Blogger Kickdefella ditahan polis
Irwan Muhammad Zain
Thu | Sep 18, 08 | 8:38:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) - Penulis Blog terkenal dengan nama Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz atau Sheih ditahan polis di rumahnya di Kota Bharu semalam.

Iklan
 
 
   

Menurut isteri beliau, Bariah Ishak yang dihubungi petang semalam, Sheih ditahan dibawah Akta Hasutan.

"Polis yang datang ke rumah pukul lima petang dan tahan Azidi untuk dibawa ke Kuala Lumpur," kata Bariah.

Tambah Bariah, tiga orang polis berpakaian preman itu datang menaiki sebuah pajero berwarna putih dan bercermin gelap menahan suaminya tanpa sebarang waran.

Sheih yang menulis diblog beliau kickdefella.wordpress.com, baru-baru ini menimbulkan kontroversi bila mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan terbalik sempena sambutan kemerdekaan.

Image Beliau membuat kempen tersebut kerana kecewa dengan nasib malang yang menimpa rakyat Malaysia akibat daripada kelemahan pentadbiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Sheih (gambar)bagaimanapun mempertahankan tindakan beliau itu dan menafikan bahawa beliau seorang yang tidak patriotik.- mr_

 
  Iklan Teks
 

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu