnya. Sokongan masyarakat terhadap isu-isu sensitif melibatkan Islam dan kepentingan umum, semakin meningkat. Para Pimpinan, ahli dan penyokong PAS di semua peringkat mesti meningkatkan pertautan (engagement) dengan semua pihak. Selaras dengan kewajipan menyertai pilihan raya sebagai 'muwajhah salmiah', kita mesti mendapat sokongan daripada semua pihak sebaik mungkin. Segala usaha yang dibenarkan untuk mendapat sokongan, adalah wajib, selaras dengan kehendak feqah, ‘apa yang tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib’. Iltizam PAS: Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera Saudara saudari yang dikasihi sekalian, Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kesejahteraan rakyat, PAS akan terus iltizam yakni bersungguh-sungguh untuk melaksanakan agenda Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera. walaupun BN telah merosakkan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan sepanjang pemerintahan PAS 2000-2004. Sekiranya PAS diberi mandat memerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-12, PAS akan komited dan beriltizam bagi mendaulatkan Islam dibumi Terengganu Darul Iman ini dan berusaha membawa pembawa pembangunan kearah kesejahteraan rakyat. PAS akan mengangkat semula panji-panji Islam di negeri Terengganu bagi menguatkuasakan undang-undang tubuh negeri yang telah meletakkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qias sebagai rujukan tertinggi undang-undang negeri dan seterusnya akan menguatkuasakan Hudud dan Qisas sebagaimana diwartakan. Agenda mengurangkan kadar kemiskinan rakyat akan terus diutamakan dan diperjuangkan. Rakyat Terengganu telah maklum bahawa sepanjang pemerintahan PAS kadar kemiskinan rakyat telah menurun dangan cepat (10.4%) sehingga meletakkan Terengganu sebagai negeri ke-4 termiskin di Malaysia berbanding di tempat ke-2 (13%) pada masa pemerintahan BN sebelumnya. Kini, kadar kemiskinan meningkat semula (16%) dan mengembalikan semula Terengganu di tempat ke-2 termiskin di Malaysia seperti sebelum PAS memerintah. Kadar ini jauh lebih tinggi berbanding dengan pusat iaitu 5.2%. Tanah-tanah rakyat yang telah dirampas dan rumah-rumah mereka yang telah dirobohkan akan dikembalikan semula kepada rakyat di samping terus memproses dan memberikan hak ke atas tanah-tanah yang direntah secara haram sekiranya menjadi hak mereka menurut hukum syarak. Gejala sosial akan terus ditangani dan diperangi untuk membina generasi masa depan yang bermaruah dan maju. Sesungguhnya generasi muda kita sedang dirosakkan oleh dasar-dasar negeri yang liberal yang hanya mengambil Islam dari sudut hadharinya sahaja tetapi menafikan kemurnian akidah dan syariatnya. PAS juga akan bersungguh-sungguh untuk menubuhkan sebuah dana khas bagi membangunkan keluarga sejahtera. Dana ini akan membantu belia dan beliawanis mendirikan rumahtangga, membantu ibu tunggal yang tidak cukup pendapatan dan membantu memajukan ekonomi keluarga miskin. Kita telah dapat membuktikan kejayaan penubuhan Tabung Darul Iman pada tahun 2002, semasa PAS memerintah dan ianya masih digunakan sehingga ke hari ini. Hak mendapatkan bantuan kerajaan bagi melanjutkan pelajaran anak-anak ke pusat pengajian tinggi juga akan diberikan keutamaan melalui peruntukan daripada hasil zakat dan juga keuntungan anak-anak syarikat kerajaan. Kita komited untuk melahirkan generasi muda yang berpendidikan dan berakhlak mulia, mampu mendepani tribulasi hidup dan bermujahadah untuk kebaikan hidup dunia dan akhirat mereka InsyaAllah royalti minyak Terengganu yang menjadi hak rakyat negeri ini akan terus diperjuangkan dan dikembalikan ke pangkuan rakyat. Sesungguhnya kedaulatan dan maruah rakyat Terengganu telah dihina dan terus dihina dengan penafian dan perampasan royalti daripada milik Terengganu menjadi milik kerajaan pusat secara yang tidak sah. Perampasan dan penafian royalti minyak adalah pengkhianatan Umno, hasil dari usul Umno Terengganu, yang dibawa oleh jurucakap mereka di Perhimpunan Agung Umno pada awal tahun 2000. Kita bertanya, manakah royalti minyak yang dijanjikan oleh BN yang telah dijanjikan kepada rakyat Terengganu sekiranya BN memerintah? Malah duit ehsan yang berjumlah ribuan juta ringgit itu dibelanjakan tanpa sedikit pun menghiraukan kepentingan rakyat. Pemerintah BN Terengganu tidak langsung mempedulikan hak rakyat ini. Yang miskin terus miskin tanpa pembelaan. Seperti yang telah kita janjikan dulu iaitu untuk menabungkan sebahagian daripada pendapatan royalti minyak bagi membangunkan rumah rakyat, Insya-Allah kita akan melakukannya sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-12 nanti. Penegasan penutup Saudara saudari peserta dan pemerhati Ijtima’ sekelian, Pada Ijtima’ kali ini, kami mengharapkan agar semua ahli dan penyokong PAS, dapat menghayati secara mendalam tentang tema ijtima’ ini. Segala intipati sejarah pasang-surut perjuangan PAS di Terengganu selama 50 tahun telah mendewasakan kita bagi membina landskap yang paling sesuai dan berkesan untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam di negeri ini. Justeru, Ijtima’ Kepimpinan kali Ke 10 ini dapat menghasilkan natijah yang mempunyai keertian yang amat tinggi (highly significance), dengan azam dan tekad kita untuk terus berkhidmat dalam mensejahterakan rakyat di bawah naungan Kerajaan Islam yang berdaulat. Bagi memastikan kelangsungan dan keberkesanan agenda perjuangan, kita sewajarnya meningkatkan iltizam dan jihad, mampu mengutama yang utama dan menetapkan fokus tugas kerja. Kami yakin kita cukup matang untuk menangani apa jua ujian dan mehnah dalaman mahupun luaran sama ada melalui pemikiran, emosi mahupun jasmani. Allah SWT berfirman; Marilah kita meningkatkan dan merealisasikan intima’ (kebersamaan) dalam jemaah melalui semangat muafakat dan at-ta’awun agar seluruh sumber dapat disepadukan bagi menjana kekuatan sebenar parti kita ketika berdepan dengan musuh. Justeru, kami harap perkara-perkara berikut diberi keutamaan oleh pimpinan di semua peringkat dan dilaksanakan dengan baik oleh aktivis parti : Memperkasakan jemaah dan memantapkan tanzim dengan gerak kerja menambah ahli dan membina kekuatan ahli melalui program latihan & tarbiyyah yang lebih intensif agar semua gerak kerja parti di semua peringkat menjadi lebih tepat dan berkesan Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Kesepuluh ini. |
|||||||