Sinar kebahagiaan Gaza dari Yayasan Amal Malaysia

HARAKAHDAILY | 22 Mei 2015

IMAGE

YAYASAN Amal Malaysia dengan kerjasama Persatuan Cinta Gaza Malaysia, berterusan memberi santunan kepada rakyat Gaza yang terpenjara ini.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

Beaten and starving, some Rohingya flee boats, return to camps

Reuters | 21 Mei 2015

SAY THA MAR GYI, Myanmar (Reuters) - Scores of Myanmar's minority Rohingya Muslims are paying off people smugglers and returning to the squalid camps they used to live in after being held for months...

Bangga dengan sambutan tahun baru di Dataran Shah Alam

Siti ‘Aishah Jauhara Binti Surtahman .

Di dalam kesibukan menyambut tahun baru 2013 ini, ada satu acara yang menjadi pemangkin kepada perubahan suasana dalam sambutan tahun baru di negara kita iaitu Sambutan Tahun Baru di Dataran Shah Alam oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Jelas, sambutan ini merupakan alternatif kepada anak muda yang sukakan hiburan dalam masa yang sama mendapat santapan rohani daripada pendakwah-pendakwah terkenal seperti Ketua Ulama’ Syria Syeikh Mohammad Ali Al-Sabouni, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin. Sambutan ini turut menampilkan artis dan selebriti yang sudah berhijrah seperti Pierre Andre, Malek Noor, Diana Amir dan lain-lain. Perkongsian daripada artis ini sudah pastinya memberi seribu satu makna kepada anak muda dalam persiapan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Dengan pendekatan santai dan bersahaja, sambutan di dataran Shah Alam ini dianggarkan menarik seramai 120,000 orang yang kebanyakannya adalah daripada kalangan anak muda. Majlis ini tidak disertakan dengan countdown  malah soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus diteruskan sehingga pukul 12.45 pagi dan diakhiri dengan doa yang dibaca oleh Ustaz Azhar Idrus.

Alternatif seperti inilah yang perlu dicontohi dalam mana-mana penganjuran sambutan tahun baru. Walaupun penganjuran majlis ini bertembung dengan majlis yang lain di I-City Shah Alam, saya percaya anak muda mampu memilih di manakah mereka mahu berada.

Dekatkanlah diri anak muda dengan ulama atau pendakwah supaya terdidik akhlak dan peribadi mereka mengikut acuan Islam bukan acuan Barat.

MPP UIAM mengucapkan sekalung penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor di atas penganjuran majlis Sambutan Tahun Baru 2013 ini.

Siti ‘Aishah Jauhara Binti Surtahman
Naib Presiden 3
Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2012/2013