| Laporan dan analisis Agenda Daily dibidas |
|
Basiron Abdul Wahab
Mon | Sep 08, 08 | 12:46:54 pm MYT |
|||||||
|
KUANTAN 8 Sept (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad membidas akhbar dalam talian Agenda Daily kerana laporannya yang dianggap tidak profesional dalam analisisnya.
Portal itu dalam analisisnya menyebut; Mac lalu, Wan Azizah memperolehi 30,338 undi sedangkan Anwar hanya mendapat 31, 195 undi sahaja. Jika dibandingkan undi mereka, Anwar cuma dapat lebih 857 undi sahaja. Kesimpulannya, dengan 857 undi baru yang memihak kepadanya, pemimpin de Facto PKR itu tidaklah sehebat mana walaupun mendapat sokongan dalam dan luar negara untuk memenangi semula kerusi Permatang Pauh yang diwarisi isterinya selama 10 tahun sebelum ini Menurut Suhaimi, hakikatnya dalam pilihan raya kecil selalunya pembangkang sukar menang. Kalau menang pun, majoritinya kecil. Ini kerana segala jentera kerajaan digunakan Umno, begitu juga dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh itu. Umno memanipulasi punggung Mohd Saiful. Sumpahnya dijaja merata-rata. Akhbar dan TV melaporkan berita negatif tentang Anwar dan penyokongnya tetapi Anwar tetap berjaya dengan majoriti bergaya, kata Suhaimi. "Saya cabar Agenda Daily menganalisis fakta di bawah ini," kata Suhaimi. Pilihan raya kali ini jumlah majoriti Anwar lebih besar dari jumlah undi yang diterima oleh Arif Shah. Dun Seberang Jaya diwakili Arif Shah manakala Penanti diwakili pemimpin PKR dan Permatang Pasir pula wakil PAS. Di bawah ini adalah undi mengikut Dun. Mari kita lihat siapa yang kena? Dun Penanti undi menyumbang kepada Anwar 8,054 undi, Arif Shah (4,229) dan Hanafi (27). Dun Permatang Pasir, Anwar mendapat 12,034 undi, Arif Shah (4,381) dan Hanafi (26). Di Dun Seberang Jaya, Anwar memperoleh 11,084 undi, Arif Shah (6,345) dan Hanafi (36). Untuk pengetahuan semua Arif Shah adalah wakil rakyat di Seberang Jaya. Beliau tewas dengan majoriti 4,739 di Dunnya sendiri. Sepatutnya beliau menang di kubu beliau. "Kepada wartawan Agenda Daily, kalau nak jadi barua Umno pun, janganlah tunjukkan kebodohan tahap kritikal. Jadilah barua yang cerdik jangan jadi barua yang semata kerana menyokong parti yang disukainya," sindir Suhaimi._ |
|||||||