Undian Piala Dunia 2018 esok

Sukan & Budaya
Typography

UNDIAN bagi menentukan kumpulan untuk Piala Dunia 2018, akan diadakan di State Kremlin Palace di Moscow jam 6 petang esok waktu tempatan:

Untuk pemilihan tersebut, semua 32 pasukan diasingkan ke dalam empat balang. Pemilihannya ini berdasarkan status selaku pasukan tuan rumah dan ranking FIFA pada bulan Oktober 2017.

Balang Satu
Russia (tuan rumah)
Jerman (juara bertahan)
Brazil
Portugal
Argentina
Belgium
Poland
Perancis

Balang Dua
Sepanyol
Peru
Switzerland
England
Colombia
Mexico
Uruguay
Croatia

Balang Tiga
Denmark
Iceland
Costa Rica
Sweden
Tunisia
Mesir
Senegal
Iran

Balang Empat
Serbia
Nigeria
Australia
Jepun
Maghribi
Panama
Korea Selatan
Arab Saudi

Pasukan daripada keempat-empat balang akan diundi dan dibahagikan kepada lapan kumpulan iaitu Kumpulan A hingga H. Tuan rumah Russia akan mengetuai kumpulan A. Setiap kumpulan terdiri daripada empat pasukan. Pasukan daripada benua yang sama tidak boleh diletakkan dalam kumpulan yang sama, kecuali pasukan dari benua Eropah yang boleh mempunyai  maksimum dua pasukan setiap kumpulan.

Bekas penyerang England yang juga pemenang anugerah kasut emas di Mexico 1986, Gary Lineker akan mengendalikan pengundian dengan dibantu oleh wartawan sukan Russia, Maria Komandnaya.

Mereka turut dibantu oleh lapan legenda bolasepak dunia seperti Laurent Blanc (Perancis), Gordon Banks (England), Cafu (Brazil), Fabio Cannavaro (Itali), Diego Forlan (Uruguay), Diego Maradona (Argentina), Carles Puyol (Sepanyol) dan Nikita Simonyan (Russia). – HARAKAHDAILY 30/11/2017