Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Pekan Narathiwat tenang

Semasa
Typography

PEKAN Narathiwat,  Selatan Thailand, petang semalam 6 Oktober tenang, kehidupan penduduknya berjalan seperti biasa.
 
Menurut tinjauan Harakah pekan berkeluasan kira-kira 10 kilometer itu, berada dalam keadaan aman, tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku.
 
Namun pihak keselamatan Thailand khususnya tentera negara tersebut, berkawal sepanjang masa agar keselamatan pekan itu berada dalam keadaan terkawal.
 
Menurut Azam Cik Seman, 32 dari Kampung Pupuk Munduk, Narathiwat  tidak ada lagi larangan keluar malam kepada penduduk pekan berkenaan yang majoritinya beragama Islam sebagaimana berlaku tiga tahun lalu.
 
"Tiga tahun lalu memang ada sekatan di sekitar daerah ini, penduduk tidak dibenarkan ke luar rumah antara jam lapan malam hingga lima pagi setiap hari, " katanya yang juga  pemandu van.
 
Bagaimanapun menurut beliau, penduduk kampung di sekitar daerah itu diminta berhati-hati untuk keluar malam, walaupun tidak ada kejadian diingini seperti insiden serangan bom, pembunuhan anggota tentera dan polis sebagaimana berlaku sebelum ini.
 
Ini kerana katanya, kejadian tidak diingini itu tidak mustahil boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. – HARAKAH 7/10/2017