| Said Shaban dipilih Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang |
|
Mohd Sabri Said
Fri | Mar 21, 08 | 10:14:08 am MYT |
|||||||
|
SEBERANG JAYA, 21 Mac (Hrkh) - Bekas guru, Haji Said Shaban dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya semalam.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Abbas dengan disaksikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Speker Dewan Undangan Negeri, Dato' Seri Yahya Abdul Hamid.
Kemudian di lantik ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan bersara pada tahun 2000. Tidak lama kemudian Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengambilnya sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Islam Pulau Pinang. Kini, walaupun sudah berhenti sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Islam Pulau Pinang namun usahanya diperlukan sebagai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Beliau bertindak mengajar seluruh guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) sehingga sekarang ini. Bila ditanya tentang tambahan wang KAFA sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Fairuz Khairudin semalam beliau bersyukur kerana kerajaan begitu prihatin terhadap kebajikan guru-guru KAFA. Baginya kenaikan gaji mereka sekurang-kurangnya memberi kekuatan dan semangat baru kepada guru KAFA. Selama ini guru-guru KAFA hanya mendapat daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) sebanyak RM500.00 manakala Jabatan Agama Pulau Pinang (Jaipp) menambah RM180.00. "Jadi sekarang seorang guru KAFA akan memperolehi RM730.00 hasil tambahan kerajaan negeri dan ini akan memberi semangat baru kepada guru-guru yang selama ini mengajar tanpa mengenal penat, " ujarnya gembira dengan anugerah tersebut. Menyentuh mengenai hasrat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairudin yang mahu mengembilangkan Islam ke mata dunia menerusi 'Generasi al-Amin' beliau berkata, ia amat sesuai sekali kerana generasi muda sekarang ini begitu kurang kemahiran dalam al-Quran. Maka, untuk membentuk generasi yang beramanah beliau berpendapat patut diselarikan dengan kemahiran al-Quran kerana di dalam kandungan ayat suci itu termaktub sikap amanah yang perlu diamalkan oleh semua manusia. "Memang baik sekali saranan itu kerana sekarang amalan amanah seolah sudah terhakis bersama keruntuhan moral remaja masa kini. "Jika dibendung dengan al-Quran ia pasti menyelamatkan banyak pihak daripada mengambil jalan pintas mengkhianati amanah yang diberikan. Ia sesuai dipraktikan oleh semua bangsa dan agama kerana al-Quran diturunkan bukan untuk orang melayu sahaja bahkan semua bangsa," katanya. - mr_ |
|||||||