| Peserta tidak puas hati bantahan dibuat di stadium |
|
Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Jul 06, 08 | 2:44:05 pm MYT |
|||||||
|
KELANA JAYA, 6 Julai (Hrkh) - Para peserta Perhimpunan Protes Turun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), Kelana Jaya hari ini melahirkan kekesalan atas tindakan pihak berkuasa yang meminta pihak penganjur perhimpunan mengadakannya di dalam stadium secara tertutup.
Katanya, jika demonstrasi itu dibuat secara terbuka, atau di jalan raya, rakyat akan dapat melihat dengan jelas 'kemarahan' yang ditunjukkan terhadap kerajaan atas sikap sembrono itu. "Siapa yang akan dapat tengok betapa tidak puas hatinya kami sebagai rakyat yang kian teraniaya dengan kezaliman kerajaan.
Pada masa sama, dalam satu ucapan ringkasnya jurucakap Jerit, Kohila Yanesegaran berkata ini merupakan kali pertama dan terakhir perhimpunan seumpama itu diadakan di stadium tersebut. Harakahdaily turut dimaklumkan penganjur bahawa terdapat beberapa buah trak tentera yang berkawal di pintu masuk ke stadium berkenaan pada awal pagi tadi.
Kebanyakan yang hadir turut merungut apabila perkhidmatan talian telefon dan SMS tidak dapat digunakan pada sekitar awal pagi tadi sehingga program berhenti berehat untuk menunaikan solat Zohor. Suasana di luar stadium cukup meriah dengan gerai jualan barang-barang kempen Protes seperti tshirt, bendera, topi, pengikat kepala dan sebagainya, semuanya berwarna merah, yang dijual kepada pengunjung.
Jalan-jalan menuju ke tempat program turut mengalami kesesakan termasuk jalan-jalan utama menuju ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang dikawal serta mengalami sekatan daripada peserta dari negeri-negeri Pantai Timur, Selatan dan Sungai Besi. Meskipun pihak kerajaan cuba untuk memadamkan kemarahan rakyat serta melenyapkan peristiwa yang berlaku pada hari ini daripada pengetahuan masyarakat di luar sana, ia masih tetap mendapat liputan yang meluas media daripada dalam dan luar negara.
Dijangkakan kehadiran akan bertambah pada tengah malam ini dengan acara kemuncak perhimpunan hari ini iaitu ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang serta Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Petang ini, program akan diteruskan dengan ucapan Menteri-menteri Besar negeri Pakatan Rakyat yang dijangka akan memberi semangat serta pesanan kepada seluruh pejuang rakyat. - mns_ |
|||||||