Putrajaya: Medan pertempuran intelek dalam PRU13

http://abuhassanadam.blogspot.com/ | .

Masih ada antara kawan-kawan yang mengatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 atas alasan bahawa kemenangan BN adalah atas faktor orang kampung. Kononnya orang kampung akan memberikan undi kepada BN kerana pengaruh radio, tv, guru KEMAS, pemberian wang, kain batik, kain pulikat (kain sarung) dan lain-lain. Lantas mereka mengatakan BN pasti akan menang juga akhirnya.

 

Aku ‘panas telinga’. Bukan kerana mereka kata BN akan menang. Bukan. Ini negara demokrasi. Aku sudah tentu tak setuju. ‘Pantang’ aku kalau ada yang memperlekehkan (memperbodohkan, memperkecilkan) orang kampung. Aku orang kampung ‘totok’ ( orang asli). Bagi aku aku orang kampung ( Melayu kampung) itu amat mulia hatinya. Lurus. Ikhlas. Tak pandai berpura-pura. Bagi aku perkataan kampung itu membayangkan ketenangan, harmoni, aman, ‘melancholy’.

 

Ringkasnya orang kampunglah yang  bertanggungjawa sekiranya sesuatu parti politik itu menang atau kalah. Mungkin betul tetapi tak semuanya betul. Aku kata begitu kerana,

 

  • Orang kampung sekarang bukan macam orang Melayu tahun 50an atau 60an. Sekarang mereka sudah banyak terdedah.

 

  • Kebanyakan orang kampung sekarang memiliki kelulusan minimum di peringkat SPM. Sekurang-kurangnya. Hanya bilangan kecil yang tidak  memiliki kelulusan sedemikian. Maknanya tentulah oleh berfikir dengan waras.

 

Dengan kesediaan Dato’ Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya memberikan kesempatan kepadaku untuk menarik nafas lega. Sebab. Putrajaya boleh dijadikan sebagai medan pertempuran golongan  intelek. Orang Melayu yang cerdik pandai. Golongan terpelajar. Sekiranya keputusan PRU13 nanti memihak kepada BN juga, maka terbuktilah bahawa bukan orang kampung (yang kononnya tidak berapa cerdik) saja yang memenangkan calon BN. Orang bandar yang cerdik dan terdedah pun begitu juga.

 

Dengan demikian sekiranya masyarakat di Putrajaya ingin membuktikan bahawa mereka adalah golongan intelek yang waras dan berfikiran rasional, maka mereka perlu melakukan sesuatu untuk memenangkan Dato Husam Musa. Trend pemikiran rakyat kini adalah amat berbeza dengan trend sebelumnya. Aku tak dapatlah nak mengatakan samada yang dilakukan oleh kerajaan BN itu betul atau tidak. Ada yang betul dan banyak juga yang tak berapa betul. Disinilah letaknya kebijaksanaan pengundi Putrajaya untuk membuat penentuan.

 

Hampir seratus peratus pengundi di Putrajaya adalah golongan terpelajar. Pegawai dan kakitangan kerajaan. Amat terdedah dengan berbagai punca maklumat. Akhbar, radio, TV dan internet. Dan golongan inilah yang menjalankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Merekalah yang menentukan maju mundurnya kerajaan sekarang. Di samping itu mereka amat tahu tentang masalah yang mereka hadapi apabila berhadapan dengan ahli politik yang sentiasa memikirkan tentang ‘survival’ poltik yang mereka dokong.

 

Dato Husam Musa tentunya mempunyai suatu hasrat yang terpendam mengapa beliau ‘berani’ menawarkan diri di Putrajaya, menyedari bahawa Putrajaya adalah suatu kawasan selamat bagi BN. Bukan kerana kehebatan penyandang wakil rakyat di situ tetapi kerana keadaan Putrajaya yang terdiri dari masyarakat yang seolah-olah terkepung. Dan bilangan pengundinya juga amat berkurangan berbanding dengan kawasan-kawasan parlimen lain.

 

Dato’ Husam akan mengembelingkan segenap tenaganya untuk ‘mencelikkan’ masyarakat Putrajaya tentang pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan oleh BN semenjah puluhan tahun yang lampau. Sekurang-kurangnya kehadhirannya di situ akan mencelikkan para pegawai dan kakitangan kerajaan yang menghuni berbagai kementerian di Putrajaya dengan berbagai pendedahan yang akan didedahkannya. Sekiranya impaknya tidak secara terus, namun sekurang-kurangnya imbasnya akan terkena juga. Pasti Dato Husam akan mempersoalkan tentang,

 

  • Kerajaan Kelantan yang tidak menerima royalti minyak sedangkan sepatutnya negeri itu berhak mendapatnya.
  • Penggunaan harta kerajaan yang digunakan oleh para menteri dalam kerajaan sementara untuk kepentingan parti BN dalam PRU 13.
  • Penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh para menteri dan kroni-kroni kerajaan BN.
  • Penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh ahli UMNO yang menggunakan status bumiputera (Melayu )demi untuk mengkayakan diri dan keluarga.

 

Tentulah banyak lagi isu-isu yang boleh dibongkar oleh Dato’ Husam untuk didedahkan kepada masyarakat yang kononnya amat celik dengan berbagai perkara. Dato Husam tentunya ‘berbahasa’ yang berbeza dengan ‘lagu dan irama’ yang pernah dilakukannya di Kelantan. Kononnya Kelantan dianggap sebagai kawasan luar bandar (kampung) oleh setengah orang. Dan kini ‘ orang kampung’ (Dato Husam) akan mencuba nasibnya di bandar, di kawasan elit yang berpendidikan tinggi.

 

Rakyat akan mendoakan agar ‘orang kampung’ ini akan berjaya dalam PRU13 nanti. Dan kepada golongan elit di Putrajaya, tunjukkanlah kesetiaan dan keikhlasan anda kepada ‘anak kampung ‘ ini. Sekiranya waras dan rasional hujah yang dikemukakannya, maka berikanlah undi anda kepadanya. Sekiranya ‘orang kampung’ ini masih tidak berubah dan tidak menampakkan satu anjakan dalam perjuangannya untuk menerokai Kurun ke 21, maka kekalkanlah calon BN yang ada.

 

Masyarakat Putrajaya akan membuat penentuan. Rakyat di Malaysia sedang memerhatikan tindakan anda kerana rakyat Malaysia secara keseluruhan sudah pun membuat keputusan dan penentuan lama sebelum pengumuman pembubaran parlimen untuk diadakan PRU13.

 

Abuhassanadam

11 April 2013

Share on Myspace