15
Sun, Sep
29 Artikel Baru

PAS akan kerah seluruh jentera parti bantu P. Pinang

Nasional
Typography

PAS merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan Pulau Pinang di atas bencana banjir yang melanda. Bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah kemanusiaan yang boleh menimpa di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja.

PAS akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal, Jentera parti bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.

Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan. Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita mohon pertolongan.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
5 Nov 2017. – HARAKAHDAILY 5/11/2017