Mohamad Nizar diperkenan jadi Menteri Besar baru Perak
Johari Jaafar
Wed | Mar 12, 08 | 6:40:22 pm MYT

IPOH, 12 Mac (Hrkh) - Desas-desus siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak yang baru terjawab apabila Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, yang juga Adun Pasir Panjang, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin diperkenankan dan disahkan memegang jawatan yang menjadi tumpuan awam itu.

Iklan
 
 
   

Jam 5.00 petang tadi, ketiga-tiga calon dari ketiga-tiga parti alternatif, Ngeh Hoo Ham (DAP) dan Mohd Radzi (KeADILan) serta Nizar (PAS) telah menghadap Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta, dekat sini.

Hasil pertemuan itu Raja Nazrin, yang mewakili Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah memperkenankan Mohammad Nizar sebagai Mentei Besar Perak yang baru.

Majlis angkat sumpah jawatan akan diadakan pada esok pagi, Khamis, di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. _

 
  Iklan Teks
 

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu