Gas Kelantan disalur ke Kertih, Pekan

All
Typography

KOTA BHARU: Pada 21 Jun 2012 Petronas dilapor akan melabur sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh lima tahun.

Pelaburan itu membabitkan pengeluaran rizab gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan perairan Kelantan iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B.

Laporan itu juga menjelaskan saluran paip sejauh 300 km dari blok gas dalam perairan Kelantan disambung ke Kerteh, Terengganu dan Pekan, Pajang.

Presiden Pertubuhan R Kelantan, Nazri Deraman berkata, persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat mengapa gas di perairan Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh dan Pekan.

“Kami menuntut perjelasan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Petronas berkenaan laporan yang dikeluarkan lebih enam tahun tersebut,” katanya di sini.

Sedangkan kata beliau jarak Blok PM301 dengan Pantai Senok, Bachok hanya 140 km sahaja berbanding 300 km ke Kerteh.

Menurutnya pendaratan gas di Pantai Seok tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan.  – HARAKAHDAILY 9/8/2018