Seragam sekolah: standard yang perlu dipertimbangkan
Nur Salbiha
Mon | May 26, 08 | 2:14:12 pm MYT

Merujuk kepada siaran media 21 Mei tentang pemakaian pelajar sekolah, saya begitu tertarik dengan cadangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, agar pihak Kementerian Pelajaran meneliti kembali sistem pemakaian pelajar perempuan bagi menengah dan rendah.

Iklan
 
 
   

Saya pasti, Pihak Kementerian sendiri telah menetapkan garis panduan dalam pemakaian pelajar. Namun kebanyakan pelajar sekarang tidak mengikut garis panduan tersebut, di mana pakaian yang dipakai adalah dari pelbagai fabrik kain (tidak standard) dan tudung yang sengaja dipotong lebih pendek berbanding keadaan yang sepatutnya. Keadaan sebegini bukan sahaja mengundang kepada masalah sosial, malah mengundang kepada keruntuhan nilai murni bagi umat Islam itu sendiri.

Jadi, saya sangat bersetuju jika sistem pemakaian pelajar sekolah ini diteliti dan diperhalusi kembali. Walaupun, kita semua sedia maklum, pelajar sekolah lebih kelihatan formal dengan pemakaian berwarna putih dari dulu lagi, namun ia tidak menjadi masalah sekiranya diubah demi meningkatkan lagi displin sosial masyarakat.

Atau sekurangnya, pihak Kementerian Pendidikan menyediakan fabrik khas berwarna putih, tebal (tidak transperent) dan diagihkan kepada semua sekolah, serta mewajibkan bagi setiap pelajar memakai pakaian dengan standard yang demikian.

Apa yang diharapkan adalah keselamatan diri pelajar dan nilai-nilai murni Islam yang wajar dibina bermula dari bangku sekolah lagi. Pelajar merupakan generasi perwaris negara yang wajar diberi perhatian seawal usia persekolahan mereka lagi.

Nur Salbiha
Edinburgh, Scotland, United Kingdom
_

Iklan Premium B Iklan Premium C
Iklan Teks Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu