Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 esok
Mon | Jun 09, 08 | 8:17:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bersemuka" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.

Iklan
 
 
   

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan "Bersemuka" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.- tajdid _

 
  Iklan Teks
 

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu