Sidebar

PAS sedia memimpin pelbagai kaum

e-HARAKAH

(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Presiden PAS dalam Sesi dialog Majlis Luncheon dialog perpaduan nasional PAS Selangor di Restoran Zam-zam, Shah Alam pada 25 Mac 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

SAYA sebut dalam ucapan saya tadi Islam ini bukan sahaja melibatkan aspek agama, religion termasuklah aspek cara hidup yang melibatkan politik, ekonomi masyarakat dan lain-lain.

Jentera pemerintah

Oleh kerana itu penubuhan PAS itu sendiri sejak daripada awal tahun 1951, bukan sahaja melibatkan kalangan agamawan. Bahkan melibatkan berbagai-bagai tokoh profesional. Saya sebut tadi Presiden PAS yang kedua Dr Haji Abbas Alias adalah pernah jadi pengarah perubatan Negeri Selangor masa Jepun. Beliau Presiden PAS yang kedua.

Yang pertama Haji Ahmad Fuad, itu kalangan ulama. Bahkan terlibat dalam PAS sepanjang perjalanan dia, barangkali orang kenal Professor Ahmad Ibrahim, bekas Peguam Negara Singapura. Beliau adalah AJK PAS Pusat tahun 50-an. Aminuddin Baki, Professor Ungku Omar, dan banyak lagi.

Dan terkini terlibat dalam PAS juga ialah kalangan bukan Islam. Kita menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS kalangan bukan Islam. Apa yang menarik minggu lepas, saya menerima keahlian Dewan Himpunan Penyokong (PAS) bukan Islam, bekas Setiausaha MIC, bekas Setiausaha MIC sudah jadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ini adalah kalangan jentera-jentera pemerintah kalau kita memerintah negara. Melibatkan semua kebolehan, semua kepakaran. Dan kita telah tunjuk secara praktikal kita memerintah Kelantan dua kali. Kali yang pertama 1959 hingga 1979, 20 tahun. Tak boleh dijatuhkan Kelantan melainkan setelah Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat yang dilakonkan. Kita ambil balik tahun 1990 dan memerintah sehingga kini, boleh tadbir di Kelantan.

Walaupun ketuanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tetapi Exco-exconya daripada pelbagai kalangan. Bahkan dalam Islam, boleh memilih orang bukan Islam menjadi anggota Kabinet. Anggota Kabinet orang bukan Islam boleh dipilih anggota Kabinet. Untuk mengendalikan urusan-urusan pemerintahan mengikut lapangan dan bidang kebolehan dia.

Bahkan kita menjadikan Kerajaan Teknokrat. Apa makna Teknokrat? Kerajaan yang bukan anggota dia orang politik. Pakar yang ada kebolehan boleh masuk dalam kabinet.

Bukan sahaja peringkat Pusat, peringkat negeri boleh melantik Exco-exco. Exco-exco daripada berbagai kalangan yang ada kepakaran dia, bahkan ada negeri yang kita perintah. Oleh kerana Terengganu kita memerintah tahun 1999 (hingga) 2004, kita telah membuat satu peruntukan undang-undang diri Negeri Terengganu, sekiranya tidak ada orang yang bukan Islam menang dalam pilihan raya, tak ada calon, maka boleh dilantik seorang bukan Islam menjadi wakil rakyat yang dilantik, yang dilantik. Wakil rakyat yang dilantik.

Sudah tentu kita pilih kalangan-kalangan yang ada kebolehan, berbagai-bagai lapangan. Tidak jadi masalah kalau kita urus tadbir negeri. Apa yang berlaku ialah mereka takut kalau kita memerintah. Kita buat lebih baik. Ini yang mereka takut.

Dengan sebab itulah berlakunya pilihan raya yang tempang, demokrasi yang tidak adil selama ini. Kita harap kali ini kalau pilihan raya itu diadakan dengan betul, kita dapat menonjolkan, mengemukakan calon-calon kita yang berbagai-bagai lapangan, insyaa Allah. Dan bukan sahaja kita akan melantik berbagai kalangan untuk melibatkan diri di dalam pemerintahan negara kita insyaa Allah.

member login