| Anak tahanan ISA akan dikebumikan esok |
|
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Jenazah anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial akan dibawa ke kediamannya di Lorong Serai 8, Batu 11 1/2, Hulu Langat (berhampiran Masjid Kg. Sungai Serai) selepas Isyak, setelah segala urusan berhubung kematiannya selesai.
Sehingga berita ini ditulis, ayah Almarhumah, Shahrial Sirin masih belum tiba di hospital. Usaha ahli keluarga Almarhumah untuk menghubungi pegawai Cawangan Khas bagi mendapat kepastian di mana Shahrial berada menghadapi jalan buntu. Shahrial dilaporkan dibawa keluar dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi.
Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat jam 6.25 petang tadi. Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia. Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.
Moga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah, mengurniakan kesabaran kepada keluarganya dan menimpakan azab balasan yang setimpal kepada mereka yang melakukan kezaliman. Kepada mereka yang sedia menyumbang, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. Alfatihah. - tajdid_ |
|||||||