24
Sat, Aug
21 Artikel Baru

ProHAM tidak wajar persoal dakwah Islam

Nasional
Typography

TINDAKAN Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (ProHAM) yang mempertikaikan usahasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan UKM dan JAKIM untuk menyebarkan agama Islam kepada Orang Asli tidak boleh diterima sama sekali.

Umum mengetahui Perkara 11 (1) Perlembagaan Malaysia ada memperuntukkan bahawasanya setiap orang di Malaysia berhak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama. Walau bagaimanapun, fasal 4 jelas melarang penyebaran agama-agama lain selain Islam secara tidak langsung ia memberi keistimewaan kepada Islam berbanding agama-agama lain.

3Larangan ini sekali gus membuktikan tindakan MAIK, UKM dan JAKIM yang menyebarkan agama Islam tidak wajar dipersoalkan apatah lagi ia menepati peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 3 (1) iaitu Islam adalah agama persekutuan.

4Konsep dakwah Islamiyah adalah satu ‘seruan’ untuk mendidik masyarakat dengan nilai-nilai Islam serta cara hidup Islam dan sama sekali tidak membenarkan wujudnya segala bentuk paksaan untuk mereka menerima Islam. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud; ”Tiada paksaan dalam agama (Islam)”. Kebebasan beragama masih jelas terpelihara.

Hakikatnya, tindakan golongan liberal yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan hak asasi dengan mengutuk usaha penyebaran dakwah kepada orang asli dilihat bercanggah dengan perlembagaan sama sekali.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh ProHAM adalah amat tidak wajar sekali dan ia dilihat hanyalah sekadar menyekat masyarakat Orang Asli untuk membuat pilihan beragama.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SENATOR NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara
26 Jun 2019|22 Syawal 1440 – HARAKAHDAILY 26/6/2019