PADANG RENGAS: Hiruk pikul beberapa pemimpin PH kononnya akan terjadi perubahan kerajaan di negeri ini yang turut mengaitkannya dengan PAS dijawab Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Tegasnya, PAS sama sekali menolak penubuhan kerajaan yang terhasil daripada tindakan Adun melompat parti kerana ianya tidak menatijahkan sebuah kerajaan kukuh untuk memerintah.

Perkara tersebut dinyatakan beliau ketika berucap pada majlis Ceramah Kebangkitan Ummah anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di RPA Dato' Haji Mior Aris, di sini semalam.

"Kerajaan hanya bergantung pada Adun yang melompat tak ada kekuatan. Sebab itulah kita cadang, kalau ada pun nanti mereka nak lompat, (kita) tak bagi. (Lebih baik) Bubar Dun, pilihan raya semula, itu lebih bermaruah.

"Kita ada 40 kerusi Melayu-Islam. Kalau satu lawan satu, kita dapat 40 kerusi, kuat kita insya-Allah. Walaupun kita tak mengharapkan (berlaku pilihan raya). (Kecuali) Kalaulah berlaku kematian, di sebelah sana (Adun kerajaan).

"Bukan doa (minta mati). Tapi kalau berlaku sungguh, (pilihan raya) itu akan jadi peluang terbaik (buat PAS dan Umno)," terang beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Program tersebut turut disertai wakil daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jalinan Bersatu Sahabat Perak (JABAT), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Persatuan Wanita Islam Kuala Kangsar (PWANIS). - HARAKAHDAILY 17/3/2019  

IMG 20190317 WA0042

 IMG 20190317 WA0039

IMG 20190317 WA0040

PADANG RENGAS: Momentum kesedaran rakyat semakin meluas sebagaimana dapat disaksikan dari Ceramah Kebangkitan Ummah anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di RPA Dato' Haji Mior Aris, di sini semalam.

Semua panel dalam ucapan mereka jelas membawa satu suara yang sepakat bahawa perlunya kerjasama atas dasar Islam dan umatnya demi menyelamatkan negara dari hancur di bawah PH.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menegaskan, hubungan yang terjalin adalah di atas landasan satu, yakni al-Quran dan as-Sunnah.

Jelas beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Islam menjadi teras perjuangan didukung pihak bergabung itu dan insya-Allah akan kekal jika berpegang dengan landasan satu itu.

Peringatan seumpama turut dinyatakan Timbalan Pengerusi UMMAH Perak, Ustaz Faisal Abdul Rahman bahawa penyatuan seperti itu adalah seruan daripada Allah S.W.T.

Beliau bersandarkan ayat 103 surah Ali-Imran dalam meneguhkan keterangan mengenai kepentingan penyatuan tersebut yang sama sekali bukan oleh kepentingan duniawi semata.

Bagi Naib Ketua Umno Bahagian Padang Rengas, Khairuddin Mohamed Azahar menyatakan, tidak harus timbul pihak mana yang memulakan 'lamaran' dalam hal penyatuan tersebut.

"(Kerjasama PAS - Umno) Kerana 'tali Allah' tadi. Kalau kita sayang agama Allah, nak tegak agama Allah, kita mesti sama-sama genggam tangan dan perjuangan kita," serunya penuh semangat.

Pentas tersebut menjadi medan kedua menyatukan tokoh PAS dan Umno daripada Parlimen ini selepas pertemuam Hi-Tea di Arena Kampung Chuar, 26 Januari lalu. - HARAKAHDAILY 17/3/2019  

 

IMG 20190317 WA0038

IMG 20190317 WA0039

IMG 20190317 WA0040

IMG 20190317 WA0041

SERDANG: Ketua Muslimat PAS Kawasan Serdang, Hamsatul Hamzah menggariskan lapan perkara perlu diperhalusi ketika menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29 di Bukit Mahkota, di sini hari ini.

Menurut beliau, untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan raya akan datang, media sosial mesti dimanfaatkan terutama kemampuan menerangkan produk PAS melibatkan dokumen pernah dikeluarkan.

Katanya, pemerkasaan mujahidah siber juga penting agar mampu menangkis fitnah, selain kewajipan ahli melaporkan aktiviti peringkat PAS Cawangan agar dilihat PAS bernafas dan bergerak aktif dalam masyarakat.

Digariskannya juga, penerangan terhadap kaum bukan Islam terutama ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang telah sedia terdedah mengenai perjuangan PAS berpayungkan Islam sebagai panduan.

Hamsatul turut menyeru anggota Muslimat menjalin hubungan baik bersama masyarakat melalui surau dan NGO selain meningkatkan komitmen Cawangan masing-masing terhadap hal ehwal penduduk.

Turut disenaraikan adalah usaha melipatgandakan pendaftaran pengundi serta penambahan ahli PAS terutama melibatkan kalangan anak-anak ahli PAS sendiri dalam Kawasan itu.

Beliau juga menyeru agar agenda pengundi muda tidak diabaikan terutama menyantuni wanita muda menerusi aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi selera dan kehendak mereka. - HARAKAHDAILY 17/3/2019 

IMG 20190317 WA0036

SERDANG: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang Kali Ke-29 telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau yang juga Adun tunggal PAS di negeri ini dalam ucapannya mengingatkan para perwakilan berhubung tanggungjawab yang semakin bertambah untuk digalas dan disempurnakan.

"(Terutama) Dalam memahamkan masyarakat bahawa politik Islam bukan hanya satu alternatif, tetapi adalah satu gerakan terbaik membentuk masyarakat majmuk.

"Ini termasuk tanggungjawab dakwah apabila PAS membuat keputusan bekerjasama dengan Umno (di mana) walaupun banyak suara mengkritik, ada kata PAS jangan kena tipu dengan Umno kali kedua.

"(Tapi) Kita seharusnya memandang positif perkara ini. Dulu ruang untuk menerang Islam dan matlamat perjuangan PAS kepada Umno tertutup rapat, kini semakin terbuka dan perlu dimanfaatkan.

"Teruskan usaha dakwah, mungkin pemimpin Umno meninggalkan kita (kelak), tapi percayalah ahli bawahannya akan bersama kita," yakininya pada majlis di Bukit Mahkota, di sini hari ini.

Adun Sijangkang itu mengemukakan usaha ziarah dilakukan PAS yang banyak menerima reaksi positif daripada ahli Umno dan menyeru perwakilan menjadikan mesyuarat itu sebagai pemacu masa depan. - HARAKAHDAILY 17/3/2019

LUMUT: PAS Kawasan Lumut telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 yang dilangsungkan di Kompleks Pendidikan At-Taalim, Lekir, di sini hari ini.

Majlis dimulakan dengan perbarisan lintas hormat Jabatan Amal Lumut oleh 15 anggota dan alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Guru Sekolah Menengah Islam At-Taalim, Shahibuddin Akai.

Perasmian disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang dalam ucapannya menekankan agar semua ahli PAS patuh menerima arahan daripada pimpinan.

Jelas beliau, para pimpinan PAS Pusat lebih tahu dan arif terhadap perkara diputuskan, sedang tugas ahli PAS akur dan melaksanakan setiap tuntutan telah diputuskan dengan sebaiknya.

Mesyuarat juga diserikan dengan gimik Pelancaran Tabung Kompleks Pendidikan At-Taalim sebagai gedung ilmu Islam di Daerah Manjung ini.

Kompleks yang masih memerlukan perhatian khusus dari sudut kewangan sebanyak RM1.8 juta membuka peluang sumbangan menerusi akaun Maybank Islamic 5582 9360 6057 atas nama Kompleks At-Taalim.

Sempena perasmian ini juga telah disampaikan Sijil Anugerah Penyertaan Ahli PAS Teramai kepada PAS Cawangan Fasa 3A yang diketuai oleh Mohamad Ridzuan Sudin.

MAT dihadiri 217 perwakilan dan pemerhati itu telah memberikan suntikan semangat kepada perwakilan untuk meneruskan misi dakwah Islam serta meletakkan diri sebagai penggerak aktif bagi menghadapi PRU15.

Hadir sama adalah Pemangku Ketua Ulamak PAS Negeri Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria dan Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut, Noh Ahmad, serta Timbalan Ketua Umno Bahagian Lumut, Rashidi Ibrahim bersama jawatankuasanya. - HARAKAHDAILY 17/3/2019   

 

IMG 20190317 WA0030

IMG 20190317 WA0031

IMG 20190317 WA0033

TAMBUN: PAS Kawasan Tambun telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Pusat Tarbiyah PAS Tambun, Taman Meru 1A, Ipoh, di sini hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib yang dalam ucapannya mengingatkan supaya sentiasa mengutamakan kepentingan Islam berbanding diri sendiri.

Beliau yang juga Pegawai Khas Presiden PAS menyeru supaya melaksanakan tanggungjawab dimandatkan demi agama termasuk strategi ta'awun untuk kesejahteraan rakyat melalui penyatuan ummah.

Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said dalam ucap utamanya mengajak mempertahankan jamaah, memperkukuh saf, memperkemas fikrah dan meningkatkan keyakinan kepada janji Allah.

Beliau juga menyeru memperkuatkan kesabaran menghadapi cabaran musuh sebagaimana ayat 200 surah Ali-Imran, selain menyentuh isu ekonomi rakyat yang menuntut pembelaan menerusi pemerintahan Islam.

Sementara itu Pengerusi Pemilihan, Ustaz Ahmad Fuad Abdul Ghani dari PAS Kawasan Sungai Siput mengumumkan semua jawatan bagi PAS Tambun Sesi 2019 - 2021 telah dimenangi tanpa bertanding.

Sempena majlis tersebut telah disampaikan Anugerah Khas Keluargaku PAS kepada keluarga Azizan Mohd Arif dari PAS Cawangan Klebang Selatan dan keluarga Ahmad Najri Ghazali dari PAS Cawangan Tengku Hussein.

Manakala Anugerah Jasamu Dikenang diberikan kepada Ustazah Wan Halimatun Wan Aziz dari PAS Cawangan Pekan Chemor dan Ustaz Mat Hussein Mat Said dari PAS Cawangan Batu 5, serta Abdullah Ismail dari PAS Cawangan Ulu Kuang.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Umno Bahagian Tambun, Dato' Aminuddin Hanafiah dan jawatankuasanya serta wakil Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Ipoh, Ustaz Mohd Najib Sadli. - HARAKAHDAILY 17/3/2019

 

 IMG 20190317 WA0025

IMG 20190317 WA0027

 

 

IMG 20190317 WA0028 

IMG 20190317 WA0029

TELUK INTAN: Kerjasama Umno dan PAS wajar diteruskan demi memastikan kemuliaan Islam terjaga di negara ini, demikian dinyatakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali.

Menurutnya, kerjasama kedua parti Melayu-Islam terbesar Malaysia itu kini sangat digeruni part politik pemerintah yang membawa agenda sebaliknya kerana dilihat berupaya mengubah landskap politik negara pada PRU akan datang.

Pun begitu dalam memastikan keutuhan kerjasama tersebut nasihatnya, semua pihak terutama dalam kalangan ahli Umno dan PAS mesti mewaspadai bisikan-bisikan jahat syaitan yang cuba mengganggu gugat hubungan itu.

Peringat Ahli Majlis Syura Ulamak PAS itu, perihal berkaitan hubungan dan kerjasama itu juga perlu difahami sebaiknya, serta diterima dengan lapang dada serta taat terhadap keputusan yang ditetapkan oleh pihak pimpinan.

Kupasan tersebut dikemukakan beliau pada majlis yang bersama pimpinan Umno iaitu Ceramah Perpaduan Ummah di Dewan KOMPASTI, Kampung Padang Tembak, di sini malam tadi.

Ketua Penerangan Umno, Dato' Dr Shamsul Anuar Nasarah pula dalam ucapannya menyentuh isu rakyat terutama berkaitan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN).

Menurut beliau, kemelut berkaitan dijangka berterusan kerana Kerajaan PH gagal mencari penyelesaian di mana sejak mengambil alih kerajaan berlaku polisi yang berubah-ubah sehingga mengecewakan anak muda.

Bidas beliau yang juga bekas Pengerusi PTPTN, kerajaan hari ini bercakap mengikut suka hati dan membuat pertimbangan tanpa menunaikan janji berasas kepada manisfesto pilihan raya mereka.

Beliau juga berkata, polisi bayaran semula untuk peminjam berpendapatan RM4,000 ke atas itu turut mendapat bantahan daripada mahasiswa GAMIS yang menuntut ianya ditangguhkan sehingga ekonomi pulih.

Hadir sama majlis ceramah itu ialah Ketua Umno Bahagian Teluk Intan, Dato' Azhar Jamaluddin dan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Chek Nik. - HARAKAHDAILY 17/3/2019 

IMG 20190317 WA0020

KANGAR: Walaupun ribut fitnah yang melanda, namun perkara ini menjadikan ahli PAS semakin kuat dan yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

“Akhir-akhir ini kita melihat perjuangan Islam ini diasak dengan fitnah.

“Tetapi kita kena ingat sepatutnya orang yang beriman, apabila perjuangan ini semakin kuat ditekan dan diasak tidak kira pagi petang siang dan malam, Bukan semakin jauh dari perjuangan,”” ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kawasan Kangar kali ke-44 di Kompleks PAS Kawasan Kangar (KOMPAS), hari ini.

Katanya, pihak lawan menggunakan segala kekuasaan yang ada terutamanya melalui media massa yang sepatutnya ahli mesti yakin dengan perjuangan PAS.

Tambahnya lagi, sememangnya tabiat perjuangan Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga hari kiamat, pasti akan berdepan dengan tekanan yang seperti ini.

Beliau mengingatkan para muktamirat lagi, perjuangan PAS selain dari politik ialah gerakan Islam yang mempunya tiga elemen penting.

“Yang pertamanya dakwah, yang kedua tarbiah dan terakhir ialah siasah. Kerana dakwah ini, kita menerima permohonan maaf dari Umno.

“Kita dengan Umno umpama adik beradik,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/3/2019

SANDAKAN: Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Zon Sandakan melibatkan lima Kawasan iaitu Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi yang dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya PAS I Sabah, Ahmad Dullah telah berlangsung di Hotel Amanson Signature di sini, semalam.

Beliau dalam ucapannya menyeru semua ahli agar sentiasa bekerjasama meneguhkan organisasi, serta ikhlas dan sentiasa memandang berat mengenai setiap amanah yang telah diberikan supaya kerja dapat dilaksanakan dengan penuh tertib serta teratur.

"Kemenangan ini bukan di tangan manusia, kemenangan itu milik Allah, Allah bisa memberikan dan menariknya semula," tegas beliau.

Turut berlangsung dalam majlis ini ialah penyampaian hadiah Anugerah Istiqamah yang disandang oleh Innah Tuton dan Siti Sofiah Rafiei serta Anugerah Amilin Harapan yang diberikan kepada Mustaman Mustain dan Nur Izzati Yusof.

Sempena majlis tersebut juga turut diadakan acara pelancaran tabung sumbangan penubuhan TASTI Ummu Athiyyah. - HARAKAHDAILY 17/3/2019  

IMG 20190317 WA0009

IMG 20190317 WA0010

BAGAN SERAI: Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 di Dewan Abd Wahab Nor, Masjid Tinggi, di sini semalam.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Asna Abd Samad dan turut dihadiri Naib Yang DiPertua PAS Bagan Serai, Abdul Aziz Abdul Majid

Di dalam ucapannya, beliau menekankan agar Muslimat bergiat aktif ke arah memastikan kemenangan PAS, selain memahami konsep ta'awun di atas dasar dan matlamatnya bagi melaksanakan Islam, bukan lagi konsep tahaluf seperti sebelum ini.

Mesyuarat juga diserikan dengan gimik Pelancaran Kempen Barangan Islam dari HPA Bagan Serai sebagai menggalakkan ahli membeli produk peniaga Muslim.

MAT yang dihadiri 176 perwakilan dan pemerhati itu telah memberikan suntikan semangat kepada Muslimat bagi meletakkan diri dalam gerak kerja serta kesiapsiagaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. - HARAKAHDAILY 17/3/2019

IMG 20190317 WA0000

IMG 20190317 WA0001

IMG 20190317 WA0002

KOTA BHARU: Rakyat Malaysia yang berada di luar negara khususnya New Zealand diminta berhati-hati sepanjang berada di negara itu.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, berkata ianya penting bagi mengelak kejadian serupa berulang lagi di bandar lain pula.

Menurutnya, negara berkenaan antara yang aman di dunia, bagaimanapun semalam berlaku insiden yang mengejutkan dunia.

“Biasanya Amerika yang sering terdedah kejadian itu, New Zealand seingat saya tidak berlaku lagi.

“Untuk itu kita perlu berhati-hati di mana sahaja kita pergi khususnya di luar negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selempas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa Ke-47 di Putik.

Sehubungan itu, katanya PAS mengutuk sekeras-kerasnya kejadian berkenaan.

Katanya, apa lagi perkara itu berlaku ketika umat Islam menunaikan ibadat pada hari Jumaat di masjid tersebut.

“Kita berharap kerajaan New Zealand mengambil tindakan tegas terhadap pelaku berkenaan untuk tegakkan keadilan pada mangsa,” ujarnya.

Turut hadir pada mesyuarat agung itu Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS kawasan, Mohd Afif Rabbani Abdullah dan Khairiah Mohamed yang merupakan kepimpinan baru dalam pemuda dan muslimat. – HARAKAHDAILY 16/3/2019

MACHANG: Jentera PAS di semua peringkat diminta membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan sebelum tarikh matangnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, situasi politik sejak kebelakangan ini tidak memungkin dilakukan dalam masa empat tahun akan datang.

Menurut beliau, faktor utama yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat ialah kegagalan kerajaan melaksanakan manifesto pilihan raya lalu.

"Jika kerajaan hari ini dilabelkan dengan ‘pakatan hancing’, selalu diulang-ulangkan akhirnya rakyat akan mempercayai tanggapan berkenaan maka kerajaan akan lemas.

"Oleh itu kita menjangkakan pilihan raya akan diadakan tidak sampai masanya, jadi kita meminta semua jentera memulakan gerak kerja bermula sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Machang kali ke-65 di Markaz Dewan Ulamak (Madu) di Labok di sini, pagi tadi.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Machang, Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan; timbalannya, Zulkifli Mamat; naibnya, Ustaz Roseli Ismail dan setiausaha Ustaz Abdul Rahman Majid. – HARAKAHDAILY 16/3/2019