| BN cuba mainkan isu perkauman - Guan Eng |
|
Mohd Sabri Said
Tue | Apr 08, 08 | 2:51:33 pm MYT |
|||||||
|
GEORGETOWN, 8 April (Hrkh) - Pertemuan antara Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi di Pejabat Ketua Menteri aras 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) merangka jalinan muhibbah untuk menghindarkan percakaran perkauman di Malaysia.
"Jika renggang bermakna BN boleh menang lagi maka tindakan merapatkan Pakatan Rakyat (PR) perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dihimpit penderitaan dan kezaliman termasuk kenaikan harga barangan dan petroleum, " ujarnya. Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan 'Majlis Silatulrahim Antara Agama' bagi merealisasikan situasi sekarang kerana rakyat melihat perkembangan baik untuk melahirkan pendekatan antara kaum. Ini kerana, setiap pendekatan PAS ada persamaan yang boleh digerakkan bersama kerajaan negeri selain bertindak merancang sebagai halatuju.
Sekarang ini tidak timbul lagi ketakutan orang Islam mengundi DAP atau bukan Islam mengundi PAS. Atas rasa kepentingan penyatuan berada dalam satu gagasan, PAS tetap berpendapat ia amat wajar diadakan bagi menghadapi BN yang semakin rapuh. "Kunjungan hormat saya pada hari ini juga inginkan satu pendekatan bersama bagi menyelamatkan rakyat sekaligus membawa rakyat ke satu tahap yang membanggakan, " tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu. Hadir serta bersama rombongan kunjung hormat pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh. - mks._ |
|||||||