KUALA LUMPUR: Mandat rakyat terus dikhianati ahli politik setelah kepercayaan diberikan menerusi undi pada PRU14 lalu apabila bekas Ahli-ahli Parlimen Umno yang mengisytiharkan diri sebagai Bebas dua bulan lalu akhirnya sah menyertai Bersatu.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata, perkara tersebut sudah dijangkakan kerana Ahli Parlimen terbabit telah bertindak membelakangkan prinsip perjuangan politik yang berintegriti.

"Mereka hanya memikirkan soal kuasa, pangkat dan perut. Mereka tiada rasa malu mensia-siakan undi rakyat. Kerana itu PAS pada PRU lalu menasihati rakyat supaya undi PAS untuk elak undi mereka disia-siakan seperti ini.

"Kerana kita menjangkakan perangai ahli-ahli politik seperti ini. Hari ini, semua itu telah terbukti. Saya yakin kalau BN yang membentuk kerajaan lepas PRU lalu, MP dari PH pula berlumba-lumba masuk Umno-BN.

"MP PH pun akan pergi kepada Umno-BN jika ditawarkan jawatan. Bahkan akan pijak-memijak kepala rakan untuk berebut jadi Menteri. Mereka tiada prinsip, sijil akademik pun boleh dipalsukan," bidas beliau.

Semalam, bekas Ahli-ahli Parlimen yang sebelum ini mengisytiharkan diri keluar Umno kononnya sebagai Bebas akhirnya disahkan menyertai Bersatu pada satu majlis khas. - HARAKAHDAILY 14/2/2019

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa membuka kertas siasatan berhubung dakwaan DAP menerima dana asing.

Laporan itu dibuat Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (DPPNJ), Juwahir Amin yang turut diiringi lebih 50 individu di Balai Polis Simpang Renggam, jam 2 petang tadi.

Hadir sama termasuk Naib Ketua DPPNJ, Faizul Hakim Ahmad dan Setiausaha DPPNJ Abdul Hadi Harun serta Yang Dipertua PAS Simpang Renggam, Ilias Ithnin.

Juga Ketua Pemuda PAS Simpang Renggam, Mohamad Firdaus Adnan dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Simpang Renggam, Mohd Faizal Mohd Said.

“Hal tersebut dipercayai berlaku secara sulit, menyalahi integriti dan undang-undang di mana mempunyai tujuan politik yang boleh mendatangkan ancaman terhadap kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara.

“Kami meminta polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) melakukan siasatan terhadap DAP kerana dakwaan ini memang telah tular di media sejak beberapa tahun ini tetapi kita lihat tiada tindakan tuntas pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Kami juga berharap tidak ada campur tangan politik dalam siasatan kes ini kerana kita mahu siasatan yang telus sama ada dakwaan ini betul atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi. - HARAKAHDAILY 13/2/2019 

IMG 20190213 WA0067

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah, hari ini tampil melakukan satu laporan polis berkaitan pendedahan mantan Setiausaha Sulit Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendakwa DAP mengambil wang RM300 juta daripada Israel.

Ketuanya, Ustaz Salim Mahmood, dalam kenyataannya petang tadi memaklumkan, laporan rasmi itu bagi membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kes berkenaan dan menjalankan siasatan.

"Hal berkenaan dipercayai berlaku secara sulit dan menyalahi integriti dan undang-undang serta mempunyai tujuan politik yang boleh mendatangkan masalah keselamatan negara," tegas beliau.

Laporan tersebut yang dibuat kira-kira jam 3.30 petang di Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan dihadiri oleh jawatankuasa dewan terbabit dan beberapa wakil dari dewan pemuda berdekatan.

Sementara itu, Adun Bukit Lada itu juga menegaskan sebelum ini bekas Pegawai TUDM, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff juga pernah membuat laporan terhadap pengasas MalaysiaKini, Premesh Chandran dan Red Bean Army DAP yang didakwa menerima dana dari Open Society Foundation(OSF) milik George Soros.

Dakwaan yang sama terhadap parti itu juga pernah dinyatakan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, menerima dana segera daripada negara luar untuk membiayai pilihan raya.

Beliau berharap pihak PDRM bersikap adil dan jangan kerana dikatakan PAS kononnya menerima dana daripada Umno sebanyak RM90 juta terus disiasat sebaliknya yang mengaitkan dari pihak pemerintahan diabaikan. - HARAKAHDAILY 13/2/2019

KUALA TERENGGANU: Dana asing yang didakwa diterima oleh DAP merupakan perkara yang serius dan membimbangkan kerana mengancam keselamatan negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perkara itu telah lama didedahkan di dalam blog-blog dan juga portal-portal.

"Yang mendedahkan berkait dengan dana asing yang diterima oleh pihak DAP melalui beberapa agensi ataupun badan-badan yang berkait dengannya.

"Ianya adalah satu perkara yang sangat besar dan mengancam keselamatan negara, yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Negeri Terengganu, di sini, hari ini sejurus membuat laporan berkaitan dana asing yang didakwa diterima oleh DAP.

Tindakan membuat laporan polis tentang dana asing yang diterima DAP berkenaan, menurutnya telah diadakan serentak di seluruh negara.

"Jadi dengan 'report' yang dibuat pada hari ini pihak berkuasa hendaklah mengambil satu tindakan yang tegas, menyiasat apa yang berlaku ini.

"Bukan sahaja menyiasat daripada parti pembangkang khususnya PAS yang baru ini disoal siasat oleh SPRM, tapi ini kes yang lagi serius, mengancam keselamatan negara," jelasnya.

Menurutnya lagi, apa yang diharapkan adalah pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk menyiasat DAP secara khususnya.

"Yang kita dedahkan dalam report ini, (DAP) mendapat dana yang mengandungi jumlah yang tertentu.

"Tidak pasti jumlah banyak mana. Tetapi sebagaimana yang didedahkan, di mana perlu disiasat dengan segera oleh pihak berkuasa," tegasnya

Mengenai bentuk tindakan bagaimana yang diharapkan oleh Pemuda PAS, beliau menyatakan ianya adalah mengikut lunas undang-undang untuk diserahkan kepada pihak berkuasa

"Yang penting melalui proses disiasat terlebih dahulu kemudian kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya perkara berkenaan sudah lama didedahkan sejak sebelum PRU 14, bahkan telah berlangsung kemungkinan setahun dan dua tahu yang lepas. – HARAKAHDAILY 13/2/2019
.

LUMUT: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Lumut telah mengadakan Ziarah Prihatin menyantuni para pesakit yang menerima rawatan di wad Hospital Seri Manjung (HSM), di sini hari ini.

Rombongan tersebut telah meluangkan masa melawati ke Wad 6 (Pembedahan), Wad 7 (Ortopedik), Wad 9 (Perempuan) dan Wad 1 (menunggu bersalin) pada waktu rehat tengahari itu tadi.

Di samping meluaskan silaturahim, mendoa dan memberikan semangat kepada para pesakit yang ditemui dan ahli keluarga mereka, rombongan turut menyampaikan sumbangan kepada 40 pesakit pelbagai bangsa itu.

Menurut Timbalan Pengerusi LKK PAS Lumut, Noraziah Mohd Ramli, pihaknya berusaha menyusun aktiviti seumpama dengan lebih giat bagi mendekati masyarakat dan mengambil maklum hal ehwal kebajikan.

Hadir serta pada ziarah itu adalah Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Zamri Ibrahim yang juga mantan calon PAS Parlimen Lumut dan Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin juga mantan calon PAS Dun Pasir Panjang.

Turut bersama juga adalah Setiausaha PAS Lumut, Hamidun Ahmad dan aktivis masyarakat, Raai Yusof serta beberapa pimpinan lain. - HARAKAHDAILY 13/2/2019

IMG 20190213 WA0059

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu menyiasat DAP berhubung dakwaan menerima dana daripada luar negara.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, bukan hanya PAS sahaja yang disiasat atas dakwaan menerima dana.

Menurutnya, sebelum ini ada individu tertentu mendakwa DAP dikatakan menerima dana berjumlah RM1.2 bilion dari Israel.

“Israel merupakan negara asing dan langsung tidak ada kerjasama diplomatik dengan Malaysia.

“Jika benar, ia jauh lebih bahaya berbanding tuduhan yang dikenakan kepada PAS menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Umno,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

International Republican Institute (IRI) sebelum ini membuat kenyataan mereka lebih 10 tahun bersama parti pembangkang di Malaysia.

"Mungkin di situ berlakunya penyaluran dana hasil kepada parti politik terutamanya DAP.

“Benda ini semua kena ambil kira untuk kebaikan semua," ujarnya.

Beliau turut menyokong tindakan Pemuda PAS di seluruh negara membuat laporan polis terhadap DAP kerana didakwa menerima dana asing. - HARAKAHDAILY 13/2/2019

Ustaz Fadhli Shaari meninjau kerja-kerja pemasangan aircond di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen.

KOTA BHARU: Jangan pula jadi pengecut sehingga hari ini pihak terbabit belum mengemukakan sebarang bukti kononnya PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemimpin terbabit sebelum ini cuba berselindung di bawah akta bukti PAS terima RM90 juta tidak boleh didedahkan.

Bagaimanapun katanya, sekarang parti yang didokongi pemimpin terbabit sudah menjadi kerajaan.

"Kalau individu seperti ini belum memberi sebarang bukti kepada pihak berkuasa PAS menerima RM90 juta mungkinkah mereka boleh disebut penipu.

"Kita boleh juga buat kesimpulan bahawa pihak seperti ini merupakan pondan yang sudah tidak laku dalam arena politik sekarang," katanya di sini.

Pada 9 Februari 2017 Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Dato’ Husam Musa dilapor menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Malah pada 13 Mac 2017 seorang lagi pemimpin PAN, Hanipa Maidin turut membangkitkan isu tersebut di Parlimen.

Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, banyak bukti boleh dikemukakan termasuk cek bank kalau betul dakwaan mereka. - HARAKAHDAILY 13/2/2019

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini susulan pendedahan mengenai dana politik yang diterima oleh DAP.

Laporan dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ubaid Abd Akla sekitar tengah hari tadi.

Menurut beliau, laporan polis dibuat sebagai mendesak kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan penerimaan dana luar dari Israel yang diterima oleh DAP sebagaimana didedahkan oleh bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman.

Ujarnya, Razali mendakwa DAP menerima RM300 juta daripada Israel.

Tambahnya, dakwaan Razali itu dikuatkan lagi dengan pendedahan oleh Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining mengaku secara terbuka bahawa pihaknya telah memberi dana kepada Pakatan Harapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

"Sebenarnya laporan mengenai hal ini pernah dibuat oleh beberapa individu sebelum ini, cuma kita bangkitkan semula selepas kenyataan oleh Presiden PAS semalam di Terengganu berkenaan siasatan dan aduan mengenainya.

"Kita bimbang hal ini akan menjadi semakin sulit dan menyalahi integiriti dan undang-undang yang mempunyai tujuan politik yang boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

"Sebab sumber yang diterima ini daripada negara luar yang kami percaya pastinya mereka yang beri sumber tersebut mempunyai agenda tersendiri," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Turut hadir bersama beliau Setiausaha Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan Shahir Abu Hassan dan beberapa lagi pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Kata Ustaz Ubaid lagi, individu yang dimaksudkan telah membuat laporan polis yang mendesak kertas siasatan dibuka terhadap pendedahan ini ialah bekas ahli DAP, Razali, bekas pegawai TUDM, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff dan bekas Pengerusi SPRM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Kapten Abdul Rahmat membuat laporan polis terhadap pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran juga merupakan Red Bean Army DAP dengan mendakwa menerima dana daripada Open Society Foundations (OSF) milik George Soros," tambahnya.

Dalam perkembangan sama, semua pimpinan Dewan Pemuda PAS di seluruh negara hari ini tampil membuat laporan polis beramai-ramai mendesak siasatan dibuat oleh pihak berkuasa berhubung pendedahan dakwaan tersebut. – HARAKAHDAILY 13/2/2019

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor membuat laporan polis mendesak siasatan dibuat terhadap dana asing yang diterima DAP di Ibu pejabat Polis Shah Alam, di sini.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam, Mohd Huzaifah Mokhtar selaku pengadu berkata, laporan polis di buat bagi membolehkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuka semula kes dan menjalankan siasatan berhubung parti tersebut menerima dana asing.

Beliau mendakwa perkara tersebut dipercayai berlaku secara sulit, menyalahi integriti dan undang-undang.

Tambahnya apabila mempunyai tujuan politik yang boleh mendatangkan ancaman terhadap kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara.

“Sebagaimana pendedahan oleh Mohamad Razali Abdul Rahman yang merupakan mantan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan yang mendakwa DAP mengambil wang rasuah RM300 juta dari pihak Israel," katanya.

Begitu juga tambah beliau, Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twinning sendiri secara terbuka menyatakan bahawa pihaknya mendanai PH pada PRU14 lalu,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan polis, 10 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Halim berkata laporan itu dibuat untuk meminta apa sahaja kedudukan atau ruang demokrasi yang ada dalam negara tidak dicampur tangan oleh pihak asing.

“Kita khuatir bila adanya parti tertentu mendapat dana dari pihak asing menyebabkan wujudnya campur tangan yang sedikit sebanyak boleh menganggu gugat perjalanan demokrasi dalam negara," katanya.

Maka tambah beliau, DPP Selangor tampil membuat laporan supaya pihak polis menyiasat dakwaan serta kenyataan daripada pihak yang berautoriti.

"Seperti pernah disebut oleh mantan Setiausaha Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri yang membuat kenyataan dan proposal yang lengkap tentang bagaimana penerimaan dana asing di peringkat parti DAP,” tegasnya.

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menunjukkan salinan kenyataan mengenai DAP.

KOTA BHARU: Dakwaan DAP menerima dana asing bagi membiayai Pilihan Raya Umum (PRU) lalu perlu disiasat secara telus pihak berkuasa.

Berikutan itu hari ini Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

Ketuanya Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak berkuasa membuka semula kes tersebut bagi membolehkan siasatan dilakukan walaupun situasi politik negara sudah berubah sekarang.

Menurutnya, tindakan menerima dana asing menyalahi integriti negara selain boleh mendatangkan ancaman terhadap kedaulatan, keselamatan serta kepentingan rakyat dan negara.

"Kita membuat laporan bagi membolehkan polis melakukan siasatan terhadap laporan Pemuda PAS yang dilakukan serentak di seluruh negara hari ini.

"Jika pihak berkuasa tidak bertindak segera kita bimbang perbuatan yang menyalahi integriti dan undang-undang dilihat mempunyai tujuan politik yang boleh menggugat keamanan negara," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda Kelantan Ustaz Azariza Mohd Alawi, Naib Ketua Mohd Ariff Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor.

Isu tersebut timbul apabila bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Razali Abdul Rahman dilapor mendakwa DAP menerima wang sebanyak RM300 juta dari Isreal. - HARAKAHDAILY 13/2/2019

KUALA LUMPUR: Teater Sex in Georgetown City sebuah jurnal komedi dan romantis koleksi sepuluh cerita pendek arahan anak jati Pulau Pinang, Fa Abdul di bawah produksi Big Nose yang bakal dipentaskan sempena Hari Kekasih membangkitkan keresahan umat Islam.

Berdasarkan sinopsis, teater tersebut ada selingan sesi quickie atau dalam bahasa mudahnya mengajak ke arah melakukan persetubuhan dan meliputi cerita kemasyarakatan, perhubungan suami isteri serta persahabatan luar tabi'e.

Teater ini akan dipentaskan bermula 14 sehingga 17 Februari di Pentas 2, Performing Arts Centre di Pulau Pinang yang terbuka kepada penonton lingkungan usia 16 tahun ke atas dengan harga tiket bermula RM35 sehingga RM45.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor melahirkan kebimbangan persembahan teater itu membenarkan sikap apologetik dalam kalangan umat Islam yang boleh merosakkan akhlak umat Islam.

"Kita bimbang sikap apologetik umat Islam terutama sikap bermanis muka jahiliah ataupun di zaman fahaman muktazilah fahaman mengutamakan akal yang sedang berlangsung pada hari ini yang dipimpin oleh Pakatan Harapan akan menghancurkan lagi akhlak dan sahsiah anak muda," katanya kepada Harakah. - HARAKAHDAILY 13/2/2019

LAPORAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT DI PASARAN

SEMENYIH: Kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dun Semenyih sangat penting kerana memberikan satu mesej kepada kerajaan PH bahawa rakyat sudah muak dengan politik bohong, khianat dan mungkir janji.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebab itu kemenangan calon pembangkang yang diwakili BN di PRK Semenyih sangat penting.

Menurut beliau, PAS akan meneruskan kesinambungan kemenangan hasil kerjasama politik bersama BN sebagaimana yang dilakukan di PRK Cameron Highlands.

Beliau yang juga Adun Batu Rakit berkata, Pemuda PAS akan merancang pelbagai program dan ceramah sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil bermula 16 Februari hingga 2 Mac.

Beliau ditemui selepas mengadakan perbincangan bersama Ketua Pemuda Umno, Dato' Dr Asyraf Wajdi dan Ketua Pemuda IKATAN Malaysia, Shahir Adnan berhubung hala tuju pemimpin anak muda blok pembangkang.