| Mohamad Sabu ketuai post mortem PAS |
|
Harakahdaily
Tue | Oct 20, 09 | 8:36:58 am MYT |
|||||||
|
KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS telah melantik AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu untuk mengetuai satu jawatankuasa kajisiasat (post mortem) kenapa calonnya kalah teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad dilantik berdasarkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya kecil tersebut. Mustafa memberitahu perkara ini ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam. Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar kalah kepada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya itu dengan majoriti 5, 435 undi berbanding hanya 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Mustafa dalam pertemuan yang sama menjelaskan pandangannya dengan terperinci kenapa PAS kalah dalam pilihan raya ini. "Punca utama adalah undi pos yang tidak telus...bukan pilihan raya ini sahaja, proses pengundian undi pos di mana-mana sahaja dalam negara ini tidak telus. "Bagi saya, inilah punca utama kemenangan besar Umno," kata beliau yang berada di Bagan Pinang sejak sebelum hari penamaan calon lagi.
"Selain Bagan Pinang, Umno sentiasa menang di Dun Pangkor (kawasan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir) yang mempunyai 12,000 undi pos dan Sungai Udang yang mempunyai 10,000 undi pos," beritahu Mustafa. Oleh itu, beliau berpendapat, undi pos perlu dikaji semula bukan kerana dengki kepada Umno tetapi supaya negara ini dilihat mempunyai sistem pilihan raya yang telus. "Saya cadangkan, undi pos dikekalkan kepada pelajar dan diplomat yang berada di luar negara serta petugas SPR sahaja...yang lain undi biasa. "Pusat pengundian boleh dibuat di luar pagar kem pun tidak apa, asalkan parti-parti yang bertanding boleh menyaksikan dengan telus proses pilihan raya berjalan," katanya. Selain faktor undi pos, Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung berpendapat, faktor kelemahan PAS dan Pakatan Rakyat sendiri di Bagan Pinang juga menjadi faktor. "Bayangkan PAS hanya mempunyai 100 ahli sahaja di sini dengan hanya dua cawangan sedangkan Umno ada 30 cawangan di sini," katanya. Namun begitu, beliau menolak, masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebagai satu punca utama undi PAS merosot di kalangan orang Cina. "Kalau isu itu memberikan kesan, sepatutnya ia memberi kesan di Permatang Pasir lagi kerana isu di Selangor meletup menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir...kenapa di sana tidak?" soal beliau. Untuk undi kaum India pula, Mustafa berpendapat, antara puncanya adalah kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menembusinya kerana dikawal ketat termasuk oleh gengster. Di samping itu, curahan wang dan benda untuk mereka juga memihak kepada BN di samping kelemahan perkhidmatan para wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini. Namun beliau percaya, pilihan raya kecil ini bukan satu batu asas (bechmark) kepada pergerakan politik di negara ini kerana ia bukan satu neraca yang tepat untuk melihat politik Malaysia secara keseluruhannya. Sila hantar komen anda untuk berita di atas ke: Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya __________________ KOMEN PEMBACA __________________ 1.Post mortem harus dilihat dari semua sudut pandangan samaada dari pemimpin tertinggi PAS & PR, ahli-ahli PAS & PR, orang ramai terdiri dari penggundi2 yg menyokong PAS/PR, BN & pengundi atas pagar. Tak lupa juga pandangan daripada pemimpin2 UMNO/BN, pemerhati/penganalisis politik. Pandangan bloger juga harus tidak harus ditinggalkan begitu juga dgn pandangan orang ramai di luar Bagan Pinang. PAS/PR juga harus menyelidiki kesilapan semasa menjawab soalan2 yg berkaitan isu2 semasa supaya tidak dpt dimanipulasi oleh UMNO/BN. Saya rasa banyak isu2 yg berkaitan kerajaan PR yg tidak terjawab dgn baik, yg menimbulkan keraguan & tidak memuaskan hati rakyat. Para pemimpin tertinggi PAS juga kadang2 lebih banyak diam daripada menjawab sesuatu isu. Contoh isu di Selangor yang membabitkan Datuk Hasan Ali misalnya. Rakyat melihat Datuk Hasan Ali seperti bersendirian dalam memperjuangkan sesuatu yang hak, sedangkan pemimpin tertinggi PAS yang lain diam membisu. Rakyat mahu mendengar komen & pandangan sendiri dari Presiden berkaitan isu2 ini. Untuk menambahkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan parti. - macam-macam. 2.saya menyokong penuh mohd.sabu sebagai ketua post mortem pilihanraya bagan pinang kerana beliau mempunyai pengalaman luas serta kemantangan tentang perjalanan dan halatuju parti .Diharapkan dengan ilmu dan pengalaman beliau post mortem dilakukan secara betul dan telus ,bukan hanya menghala punca kekalahan kepada pihak bn.post mortem hendaklah dilakukan terhadap semua pihak yang terlibat dalam pilihanraya lepas. - marzuki. 3. Post-mortem perlu pemberatnya. Faktor-faktor kecil seperti penyokong lebih banyak berehat daripada buat kerja berilah pemberat yang paling rendah kerana dalam PRK Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang dimenangi oleh PAS juga begitu. - mohd zor. 4. 1. Kaum India nampaknya kecewa dengan kelembapan Kelab Penyokong PAS. Kelas ini telah dirancang begitu lama tetapi tiada kesudahan sehingga ke hari ini. Kaum bukan Melayu terkata-kata tetapi tak terkata. Mereka hanya menterjemahkannya melalui undi sahaja. 2. Apakah perubahan nasib kaum India yang majoritinya ketinggalan dan miskin khususnya di ladang-ladang. Di 4 buah negeri yang dikuasai PR, terdapatkah satu kemajuan ekonomi kaum India khususnya dan bangsa lain yang terhimpit umumnya. Setakat ini PR tidak dapat highlightkan kejayaan dan perubuhan yang dibawanya untuk menarik sokongan mereka. Akhirnya, mereka kata serupa sahaja PR dan BN. - Zamrud Timur. 5. Post mortem kekalahan PAS di PRK BP perlu dilihat pada diri sendiri dan jangan terlalu menuding jari menyalahkan umnobn. Perlu muhasabah diri kenapa kalah di semua 19 "polling streams" http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40892-pas-admits-makkal-sakthi-helped-bns-big-win Jangan tidak ambil peduli pendapat kaum bukan Islam yang telah berubah semula memangkah umnobn. Dengar pendapat mereka kenapa mereka kembali memilih umnobn walaupun pada PRU Mac 2008 telah mengundi PAS sebelum ini. Isu2 besar dan kontroversi di Selangor (yang ditimbulkan oleh Datuk Hassan Ali) perlu diberi perhatian terutamanya dari pandangan bukan Islam. Kemenangan demi kemenangan di PRK tidak bermakna kita akan terus menang. Bersyukurlah dengan kekalahan di BP kerana setidak2nya ianya adalah satu 'wake up call' untuk PAS dan PR amnya. Bersedialah menerima kekalahan sekarang jika tidak mahu kalah di PRU ke 13 akan datang. - MS. 6. Sebagai pengundi di bagan pinang, apa yang sering diperkatakan oleh pengundi di sini ialah bagaimanakah PAS boleh dimanafaatkan untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Tak ada duit tak ada peruntukan. Tak ada peruntukan, keperluan penduduk tidak dapat dipenuhi. Isa Samad sudah ada track rekod dalam memenuhi kehendak penduduk. Rasuah, ketelusan, pengurusan, integriti, dan semua management buzz word adalah tidak relevan dalam kontek penduduk di sini. Dunia lebih penting daripada akhirat. - Ammeran Mad. Komen ditutup, terima kasih atas komen-komen yang dihantar._ |
|||||||