Burukkan nama, OKU ingin ambil tindakan undang-undang
Mohd Sabri Said
Tue | Jun 16, 09 | 10:20:13 am MYT

BUTTERWORTH, 16 Jun (Hrkh) - Ahli PAS Cawangan Bagan Jermal, Butterworth yang juga warga cacat anggota (OKU), Farhat Shah Kazi Mohamad, 50, bercadang menyaman individu yang sengaja memburuk-burukkan namanya dengan melekat gambar berserta kata-kata yang tidak bertanggungjawab.

Iklan
 
 
   

Beliau ketika ditemui kesal individu terbabit sanggup membelanjakan wang untuk menyalin dan melekatkan gambar yang diambil daripada akhbar 'Suara Keadilan' semasa membantu kempen calon KeADILan, S. Manikumar di Bukit Selambau, Kedah lalu.

Di ruang bawah gambar tertera perkataan, 'Dulu PAS kemudian Umno sekarang ini PKR. Dapat bantuan daripada Barisan Nasional (BN) tak makan diuntung.... Hampehhhhh..'.

Katanya, sejak kejadian pemecatan Dato' Seri Anwar pada tahun 1998 beliau mengambil keputusan sertai PAS kerana yakin perjuangan yang dibawa oleh alim ulama mendapat keberkatan walaupun dicerca oleh semua pihak kononnya hidupnya menumpang tuah BN apabila mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.

"Sesiapa pun berhak menyertai parti mana-mana dia yang difikirkan sesuai. Tak usah dengki bila saya sertai PAS dan dapat pula membantu berkempen di Bukit Selambau orang Umno di sini marah dan sanggup berbelanja wang melekatkan gambar saya di merata-rata, " tegasnya yang tidak pernah mendapat apa bantuan daripada Umno melainkan sumbangan peribadi daripada ahli Umno yang bersimpati dengan nasibnya.

Beliau mahu orang yang melakukan kegiatan itu sedar dan memohon maaf di atas perbuatan tersebut sebelum membawa kes ini ke muka pengadilan.

Farhat Shah yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual barangan HPA di atas kerusi rodanya juga menyeru mana-mana pihak yang bersimpati dengannya dapat memberinya modal RM500.00 sebagai modal pusingan untuknya mengembangkan perniagaan tersebut.

Beliau yakin dengan berbekalkan minat dalam urusan perniagaan boleh mengubah hidupnya daripada susah kepada senang serta dapat menyumbangkan baktinya pada parti seperti orang normal yang lain.

"Saya menjual barangan HPA di atas kerusi roda sahaja kerana kecacatan dari kecil menyukar untuk bergerak aktif. Namun saya bersyukur mendapat rakan yang sanggup membawa saya ke mana-mana ceramah dan kempen pilihan raya tanpa jemu, " tambahnya lagi.

Memandangkan kerusi rodanya sudah lama dan kadang-kadang mengalami kerosakan beliau bertekad membelinya yang baru menggunakan elektrik sesuai untuknya berdikari.

Beliau yang tinggal bersama ibunya di Flat Jalan Mohamad Saad, Butterworth juga mengalami sakit jantung dan kencing manis terpaksa menggunakan 'Urine Bag' seumur hidup dan pernah belajar di Pusat Latihan Cacat di Cheras, Kuala Lumpur dalam bidang elektronik.

Kepada sesiapa yang bersimpati dan ingin membantu mendapatkan kerusi roda berelektrik boleh melakukan sumbangan terus ke akaun BSN Cawangan Bagan Jermal 07140-29-00012110-7 atau menelefon di talian 017-4177161. - mks._

Iklan Premium B Iklan Premium C
Iklan Teks Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu