Sidebar

Bisik Pada Langit

Minda

ALHAMDULILLAH, minggu lepas saya berkesempatan menonton filem Bisik Pada Langit. Mengimbau kembali kenangan sewaktu pergi menonton filem Syukur 21 lebih 15 tahun yang lalu sewaktu belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Maklumlah masa tu tak biasa ke panggung wayang dan berkopiah pula, rasa macam janggal skit. Tapi gagahkan juga dengan kawan-kawan untuk pergi demi mahu menyokong kumpulan Raihan, Nasyid dan Filem bertema Islamik.

Saya bukanlah nak mengulas terperinci mengenai filem Bisik Pada Langit ini, sebab ulasan tentangnya dah banyak kita boleh baca. Cuma saya mahu sentuh di sini betapa pentingnya karya positif sebegini disokong supaya ia mendapat sambutan bertaraf 'Box-office' yang akan menyebabkan landskap perfileman negara kita berani berubah.

Bayangkan dalam sebuah pawagam yang selalu dikaitkan dengan tempat yang gelap, maksiat, negatif namun penggiat filem ini berjaya menerobos masuk ke situ dengan memasukkan nilai-nilai dakwah. Bermula saja cerita beberapa saat pertama, Azan/Iqamah berkumandang sewaktu adegan kelahiran Hajar. 

member login