Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Dialog: Presiden PAS jawab isu semasa

Semasa
Typography

(Teks transkrip penuh dari jawapan Presiden PAS pada Dialog Presiden PAS bersama NGO India, 4 Februari 2018 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas disediakan oleh Pengarang HarakahDaily, IZWAN ABDUL HALIM)

BAHAGIAN PERTAMA

Bergabung dengan Umno?

Soalan pertama tentang kalau PAS menang, bergabung dengan Umno? Umno belum tentu menang atau kalah. Untuk menentukan bergabung atau tidak, nanti lepas pilihan raya. Dan PAS ada dasar, matlamat perjuangan dia, dan PAS tidak berganjak dengan perjuangan.

PAS pernah bekerjasama dengan Umno tahun 1973 selepas 13 Mei. Kita ada sejarah. Tujuan untuk meredakan ketegangan kaum. Bila PAS diajak menyertai kerajaan di masa itu, PAS mengemukakan lapan syarat. Lapan syarat. Yang pertama, di samping kebebasan beragama terhadap penganut agama lain, PAS mesti dibenarkan dibebas berdakwah di Kementerian-kementerian dan Institusi Pengajian Tinggi.

Yang kedua kerajaan mesti melaksanakan Islam secara berperingkat. Yang ketiga PAS tidak terikat dengan disiplin Perikatan. PAS boleh bangkang kerajaan, tak terikat dengan disiplin-disiplin. Kerana dalam gabungan komponen Perikatan ini dia ada disiplin, kalau bangkang dipecat daripada Perikatan. Kita tak terikat dengan Perikatan. Ini 1973.

1974, dibentuk Barisan Nasional, tak ada Perikatan. Maka PAS terikat dengan Barisan Nasional di masa itu. Kejayaannya ialah kita telah berjaya memperkenalkan Islam. Memperkenalkan syariat Islam, memperkenalkan undang-undang jenayah yang dimomokkan. Menjelaskan syarat-syarat saksi dalam Islam apa dia. Yang penting dalam Islam ialah bukan menjatuhkan hukuman, tetapi mendidik masyarakat.

member login