JK Auto 21 desak segera laksana daftar pengundi automatik

SALMIYAH HARUN | 30 Oktober 2014

IMAGE

INISIATIF tersebut dilihat akan mengurangkan perbelanjaan negara dalam proses pendaftaran pengundi kerana ia berlaku secara automatik sekaligus menjimatkan tenaga kerja dan masa.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

Of Dogs and Knowledge

Harakahdaily | 30 Oktober 2014

There have been several new issues that have surfaced over the past few weeks but possibly most glaring were the Oktoberfest and “touch a dog” issues that stole the limelight. As for the...

Gempur: Mahasiswa dan PRU13

Nur Mohd Iqzuan bin Samsudin .

Idea untuk mahasiswa bertanding dalam pilihan raya umum telah lama diketengahkan. Idea ini telah pun cuba direalisasikan melalui Parti Mahasiswa Negara namun gagal. Dan seterusnya, pada Perhimpunan Mahasiswa Negara yang diadakan pada bulan Januari tahun lepas (2011) di Kuala Lumpur juga mengusulkan idea ini di ‘Parlimen Mahasiswa’ namun tidak mendapat undi majoriti mahasiswa yang hadir untuk meluluskannya.

Hal ini ditimbulkan semula apabila ada ura-ura mengatakan bahawa pimpinan mahasiswa kini ada juga yang ingin turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, memandangkan kepada pindaan AUKU yang terbaru. Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dalam membenarkan mahasiswa bertanding atas tiket mana-mana parti politik baru-baru ini.

Gempur memahami hasrat dan cita-cita mahasiswa untuk menjadi salah satu kuasa yang dapat mengubah atau sekurang-kurangnya mempengaruhi polisi dalam badan legislatif demi menjaga kebajikan dan kepentingan mahasiswa dan rakyat. Namun, cita-cita ini haruslah didasari dengan realiti dan hakikat sebenar daripada pelbagai sudut termasuklah realiti sistem yang diguna pakai sekarang dan juga hakikat keupayaan gerakan mahasiswa itu sendiri.

Negara kita menggunakan sistem politik federal dan sistem pilihanraya District (Single Member Distrist) yang mana terdapat pilihan raya peringkat negeri yang mempertandingkan kerusi untuk Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya peringkat persekutuan yang mempertaruhkan kerusi Dewan Rakyat. Dan secara kebiasaannya, kedua kerusi ini akan dipertandingkan secara serentak walaupun ia bukanlah syarat yang wajib. Oleh itu, soal sama ada mahasiswa ingin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri atau di kerusi Parlimen perlulah dijawab terlebih dahulu.

Selain itu, sistem yang diguna pakai di negara kita adalah sistem perlantikan pemimpin mewakili masyarakat mengikut tempat atau kawasan dan bukannya mengikut mana-mana golongan atau sektor masyarakat. Oleh itu, secara logiknya, tidak mungkin akan ada sebuah kawasan di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah mahasiswa. Hal ini harus dititikberatkan memandangkan kepercayaan dan harapan masyarakat setempat adalah faktor utama yang mempengaruhi undi mereka kini.

Mahasiswa perlu juga benar-benar memahami peranan seorang ahli DUN atau ahli Dewan Rakyat. Skop dan peranan selaku seorang legislator perlu terlebih dahulu dibincangkan dengan mendalam jika benar-benar ingin menjadi seorang Yang Berhormat. Jangan pula nanti skop seorang legislator dikecilkan hingga hanya perlu menyantuni orang-orang kampung di kenduri perkahwinan, meluluskan tender di sana sini, dan mengurus longkang semata.

Jika mahasiswa ingin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri, kuasa merubah itu terhad kepada bidang kuasa negeri yang sedia terbatas. Selain itu, jika ingin merubah apa-apa polisi, atau paling kurang ingin didengari suara mahasiswa di salah satu Dewan, mahasiswa sekurang-kurangnya perlu memiliki persetujuan majoriti ahli Dewan. Untuk mencapai majoriti tersebut, kebarangkalian untuk mahasiswa bergabung dengan sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat di dalam Dewan adalah sangat tinggi.

Jika hal ini berlaku, soal yang pertama, di mana letaknya prinsip non-partisan mahasiswa? Bagaimana pula jika isu yang diperjuangkan mahasiswa bercanggah dengan kedua-dua belah pihak (BN dan PR)? Tidakkah apa yang diajukan oleh mahasiswa itu sia-sia dan undi mahasiswa hanya dijadikan pencukup syarat mana-mana pihak, seterusnya di bawa ke situ ke mari, tanpa pendirian dan prinsip? Apa yang dikhuatiri suatu masa nanti, mahasiswa tidak ubah seperti pengampu dan pencacai ahli politik!

Secara realiti, untuk melibatkan diri dalam pilihan raya, gempur melihat bahawa gerakan mahasiswa kini punya banyak kelemahan dan kekurangan daripada pelbagai sudut termasuklah kefahaman tentang sistem politik, sejarah dan sistem perundangan, ideologi dan strategi kepolitikan, kesatuan mahasiswa dan sebagainya. Gerakan mahasiswa malah masih tercari-cari peranan sebenar mereka dalam arus perubahan yang ingin dicapai, apatah lagi bersedia untuk mengawal atau mengurus selia arus masyarakat sivil.

Oleh itu, kesimpulan awal Gempur dalam menjawab isu sama ada wajar atau tidak mahasiswa bertanding dalam pilihan raya umum 13 yang akan datang adalah mahasiswa belum lagi bersedia. Malah gerakan mahasiswa masih jauh di belakang untuk menjadi kuasa ketiga seperti yang digembar-gemburkan itu.

Walaupun begitu, gempur juga dalam masa yang sama tidaklah menganjurkan agar mahasiswa terus berpeluk tubuh dan bersikap lepas tangan terhadap masa depan negara. Oleh hal yang demikian, gempur mencadangkan, pada pilihan raya umum kelak, agar mahasiswa memainkan peranannya secara tidak langsung. Mahasiswa boleh bertindak sebagai sukarelawan bebas dalam membantu memudahkan proses pilihan raya dan memastikan proses tersebut berjalan lancar dan adil. Ia boleh dilakukan dengan cara memastikan rakyat mudah untuk keluar mengundi, peraturan-peraturan pilihan raya dipatuhi oleh penyokong dan calon parti yang bertanding dan sentiasa bersiap-sedia untuk melaporkan keadaan semasa di kerusi-kerusi panas jika berlakunya perkara yang tidak diingin termasuklah peras-ugut, paksaan atau keganasan. Mahasiswa sebagai sukarelawan pilihan raya harus segara melaporkan sebarang salah laku kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Selain itu, juga mahasiswa harus mencipta media alternatif yang bukan sekadar adil dan bersifat non partisan pada kertas, malah turut dilihat seperti itu. Antara media cadangan adalah dengan mengedarkan risalah, buletin dan pentas mahasiswa (tanpa kerjasama parti politik). Tujuan utama penggunaan media oleh mahasiswa adalah untuk memastikan maklumat yang adil dan telus kepada rakyat. Maklumat yang disampaikan pada rakyat ini lebih menjurus kepada manifesto calon daripada kedua-dua belah pihak dalam proses meningkatkan keprihatinan rakyat terhadap pentingnya mengambil tahu dan hadam akan manifesto ahli dan parti politik yang bertanding, selain memberikan pencerahan dan pendidikan politik yang matang dan berkualiti kepada rakyat.

Gempur sedar apa-apa yang dicadangkan di atas mempunyai beban  kerja yang besar. Oleh hal yang demikian, untuk merealisasikannya, gerakan mahasiswa memerlukan tenaga kerja yang ramai. Dianggarkan, untuk mendapat impak yang maksimum, sekurang-kurangnya gerakan mahasiswa memerlukan 1000 tenaga kerja aktif daripada kalangan mahasiswa. Untuk mendapatkan jumlah seramai ini, kesedaran dan pencerahan yang mencukupi dalam kalangan mahasiswa sangatlah diperlukan. Ia juga memerlukan semangat dan stamina yang berpanjangan daripada mahasiswa umumnya, dan kepimpinan mereka khususnya. Hal ini harus beredar daripada pimpinan mahasiswa sehinggalah kepada akar umbi.

Oleh hal yang demikian, suatu mekanisme perlulah dirangka dengan rapi untuk mencapai sasaran ini iaitu pernyertaan dan solidariti yang tinggi daripada mahasiswa untuk menjadi sukarelawan pilihan raya, seterusnya memastikan tenaga mahasiswa dapat disalurkan dengan betul. Gempur mencadangkan perlu adanya kesatuan atas struktur besar (super structure) yang dipersetujui oleh majoriti mahasiswa terlebih dahulu. Kesatuan ini boleh dibina dengan mengaplikasikan konsep adab al-ikhtilaf dalam mencari persamaan dalam kalangan mahasiswa dan berkompromi dalam hal-hal perbezaan.

Struktur besar itu haruslah dibina atas kefahaman atau idelogi yang bersifat mendatar dan bukannya menegak yakni idelogi yang bersifat universal yang rentas kaum, agama dan latar belakang pendidikan. Hal ini juga bertepatan dengan strategi penghasilan arus masyarakat sivil yang kukuh.

Untuk permulaan dalam mewujudkan kesatuan ini, gerakan mahasiswa haruslah menumpukan pencerahan kepada kepentingan bersatu serta merangka struktur besar tersebut dengan mengadakan simposium, forum dan perbincangan mengikut zon masing-masing iaitu Utara, Lembah Klang, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Gerakan mahasiswa haruslah memfokuskan kepada zon masing-masing supaya capaian yang lebih menyeluruh kepada mahasiswa dan masalah lokaliti dan mobiliti dapat diselesaikan.

Idea pembahagian zon ini boleh dibuat melalui gerak kerja gerakan mahasiswa sedia ada seperti Gempur sendiri di pantai timur, SMM di lembah klang dan Watch13 di utara. Idea pembahagian zon ini dipercayai dapat diperkemaskan lagi dengan sistem sel yang juga mampu menyelesaikan beberapa masalah seperti masalah lokaliti dan perhubungan serta ketersampaian dan akses kepada maklumat.

(Dipetik dari Kertas Kerja Mahasiswa dan Pilihan Raya GEMPUR)