Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam anjuran Gamis, 11 Julai ini
Intan Abdullah
Fri | Jul 03, 09 | 8:39:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Satu kongres pendidikan iaitu 'Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara' bagi menilai kembali keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara akan dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) pada 11 Julai di Auditorium D8, Putrajaya.

Iklan
 
 
   

Program yang turut mendapat kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pejabat Mufti Negeri Perak itu diadakan sebagai titik permulaan bagi membangkitkan kesedaran yang lebih serius di pihak pemerintah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengangkat martabat pengajian Pendidikan Islam, yang dianggap sebagai kelas kedua dalam menjadi enjin pemulihan kebobrokan akhlak generasi muda.

Menurut Pengarah kongres, Siti Munawirah Mohd Roslan, program tersebut juga menjemput penyertaan daripada para ulama, intelektual, pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, parti-parti politik, wakil institusi-institusi bukan Islam, pengajian tinggi awam dan swasta, mahasiswa serta orang perseorangan.

"Matlamat utama kongres ini adalah untuk membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara serta membetulkan pandangan umum (world-view) tentang pendidikan Islam yang sebenar," demikian ujarnya.

Kongres ini akan dilangsungkan selama satu hari bermula pendaftaran dari jam 8 pagi dan berakhir 6.30 petang.

Maklumat dan tentatif program akan diberikan pada masa kongres berlangsung.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20 yakni merangkumi kit seminar, jamuan makanan serta kos pengurusan. Penginapan tidak disediakan.

Untuk penyertaan kongres, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 11 Julai 2009 dengan menghubungi:

Peserta IPTA (Sazurina : 013-9359521), IPTS (Nur Liyana : 012-20575820), Sekolah (Najla : 013-6726260), Politeknik dan Inst. Lepasan SPM (Nur Hayati : 019-2783982), Kerajaan / Pertubuhan / Persatuan : (Zaim : 013-2001357)

Sebarang maklum balas boleh dirujuk ke alamat email Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau mengunjungi blog rasmi kongres iaitu http://kongrespendidikan.blogspot.com serta laman Web http://gamisdaily.com. _

 
  Iklan Teks
 

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu