PAS adakan seminar ganti muktamar khas
Zulkifli Sulong
Thu | Oct 29, 09 | 1:36:34 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Iklan
 
 
   

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Sila hantar komen untuk berita di atas ke: Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

_______________

KOMEN PEMBACA

_______________

1.Sepatutnya tidak lagi timbul sebarang perbahasan berkaitan perkara tersebut. Musuh - musuh Islam sentiasa mencari jalan dan memperalatkan segolongan yang mengaku Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum syara,. mereka ini hanya menyalak untuk menarik perhatian awam akibat daripada kehilangan sokongan yang ketara dikalangan rakyat semasa pilihanraya umum lalu. Tekanan jiwa yang dialami oleh golongan tersebut semakin ketara. Qunut Nazilah adalah senjata utama kepada pendukung gerakan islam. Insya Allah yang Haq pasti menang dan Kebathilan pasti akan menemui kehancuran. Takbir. -Yusoff Abdul.

2. Khalayak sedang mendengar dan mengikuti dengan teliti perkembangan yang dikira amat menarik dalam PAS. Kita semua berserah kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi yang diketuai oleh Presiden untuk menangani isu ini dengan penuh hikmah. Kita berdoa semoga mereka tidak tersasar dari landasan benar ketika memperincikan setiap keputusan yang bakal diambil. Musuh-musuh sekarang sedang memerhati dengan penuh minat, masing2 bersemangat untuk memberi komen walahal mereka tidak layakpun untuk berbuat demikian jilka diukur kepada parti mereka yang penuh dengan tipu daya, saling cantas mencantas. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Mujahid, Pas sekarang mungkin berada dalam lekuk ketiga yang kita harap Pas bertambah kuat dan matang dalam menangani konflik dalaman. Diharapkan dengan seminar khas yang bakal diadakan nanti akan dapat menguraikan segala persoalan yang timbul kerana memang ini yang dianjurkan iaitu kembali kepada perbincangan yang memerlukan pandangan-pandangan yang bernas. - Baharuddin CD. _

Iklan Premium B Iklan Premium C
Iklan Teks Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu