ARC Pdg Besar pergiat kebajikan MOSWAY

Sukan & Budaya
Typography
PADANG BESAR: Alternative Riding Club (ARC) Kawasan Padang Besar telah mengadakan program ziarah dan sumbangan di sekitar Dun Santan, di sini semalam.
 
Program tersebut mensasarkan golongan miskin, orang kelainan upaya, sakit, warga emas, armalah dan yatim (MOSWAY).
 
Turut serta pada ziarah itu ialah Pengarah MTD Santan, Ustaz Yahya Ahmad; Ketua Unit Kebajikan ARC Perlis, Wan Halimi Wan Hamid dan Setiausaha ARC Padang Besar, Abd Hadi Hamid.
 
Sumbangan diberikan berupa keperluan harian yang diberikan kepada penerima sebagai tanda prihatin dan membina hubungan.
 
Menurut Pengarah ARC Perlis, Muhammad Nazuande Nazhime, selain agenda anak muda, usaha kebajikan juga menjadi program penting ARC.
 
Maklumnya, ziarah dilakukan bukan hanya kepada ahli PAS, tetapi setiap golongan yang perlu diberi perhatian.
 
Terdahulu, kumpulan itu telah mengadakan program tersebut di Dun Mata Ayer pada 12 November lalu. - HARAKAHDAILY 20/11/2017