| RM10 juta hanya 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati |
|
Zulkifli Sulong
Fri | Sep 04, 09 | 12:43:55 pm MYT |
|||||||
|
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.
Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja. Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya. Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta. Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA. Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja. Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues. Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.
Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini. "Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan. "Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu. Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah." Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM. __________________ KOMEN PEMBACA __________________ 1. Setuju...patut didera 100 jam...dan humban dari menara KL. - Teropong Jauh, Shah Alam. 2. SPRM saja buat-buat siasat...konon nak jaga muka tok menterila tu. - Anak KL. 3. Betul kata teropong jauh.. patut humban lebih dari sekali mengikut kadar rasuah - hunt3, Segambut. 4. SPR dan SPRM tu sama sahaja. Ianya merupakan nama singkatan dan nama yang lebih panjang adalah SPRMBN – Siasat Pakatan Rakyat Menangkan Barisan Nasional….maksud suruhanjaya tu singkatan bagi SURUH DAN JAYA, SURUH belasah PR cukup-cukup DAN baru boleh menang dengan JAYAnya. Jangan lah rakyat terkeliru lagi. - MOHD ARDISHAM,KL. 5. SPRM ( SURUHAN - confirm orang suruhan umno dan mesti JAYAkan propoganda umno). atau lebih tepat singkatan dia jadi Suruhanjaya Pemusnah Rakyat Malaysia. nampak sangat lakonan mereka ini. dari air muka dah boleh tengok.. tak ada NUR langsung. keroh jer pemimpin2 UMNO ni..Mr. Atlantuya dah gelabah....dengan situasi mutakhir ini..DOAKAN PAS Berjaya memerintah Malaysia. -ex-gov-staff, Pekan. 6.Kadang2 pelik ngan permainan "director" dibelakang smua drama ini.. kesilapan2 kecil sebeginilah yg telah membuka mata rakyat dengan lebih luas tentang kerenah-kerenah mereka yang mempunyai kuasa. terlepas didunia tak ape, tapi di akhirat?? walhhualam.. tak takutkah mereka smua dengan hukum Allah? - MrPayid. 7. salam semua.. Harap-harap rakyat Malaysia buka mata pada PRU 13 nanti.. Sudah terang sekarang, kerajaan dibawah pimpinan UMNO/BN jelas tidak adil.. 1MALAYSIA yang dicipta oleh Datuk Nazak hanyalah retorik semata-mata.. Diharap kerajaan PR dapat memimpin Malaysia satu hari nanti.. PAS CARES FOR US. -77ADAM. 8. malaysia umpama filem hindi...... polis & kerajaan, majoriti dirasuah & ambil rasuah......- apalah ada pd SPRM bak kata lagu kumpulan rock FTG yang di gam olh Mantan P.M Dr. M : yg kaya makin kaya, yg miskin naik bas intrakota (skrg naik rapid k.l). - Keturunan PAS. 9.Isu yang menarik untuk diketengahkan....Jawablah SPRM, kenapa ada " double standard" ...tanpa ada rampasan komputer riba dan sebagainya...Kalau tak boleh jawab, mungkin boleh rujuk SPR.... "10 juta diberi pada penggal yang berbeza, dan pemberian itu sah" . - Sidang Perak. 10.SPRM wajar disiasat kerana bersikap double-standard, tapi siapa nak siasat??! Polis ?? Yang ni pun tak boleh pakai..Semua dah jadi baruah-baruah BN..Jijik betul..Zunar patut buat kartun, labelkan SPRM,SPR,POLIS,FRU yg seangkatan dengannya sebagai lembu-lembu atau babi-babi(lagi bagus) yg sedang ditunggangi oleh karakter2 dari budak2(menteri) gembala BN ...sebab mereka ini jijik yang melampau. Betullah tu Rakyat 'didahulukan' - 'dibom' dahulu, 'dicampak' dahulu, 'disembunyikan' dahulu, 'kasi mata lebam' dahulu. Bukalah mata hati anda. Amanah negara berada di tangan-tangan orang yang jahil. - BeliaJohorAnti-UMNO. 11.Sepatutnya pegawai SPRM yang tak ikhlas menjalankan tugas letak je jawatan kakitangan kerajaan dan masuk politik sepenuhnya. Kalau macam ni macam mana rakyat nak bergantung kepada kerajaan!!! Saya yakin ramai lagi yang cerdik pandai dan jujur di luar sana boleh isi jawatan di SPRM. - Zailan. (Harakahdaily kini akan menyiarkan respon pembaca terhadap semua berita yang tersiar. Sebarang respons untuk berita ini sila alamatkan ke: Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya agar dapat disiarkan)_ |
|||||||