| Anwar yakin MP BN sertai Pakatan Rakyat 16 September |
|
Harakahdaily
Sun | Jun 08, 08 | 8:08:51 pm MYT |
|||||||
|
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Hrkh) - Teka-teki penyertaan beberapa ahli Parlimen BN hampir terjawab dalam masa terdekat apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim melaungkan keyakinan rancangannya akan menuju kejayaan.
Kali ini Anwar menyatakan bahawa kemasukan ahli-ahli Parlimen BN itu seperti yang dirancangkan dimana tarikhnya ialah 16 September 2008 seiring dengan tarikh pembentukan Malaysia. Kini dengan kenyataan Anwar itu, usaha Pakatan Rakyat yang hanya memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat hamoir pasti berjaya. Namun Anwar enggan menjelaskan serba lanjut berhubung jumlah ahli Parlimen BN terbabit atas alasan keselamatan. Ujar Anwar, sesetengah daripada mereka (ahli parlimen BN) terpaksa pergi ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan dengannya. Justeru bagi Anwar adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama ahli Parlimen terbabit dalam masa terdekat ini. Anwar dengan nada yakin berkata pengumuman mengenai kemasukan ahli Parlimen BN ke dalam kerajaan Pakatan Rakyat akan hanya didedahkan apabila Parlimen bersidang semula. Namun, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara terperinci dengan barisan pemimpin Pakatan, ujar Anwar dalam sidang medianya di Damansara hari ini. Anwar turut menjelaskan bahawa beliau tidak memerlukan kebenaran dari Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerana sekatan politik yang dikenakan ke atasnya berakhir pada 14 April lalu. Anwar belum bertanding dalam pilihanraya kecil kerana masih berbincang dengan pemimpin lain parti tersebut dan juga dengan beberapa ahli Parlimen yang bersedia meletak jawatan untuk membolehkan beliau bertanding. Beliau telah menerima surat dari Pendaftar Pertubuhan yang membenarkan beliau untuk aktif semula dalam politik. Dalam hal lain, Anwar turut mengulangi pendirian Pakatan untuk menurunkan harga minyak jika mereka memerintah, dan menambah beliau lebih rela kehilangan jawatan daripada membiarkan rakyat merana. Anwar merupakan calon pilihan Pakatan untuk menjadi Perdana Menteri jika gabungan itu berkuasa. Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi Petrol dan RM1 bagi minyak diesel.WANN/wann. _ |
|||||||