SAYA tidak menjangkakan sama sekali, begitu terdesak sekali Haji Husam Musa selaku Naib Presiden PAN memperdagangkan agama Islam dengan memberi perspektif buruk berkenaan hukum halal dan haram apatah lagi apabila beliau secara semberono mengaitkan PAS dalam tuduhan pramatang beliau.

Mengikut kenyataan yang dipetik daripada Malaysiakini beliau menyatakan, "Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan. Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan PAS. PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Jadi nak undi apa? Undi Harapan, dapat pahala undi Harapan. Ambo nak duduk situ. Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum."

Polemik berkenaan undi PAS dapat pahala bukan satu perkara yang baru. Bahkan isu ini sudah digunakan oleh kelompok dalam Umno untuk mengalih tumpuan masyarakat daripada terus mempersoalkan kebobrokan pemerintahan di bawah rejim ini. Sudah pasti, mangsa kepada serangan serakah Umno ini ialah PAS kerana dasar pengenalan pemerintahan Islam yang dibawa PAS kekal konsisten daripada fasa awal penubuhan parti ini sehinggalah ke hari ini. Perkara ini jelas, tiada sesiapa pun yang berani menafikannya. Malahan atas dasar ini juga, al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan pandangan tepat, mengundi PAS, Insya Allah akan mendapat pahala.

Marilah sama-sama kita selami pendirian bahawa Undi PAS dapat pahala mengikut sudut pandang al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dilihat melalui kenyataan yang dibuat pada 24 Januari 2002 tertulis:

“Oleh kerana benda yang kita buat di Kelantan ini setelah kita dapat undi banyak, maka sudah tentu orang yang mengundi itu akan dapat pahala, kerana kita telah (membantu) tonjolkan kepada masyarakat dunia seluruhnya bahawa Kelantan itu duduk atas Islam, sebagaimana tuhan hendak. Jadi mana-mana orang yang mengundi kami di Kelantan tahun 1990 dulu hingga kami boleh membentuk kerajaan begini iaitu kami tonjolkan yang halal kita kata halal dan yang haram kita kata haram, sudah tentulah ada balasannya; balasan baik di akhirat dalam bentuk pahala. Oleh yang demikian, bila saya kata benda ini boleh pahala, bukan pandai-pandai tuhan nak beri sesuka hati, tidak, ada kaedah dia.”

Penegasan kedua al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Undi parti lain tiada pahala.

Penegasan yang dibuat al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dibuat melalui sudut pandang keutamaan mengundi parti Islam sahajalah yang boleh menjaminkan ganjaran kerana memang sudah jelas pahala itu hanya diberikan apabila menyokong Islam, bukannya menyokong parti kebangsaan. Kenyataan yang dibuat pada 18 Jun 2012 di bawah ini menyatakan dengan jelas bahawa:

“Hendak undi parti mana lagi untuk mendapat ganjaran pahala? Hanya parti yang memperjuangkan Islam sahaja di negara ini yang boleh menjanjikan seseorang Islam itu dengan ganjaran pahala. Saya ulangi lagi, sesiapa yang inginkan mendapat pahala di akhirat nanti, undi (parti) Islam, ia sudah tentu menjamin untuk mendapat pahala, bukannya undi parti kebangsaan.”

Sokongan oleh al-Marhum Ustaz Fadzil Noor terhadap penegasan yang dibuat oleh al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu undi PAS dapat pahala. Sokongan ini tercatat:

“Saya telah menyatakan saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyid Am bahawa mereka yang menyokong, mengundi PAS insya alllah akan mendapat pahala. Sebab menolong, membantu menegakkan yang ma'ruf:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barangsiapa yang menunjukan kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.

[HR. Muslim no. 1893]

“Ini hadis Nabi. Mahathir bukan tahu semua ini. Nabi kata orang yang menunjukkan satu kebaikan, pahalanya macam orang yang membuat kebaikan itu. Kalau kerajaan kita telah dapat melepaskan rakyat Kelantan daripada amalan riba dan terjebak dengan cengkaman riba, kerana rakyat Kelantan mengundi PAS, menolong PAS, PAS membuat kebaikan, pimpinan PAS membuat kebaikan, pimpinan kerajaan membuat kebaikan. Orang yang membantu atas kebaikan juga dikira sama seperti orang yang membuat kebaikan. Ini hadis Nabi, hadis Mahathir memang tak ada. Dia bukan tahu dosa dan pahala. Bagi dia, dosa dan pahala ini tidak ada. Lepas itu dia kata, kenyataan saya tengok dia jawab. Dia kata, mana kita tahu lepas mati kita ke syurga ke neraka. Memanglah kita tidak tahu tetapi tuhan telah memberi petunjuk. Jalan ke syurga begini, jalan ke neraka macam ini. Ini sebab tak tahu ke jalan mana hang nak pi, ikut pi mana.

Nabi kita bersabda:

كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قيل ومن يأبى يا رسول الله؟! قال: من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى

“Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ? Beliau bersabda, “Barang siapa mentaatiku akan masuk syurga, barang siapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga“

[HR. Bukhari]

“Nabi dah tunjuk, bila kita terang apa yang Nabi cakap, apa yang Allah sebut dalam al-Quran. Dia kata pula Tok Guru Nik Abdul Aziz nak berlagak macam tuhan pula dah. Inilah susah, bercakap dengan orang tak mengaji ini susah. Sebab itulah orang Arab berkata, musuh yang alim lebih baik daripada sahabat yang jahil. Tetapi dia bukanlah, nak kata sahabat pun tak berapa boleh juga. Maknanya dia tak tahu, tetapi apabila orang cakap benda yang orang tahu, dia tak tahu, dia hentam lagi teruk. Tetapi rakyat boleh ukurlah. Kita pun tak kata orang ni masuk syurga, orang ini masuk neraka.

“Tetapi ada petunjuk daripada Allah. Lalu saya kata, saya sokong. Sebab kita berjuang dalam PAS, kalau kita tak dapat pahala, kalau kita berjuang dalam PAS, buat apa kita nak berjuang. Membuang masa kita, umur kita, tenaga kita, fikiran kita, kadang-kadang wang ringgit. Kerana kita mengharapkan pahala, selain mengharapkan kemenangan, sama ada kita mendapat Husnayaian, dua kebaikan di dunia kita menang di akhirat kita dapat pahala ataupun kita mendapat "Ihdal Husnayain" satu daripada dua kebaikan. Kalau kita tidak menang di dunia, kita dapat pahala di akhirat dengan syarat berdasarkan "Imanan Wahtisaban".

“Perjuangan kita, pergerakan kita, penyertaan kita, penglibatan kita didasarkan kepada keimanan kita, dan keredhaan kita dan keikhlasan kita. Insya allah kita akan dapat sama ada Ihdal Husnayain atau kita bernasib baik mendapat Husnayain dua kebaikan, di dunia kita menang, di akhirat kita mendapat pahala. Kalau tak dapat kemenangan di dunia, Insya Allah kita dapat pahala di akhirat. Tetapi ini, kita kena yakin. Ini setiap pejuang Islam, dia yakin dengan ini. Kalau tidak buat apa kita nak menghabis masa berpuluh-puluh tahun tuan-tuan dan puan-puan. Berpuluh-puluh tahun dalam PAS."

Jadi di sini sudah dilihat kewajaran Haji Husam Musa dalam mengeluarkan fatwa syok sendiri adalah satu tindakan yang jelas mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri. Bahkan tindakan melulu beliau ini jelas bertentangan dengan kenyataan yang di buat oleh penasihat PAN, Ustaz Ahmad Awang pada 28 Februari 2018 yang menyatakan:

“Kita di dalam PAN ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik.”

Bahkan jika Haji Husam Musa berpandangan secara peribadi sekalipun dalam memberikan justifikasi mengundi Pakatan Harapan dapat pahala dan mengundi PAS dapat dosa, tidak selari dengan pendirian parti komponen lain dalam Pakatan Harapan. Lebih-lebih lagi daripada parti PAN sendiri. Sebagai contoh:

1) Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN secara terbuka menyokong penyertaan COMANGO yang jelas mempunyai agenda terselindung dalam demontrasi Wanita Tolak Politik Toksik pada 10 September 2017.

2) Minum Arak dalam Pesta Better Beer seperti minum air teh sahaja: Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad: Hansard Parlimen 26 Oktober 2017:

“Orang bukan Islam hendak buat. Kita kata, “Oh, ini menghina Islam. Ini mencabar Islam”. Sedangkan, dia hendak buat, dia minum, bagi dia macam minum teh sahaja. Bagi dia. So, kenapa kita tidak boleh tangani masalah ini dengan satu pendekatan yang mengiktiraf hak umat Islam dan mengiktiraf juga hak yang bukan Islam?"

3) Gesaan supaya golongan atheis diiktiraf oleh MP Sepang, Hanipa Maidin: November 2017 Sidang Parlimen:

“Saya ialah seorang Muslim, dan saya tiada masalah untuk mempertahankan hak mana-mana atheist untuk menganuti atau untuk mengamalkan atheisme,".

Saya mengajak rakyat Malaysia yang mempunyai akal yang sihat supaya merenung kembali apakah kewajaran Naib Presiden PAN, Haji Husam Musa mengeluarkan fatwa kononnya boleh dapat pahala apabila mengundi Pakatan Harapan, sedangkan mudarat yang di bawa pimpinan PAN sendiri jauh lebih membahayakan.

Akal sihat saya lebih memilih pandangan yang dikeluarkan al-Marhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dan al-Marhum Ustaz Fadzil Noor bukan kerana saya ini ahli PAS. Ini kerana pandangan kedua-dua Murabbi Ummah ini selari dengan apa yang PAS perjuangkan. Belum pernah ada seorang pimpinan PAS pun yang menyokong Pesta Arak, dan menyebelahi golongan atheis. Dan yang lagi penting belum ada seorang pun pimpinan PAS mengaku mendapat maklumat sulit dengan bantuan jin.

IMAN ASYRAFF
16 Jamadil Akhir 1439H - HARAKAHDAILY 7/3/2018

KAMI tertarik dengan keanjalan dan pendekatan kerjasama politik yang dimainkan oleh PAS dalam arena politik negara.
Jika kita susuri pendekatan kerjasama politik PAS ianya sudah melangkah ke depan berbanding dengan parti politik yang lain dengan pelbagai pengalaman politiknya. Antaranya:

PAS bertahaluf siyasi dengan kerajaan atau pemerintah
- Kerajaan Perpaduan (1973)
- Barisan Nasional (1974-1978)

PAS bertahaluf siyasi pembangkang
- Angkatan Perpaduan Ummah (1989-1995)
- Barisan Alternatif (1999-2001)
- Pakatan Rakyat (2008-2015)

Jika dibandingkan dengan parti utama yang lain, seperti Umno mereka tidak pernah merasa sebagai parti pembangkang, begitu juga PKR dan DAP tidak pernah merasai pengalaman sebagai kerajaan pusat. 

Pendekatan PAS sebelum ini telah meletakkan PAS pada 'class'nya yang tersendiri. Class inilah yang menyebabkan anak muda tertarik dengan pendekatan politik PAS. 

Apatah lagi setiap pendekatan yang dilakukan PAS itu tidak pernah menggadaikan prinsipnya, bahkan prinsip PAS-lah yang menjadi penyebab sesuatu kerjasama itu terbentuk ataupun tidak. 

Menariknya kini, PAS melangkah selangkah lagi meninggalkan parti politik yang lainnya apabila mengambil pendekatan yang baru dalam politiknya iaitu dengan memperkenalkan konsep Taawun Siyasi

Iaitu pendekatan yang lebih terbuka dengan dasar pendekatan kerjasama atas perkara kebajikan dan tidak bekerjasama dalam perkara kemungkaran. Dan, menariknya kerjasama ini tidak menghadkan kepada mana-mana pihak sama ada pemerintah mahupun pembangkang. Asalkan perkara yang dibawa itu memberikan kelebihan kepada Islam dan juga rakyat, maka, PAS akan turut bekerjasama.

Ini suatu eksperimen politik yang sangat 'wow' bagi anak muda. PAS telah mempersembahkan satu pendekatan yang akan membawa anak muda dan rakyat mendiskusikan pendekatan terbarunya ini. 

Sekali gus mengeluarkan faham politik rakyat yang hanya dipersembahkan dengan politik pertembungan dua pihak kerajaan dan pembangkang kepada suatu makna politik yang lebih luas iaitu politik suatu solusi mencari kebajikan buat rakyat. 

Kami dari PAMI mengucapkan tahniah kepada PAS atas eksperimen baru dalam politik tanah air ini. Anda membentuk cara fikir politik kami kini.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Founder
Projek Anak Muda Islam - PAMI - HARAKAHDAILY 24/2/2018

SAYA membaca komentar Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin dalam Malaysiakini bertajuk "Idris Ahmad tak perlu 'berlidah biawak".

Sehingga habis saya membacanya, saya tidak melihat komentarnya yang membantah keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan pengIslaman anak-anak Mohd Ridhuan Abdullah terbatal kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, Indira Gandhi yang masih bukan Islam.

Nampaknya beliau lebih suka membazirkan hujahnya untuk menghentam Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Ustaz Idris Ahmad yang juga Naib Presiden PAS mengenai Enakmen 2 tahun 2001, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal agama Islam (Terengganu) yang tiada kena mengena dengan kes Ridhuan vs Indira.

Dalam kesibukan beliau menghentam Idris, beliau menyembunyikan fakta bahawa kes pengIslaman anak-anak Ridhuan ini dibuat berdasarkan Seksyen 106 (b) Enakmen 4 Tahun 2004, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) Bahagian IX - Memeluk Agama Islam. Ini klausa yang beliau sembunyikan.

"Seksyen 106. Keupayaan untuk memeluk agama Islam.

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan--

(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan secara bertulis pemelukan agama Islam olehnya."

Jelas di situ, jika kes penjagaan dan isu kedudukkan agama anak-anak Ridhuan-Indira ini hanya dibicara di Mahkamah Syariah Perak, maka anak-anak Indira masih Islam kerana hanya memerlukan kebenaran seorang antara ibu atau bapa.

Suka atau tidak, kita perlu akui bahawa masih terdapat kelemahan dalam undang-undang syariah di negara ini kerana peraturan Enakmen yang sedikit berbeza seperti di Perak dan Terengganu. Dan sepatutnya Wan Ji memberikan idea untuk mengukuhkan sistem perundangan Islam di negara ini, bukannya mengambil kesempatan menyerang pemimpin PAS yang cuba menyelamatkan akidah anak-anak Ridhuan.

PAS tidak bersetuju dengan pindaan Akta 164 kerana Pindaan Seksyen 3 dalam akta itu, merampas bidang kuasa Mahkamah Syariah dan pihak-pihak berkuasa agama negeri terhadap mualaf dan anak-anaknya yang beragama Islam.

Seksyen tersebut memberikan hak dan bidangkuasa 'eksklusif' kepada Mahkamah sivil untuk mendengar dan memutuskan pertikaian berhubung perkahwinan, perceraian, pembahagian harta, hak jagaan anak, dan lain-lain yang melibatkan seseorang mualaf dalam perkahwinan sivilnya.

Ia memberi ruang terlalu luas untuk Mahkamah Sivil membuat satu keputusan yang berkemungkinan bertentangan dengan Undang-undang Substantif Hukum Syarak dan Fiqh Islam ke atas kepentingan seorang muallaf dari segi dirinya, tanggung jawabnya, hartanya dan anak-anaknya yang mungkin telah menjadi Muslim.

Kes Ridhuan dan anak-anaknya menjadi bahan ujikaji pertama yang mana akhirnya tidak menyelesaikan apa-apa. Malah merugikan umat Islam yang mualaf seperti Ridhuan.

Nampaknya Wan Ji membutakan mata hatinya dan lebih suka membuat serangan politik dari menyelamatkan akidah anak-anak Ridhuan. Beliau sewajarnya bertaubat kerana sikapnya membiarkan tiga orang mualaf muda menjadi Murtad demi mencari populariti politik sangat memalukan.

Jika tidak mampu mempertahankan akidah Islam baik diam sahaja dari cakap merapu. Beliau tidak lebih dari sekadar biawak hidup yang dibayar oleh Lim Guan Eng untuk menyerang PAS dan Islam. Beliau membawa pemikiran Islam yang salah dan mengelirukan dalam masyarakat.

Semoga Allah membalas kezaliman beliau kepada Ridhuan dan anak-anaknya dengan balasan yang sewajarnya. Kita hidup kat dunia ini tak lama, jangan jadi biawak, jangan jadi budak suruhan, jangan khianat pada Islam.

HERMAN SAMSUDEEN
Eden City, Segambut
22 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 23/2/2018

KEHADIRAN Diplomat Israel ke Forum Bandar Sedunia Ke Sembilan (WUF9) di Kuala Lumpur baru-baru ini menimbulkan kegusaran dan kemarahan terutamanya kepada umat Islam di dalam negara. 
 
Kegusaran dan kemarahan tersebut terbentuk takala rakyat masih lagi terkesan dengan program MyAqsa yang diadakan di Putrajaya sebelum ini di mana umat Islam bersolidari untuk mendukung dan berdiri sama teguh dengan rakyat Palestin menentang kezaliman dan penjarahan yang dilakukan Israel termasuk merampas bumi Palestin dari rakyatnya.
 
Namun yang menjadi kehairanan, disalahkan pula Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di atas kemasukkan Diplomat Israel tersebut ke dalam negara, logikkah tuduhan murah sebegitu? Berhentilah menjadi pelacur politik murahan!
 
PAS konsisten bersama Palestin
 
Isu Palestin ialah isu umat Islam sejagat. PAS sejak dari dahulu konsisten menentang apa yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dan penjajahan ke atas bumi Palestin. Sudah berpuluh program sama ada di dalam negara mahupun luar negara disertai PAS ataupun yang dianjurkan PAS dan belum pernah PAS kendur walau sedikitpun dalam isu Palestin. Sejarah membuktikan PAS sememangnya memperjuangkan nasib Palestin dan warganya.
 
PAS menentang keras kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin, pendudukan secara haram oleh Israel ke atas Palestin, penutupan sempadan Gaza dan Mesir yang menyukarkan urusan harian rakyat Palestin dan pelbagai lagi kekejaman Israel ke atas Palestin. Kesatuan Ulama Islam Sedunia melalui Tuan Guru Presiden PAS adalah di antara suara utama dunia Islam dalam menentang pendudukan haram Israel ke atas Palestin dan kekejaman yang dilakukan mereka ke atas warga Palestin.
 
Bukan sekadar solusi dua negara ditentang seperti yang diperjuangkan kebanyakkan pihak, malah PAS mahu Israel berundur sepenuhnya dari bumi Palestin. Sebaliknya diiktiraf negara Palestin serta menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin. Bermula dari Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan sehinggalah Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, perjuangan PAS terhadap Palestin tidak pernah berubah.
 
Bila membenci tidak ketahuan
 
Menjadi kemusykilan mengapa dikaitkan Tuan Guru Presiden PAS dengan kemasukan Diplomat Israel ke dalam negara seolah-olah Tuan Guru Presiden PAS yang menjemput Diplomat tersebut. Ada juga yang tiba-tiba menghentam Tuan Guru Presiden PAS kerana tidak bersuara menentang kemasukan Diplomat Israel seolah-olah beliau tahu jadual mahupun program PBB atau pun beliau Menteri Luar Negeri.
 
Bukan menjadi bidang kuasa Tuan Guru Presiden PAS untuk diberitahu kepada beliau mengenai program tersebut, kerana beliau bukan sebahagian dari kerajaan atau wakil kerajaan di dalam PBB.
 
Menolak dengan konsisten
 
Seharusnya sebelum menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah forum tersebut, kerajaan sepatutnya menyemak dahulu senarai negara yang akan menghantar wakil dalam forum tersebut. 
 
Maka apabila Israel terbabit dalam forum tersebut, satu sudut kerajaan seolah menerima kehadiran Diplomat Israel. Pada pandangan umum nampak seperti kerajaan hanya beretorik dalam memperjuangkan nasib Palestin dan warganya, berlawanan dengan apa yang diucapkan dalam bantahan dan program terdahulu.
 
BPMS lebih mulia dari kebencian
 
PAS mengajak seluruh masyarakat agar berpolitik dengan matang, politik yang berpaksikan kebenaran, berfakta serta membawa kesejahteraan kepada masyarakat. Berpolitik dengan kebencian, tipu daya, memfitnah, menghasut, mengeluarkan kata-kata kesat dan menimbulkan prasangka buruk hanya akan merosakkan masyarakat dan negara. 
 
Walau berbeza pandangan mahupun ideologi, keharmonian dan kesejahteraan rakyat patut diberi keutamaan. Jangan kerana hendak menang sokongan rakyat dan pilihan raya, digunakan segala jenis tipu daya dan helah licik tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal terjadi kepada masyarakat dan negara. Maka disebabkan itu PAS mengajak seluruh pihak agar mengamalkan BPMS agar masyarakat dan negara terpelihara.
 
Mengaitkan Tuan Guru Presiden PAS dengan kemasukan Diplomat Israel ke dalam negara ataupun dengan mengatakan Tuan Guru Presiden PAS berdiam diri membiarkan Diplomat Israel menjejakkan kaki di dalam negara akan menghakis sokongan masyarakat terhadap PAS, sebenarnya ia tidak akan berlaku dan hanyalah kerja sia-sia.
 
Rakyat makin celik dan sedar realiti politik semasa kerana segala maklumat hanya di hujung jari sahaja. Setiap kali difitnah, PAS makin kuat. Setiap kali dihenyak, PAS makin hebat.
 
SYAIFUL HIZAM
Pemerhati Politik

YAKIN untuk menang itu tak salah, tapi jangan sampai over confident, kena terus berdoa dan berusaha. Bilangan yang ramai tak guna, kalau kita sekadar syok berkumpul ramai-ramai sesama kita. Bilangan ahli yang ramai juga bukan jaminan mutlak untuk suatu kemenangan.

PAS bukan parti yang eksklusif untuk ahli sahaja. Dekati semua jiran tetangga dan rakyat secara inklusif, buat aktiviti kerjasama dengan rakyat, NGO, Persatuan Penduduk setempat yang membuka ruang rakyat bersama. Tidak dnafikan dalam era sekarang ini masih ada lagi rakyat yang fobia dgn PAS akibat dakyah fitnah BN dan DAP.

Ziarah rakyat dari rumah ke rumah. Fahami masalah dan isu mereka. Beberapa wakil rakyat PAS sudah tunjukkan bagaimana cara betul untuk bekerja. Perlu strategi, fokus pada segmen pengundi untuk tingkatkan kepercayaan rakyat.

Masa ziarah jangan datang bramai-ramai macam rombongan mak jemah, cukup beberapa orang. Kalau serbu ramai-ramai ini bikin rakyat tak selesa. Hormati keadaan hidup dan privacy tuan rumah. Hormati perbezaan pendapat, berlapang dada terima kritikan secara berdepan, jangan buang masa berdebat, jangan paksa mereka undi PAS, biar mereka undi secara sukarela atas kefahaman. Jangan lupa doakan mereka. Tugas kita menyampaikan, mohon Allah beri hidayah.

Pacak banner, bunting, billboard dan bendera perlu strategi juga. Jangan habiskan wang buat hiasan kempen melampau, kita bukan sertai pertandingan replika PRU paling hebat, gunakan bahan buangan yang boleh direcycle.

Jangan tampal banyak bahan kempen di tempat yang tak ramai orang atau penuh dipacak dekat rumah sendiri sahaja, jika clash dengan bendera lawan yang terlalu banyak di persimpangan jalan, jangan gusar, bubuh saja sehelai bendera besar bulan atau billboard dekat situ.

Masa gantung bendera hati-hati. Memang seronok buat kerja parti, tapi keselamatan diri jgn diabaikan. Bila kemalangan, cedera bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, takut menyusahkan orang lain. Kalau strategi kempen dalam bandar dan luar bandar berbeza. Strategi dekat lapangan dan alam maya pun berbeza.

Yang penting kurangkan buang masa berdebat berjela-jela dalam ruangan komen. Berdebat itu tak ada faedah pun. Kena lagi kalau yang berdebat dengan kita itu orang PH atau BN. Kita dah tahu stand mereka, bagi fakta banyak pun dia dah buta hati. Yang penting banyakkan buat status untuk menerang dan serang secara bijak dan berfakta. Promo info tentang parti, promo calon-calon.

Memang bagus komen up. Lepas baca saja komen up. Tapi lebih bagus kalau sahabat-sahabat klik butang share. Share info-info yang sudah dibaca di wall sendiri atau dalam group, viralkan setiap bahan menarik yang kita jumpa. Wajibkan diri anda untuk share sekurang-kurangnya lima status di wall sendiri.

1000 orang share lebih baik dari 10 ribu orang komen up dan berjuta-juta like. Selain komen up, jangan lupa komen Allahuakbar, ini slogan PAS. Selain itu banyakkan buat komen doa, dan lebih baik buat solat malam dan bermunajat mohon kemenangan. Jangan pula sibuk selfie berdoa bagi pimpinan, kurangkan selfie di meja makan, kurangkan share benda-benda peribadi kat facebook. Banyakkan selfie gambar-gambar buat kerja atau jumpa rakyat. Untuk ubah keputusan PRU13 dalam PRU14 kita kena muhasabah banyak. Jangan guna strategi yang sama kalau mahu keputusan yang berbeza. Sekian, bersambung...

HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur
10 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 10/2/2018

BAGAIMANA pertubuhan satu NGO diluluskan sedangkan ianya berlawan arus dengan Islam?Bagaimana kerajaan tidak menyedari bahawa kewujudan Sister in Islam (SIS) adalah satu pertubuhan yang telah menjadi satu tempat tersasarnya akidah Islam?

Atau memang dalam kerajaan terdapat sokongan kepada NGO ini berdasarkan kununnya mempertahankan hak wanita atau wanita Islam teraniaya?

Ramai yang tidak tahu SIS sudah lama wujud dalam negara kita di mana ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita sealiran dengannya merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam. Mereka bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka.

SIS berfahaman dengan fahaman Sekular dan Liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan 'Enlightment' di Eropah beberapa kurun yang lalu.

Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam.

SIS membawa fahaman Liberalisme di mana Sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran Sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).

Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan mengenai ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di Mahkamah Syariah, hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka.

Lebih dari itu tidak mempercayai Islam sebagai ideologi politik yang boleh memerintah Negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam.

Menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya, menentang Negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat.

Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai seksualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama.

Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam.

Di sinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai entiti peranan berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak PAS dan Jabatan Agama.

SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima 'maximum pleasure' adalah pengukur moraliti.

Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar. Kerana mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan.

Sudah jelas mereka-mereka ada dalam kalangan PH dan Umno-BN. Jika dilihat isu-isu yang bertentangan dengan mereka, akan dilawan dan berusaha untuk menjadikan satu kemenangan bagi mereka.

Jika hal ini dibiarkan maka keparahan Islam dalam masyarakat kita akan menjadi satu bala bencana yang tidak dapat kita bendung. Fahaman SIS adalah satu fahaman dari penganut Kristian yang kita lihat dalam DAP.

Jadi dalam hal ini juga kerajaan harus mengambil serius dalam melibatkan akidah umat Islam. Bukan dengan mendiamkan diri Islam dipijak oleh bangsa lain. Tetapi jika dilihat dalam masyarakat Umno-BN mereka juga hidup bebas tanpa paksaan.

Moga Allah memberi petunjuk serta keampunan kepada mereka yang telah sesat agar dapat kembali ke jalan kebenaran. Neraka tu amat panas, tak terdaya kita untuk menahan kepanasannya, sekiranya sebesar titik jarum terbuka, apinya mampu membakar seluruh alam ini. Hukum al-Quran tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.

Allah berikan kita akal jadi berakal untuk memilih pemimpin kita yang ada dasar al-Quran dan Sunnah. Bukan hanya memilih pemimpin yang bijak dari segi kemajuan tetapi memilih pemimpin boleh membawa rakyatnya ke jalan Allah.-HARAKAHDAILY 7/2/2018

SAL NASIR

RUPANYA bukan PAN sahaja yang membidas MB Selangor Dato' Seri Mohd Azmin Ali, penajanya DAP turut tidak ketinggalan.
 
Dalam FBnya anggota JK Pusat DAP yang juga bekas EXCO dan Adun Selangor Ronnie Liu turut menempelak Azmin dengan kata nista.
 
Anda telah gagal segagal-gagalnya kata Ronnie dan anda tidak layak menjadi Pengerusi PH Selangor.
 
Jelas PAN dan DAP seakan bersekongkol menyerang Azmin demi apa sahaja muslihat dan agenda yang mereka sahaja tahu.
 
Dalam ruangan komen dalam postingnya, Ronnie mempertegaskan lagi sikapnya pada Azmin dengan menyebut:
 
"Tolak MB Min kerana dia sabotaj PH. MB Min yang kata PAN menipu. Sebenarnya dia yang menipu."
 
Dan saya sekali lagi mahu rekodkan bahawa seburuk-buruk pandangan yang lain pada PAS sekurang-kurangnya kami tidak pernah tergamak menyerang apatah lagi menghina MB kami sedemikian rupa.
 
Walaupun kami dicop anak nakal tapi kami punya adab dan budaya. 
 
Kalau begitulah pandangan PAN dan DAP terhadap Azmin, sewajarnya secara terhormat angkatlah kaki dan berambus keluar dari kerajaan, bukan begitu? - HARAKAHDAILY 4/2/2018

UNTUK artikel kali ini saya tak nak tulis tentang jasa dan sumbang PAS semasa perintah Terengganu dan Kedah sebab itu sudah banyak ditulis oleh penulis lain. Saya hanya ingin kongsi kisah sejarah tempoh perjawatan pemimpin PAS berbanding pemimpin PH yang kebanyakannya tersungkur lebih awal.
 
Setiap kali macai PH ingin perlekehkan Presiden PAS mereka akan ungkit kisah kekalahan PAS di Terengganu pada 2004. Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang jadi MB Terengganu dari 2 Disember 1999 hingga 25 Mac 2004. Nampak tak? Beliau berjaya memerintah selama sepenggal sebelum PRU 11. Manakala Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak jadi MB Kedah dari 9 Mac 2008 hingga 6 Mei 2013, pun perintah satu penggal.
 
Kedua-dua pemimpin PAS ini berjaya harungi sepenggal pemerintahan dengan melakukan banyak perubahan. Dan lebih menarik lagi pemerintahan mereka berjaya menyatukan kepimpinan pelbagai  parti bukan BN untuk bekerjasama dengan PAS tanpa sebarang pengkhianatan dari ahli atau rakan-rakan komponen. Walaupun ada yang cuba khianat tapi berjaya ditangani dan kekal memerintah hingga akhir penggal.
 
Kita lihat pula rekod perjawatan pemimpin PH. Walaupun ianya rekod semasa mereka di parti lama, tapi itulah fakta sebenar bagaimana mereka tumbang selepas dikhianati oleh rakan sendiri sebelum mereka pula jadi pengkhianat pada parti sendiri.
 
Mohammad Nizar Jamaluddin jadi MB Perak atas tiket  PAS pada 17 Mac 2008 hingga 12  Mei 2009. Disingkir dari kerusi MB selepas tiga adun PKR dan satu Adun DAP sokong BN. Hanya sempat memerintah 1 tahun 2 bulan sahaja, sekali gus menjadikan beliau MB paling pendek tempoh pemerintahannya di Malaysia. Kini bersama PAN selepas beliau juga khianat kepada PAS.
 
Seterusnya Mukhriz Mahathir. Beliau jadi MB Kedah dari 6 Mei 2013 hingga 3 Februari 2016 atas tiket Umno mengunakan pengaruh bapanya. Tapi disingkir selepas undi tidak percaya oleh Adun BN yang diketuai Ahmad Bashah. Hanya sempat memerintah 2 tahun 5 bulan sahaja. Kini menjadi Timbalan Presiden PPBM tapi mengaku orang Brunei.
 
Selain dari itu, PH juga dianggotai oleh pemimpin yang suka berangan-angan tinggi. Namun angan-angan itu musnah dengan tragedi yang diluar jangkaan mereka. Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yasin, dua bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang tersungkur sebelum sempat menjadi Perdana Menteri.
 
Anwar dipecat Mahathir pada 1998 atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Hingga ke hari ini masih berangan-angan nak jadi Perdana Menteri dengan harapan Mahathir letak jawatan lepas dirinya keluar dari penjara. 
 
Namun populariti Anwar merudum kalangan orang Melayu selepas mengkhianati perjuangan otai Reformasi yang sebelumnya mendokong perjuangan PKR untuk singkir Mahathir. Kini PKR duduk berlutut dan mengangkat Mahathir jadi calon Perdana Menteri. Dan cara politik ini sangat memualkan rakyat.
 
Mahathir masih enggan membersihkan nama Anwar sebagai lelaki peliwat dan gay. Kini Anwar menunggu hari pembebasannya dari penjara dan masih menyambung angan-angan untuk jadi Perdana Menteri pada 2019.
 
Muhyiddin pula disingkir dari Umno pada 2016 selepas beliau menyerang Najib secara terbuka dalam isu 1MDB. Beliau yang terkenal dengan gambar mengangkat sepanduk "I Love PM" di hadapan Najib, tak sempat nak jadi Perdana Menteri juga. Cuma nasib beliau baik sikit dari Anwar kerana Najib tak fitnah beliau meliwat.
 
Kini Muhyiddin menjadi Presiden PPBM, tapi semua orang tahu yang beliau hanya jadi Presiden boneka dan bila-bila masa sahaja ditendang Mahathir yang bercita-cita meletakkan Mukhriz di jawatan itu. Muhyiddin tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk survive dalam politik rencam PPBM. Beliau terpaksa akur dengan pengaruh Mahathir yang lebih kuat dan perlu berhati-hati jika tidak mahu ditendang Mahathir keluar sebagaimana pengasas PPBM yang lain.
 
Mahathir adalah diktator PPBM, sesiapa sahaja yang tidak puashati dengan beliau akan diserang dan ditendang keluar dengan penuh penghinaan. Maka jadilah Muhyiddin "Mr Yes Man" walaupun hatinya kecewa sebab tidak dipilih jadi calon Perdana Menteri PH.
 
Seterusnya terdapat dua nama lagi yang juga gagal mengapai angan-angan mereka selepas pemimpin PAS mengetahui sikap sebenar mereka. Husam Musa dan Wan Azizah Wan Ismail, dua nama yang kekal tercatat dalam sejarah sebagai bekas bakal MB yang tiada pencen.
 
Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz sempat mencium sikap sebenar Husam yang kuat melobi untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Akhirnya Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dipilih menjadi MB Kelantan. Maka kempunanlah Husam hingga kini. Penat melobi dengan pelbagai idea dan projek yang terbengkalai, namun Nik Aziz malas nak layan beliau. Hanya beliau yang terhegeh-hegeh menumpang nama dan legasi Nik Aziz walaupun sudah dipecat dari PAS dan sertai PAN.
 
Wan Azizah yang mulanya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh atas alasan ingin menjaga cucu membuat kejutan bertanding di DUN Kajang selepas itu. Namun, percubaannya selepas itu untuk menjadi Menteri Besar wanita pertama Selangor gagal selepas PAS mencalonkan Azmin.
 
Inilah antara 6 individu dalam PH yang gagal menamatkan penggal pemerintahan selepas dikhianati dan gagal dalam angan-angan mereka meraih tampuk kuasa. Mereka juga sanggup mengkhianati rakan-rakan seperjuangan demi mencapai impian untuk berkuasa.
 
PAS walaupun hanya perintah Terengganu dan Kedah satu penggal sebelum ini, tapi berjaya mentadbir hingga akhir penggal dengan baik. Malah lebih penting lagi PAS tidak khianat dan tidak dikhianati oleh siapa-siapa semasa memerintah. Legasi PAS sepanjang tempoh pemerintahan tercatat dalam sejarah dan insya-Allah PAS masih berpeluang memerintah sekali lagi dalam PRU-14.
 
 
HERMAN SAMSUDEEN
Gombak
3 Februari 2018

RANG UNDANG-UNDANG (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat pada 10 Ogos 2017.

Pindaan RUU ini dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan tiada bantahan oleh mana-mana ahli Parlimen Umno.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) memohon untuk diadakan undi belah bahagi, namun tidak dibenarkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kerana tidak cukup 15 Ahli Parlimen yang berdiri menyokong.

Pindaan akta 164 membenarkan pasangan berlainan agama seperti Islam dan bukan islam merujuk mahkamah Sivil untuk pembubaran perkahwinan dan menuntut hak penjagaan anak.

Dengan kuasa baru ini, ia sekali gus menguatkan kedudukan Mahkamah Sivil untuk overule kuasa Mahkamah Syariah yang sebelum ini memberikan hak mutlak kepada ibu bapa beragama Islam menjaga anak mereka.

24 April 2009 - Indira Gandhi memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh mendapatkan hak penjagaan tetap ke atas tiga anaknya.

29 September 2009 -Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan anak kepada Muhammad Ridhuan.

11 Mac 2010 - Mahkamah Tinggi Ipoh beri hak penjagaan anak kepada Indira Gandhi, bapa diberikan hak lawatan sekali seminggu.

30 Mei 2014 - Muhammad Ridhuan dikenakan perintah menghina mahkamah, waran tangkap dikeluarkan terhadapnya selepas dia gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. Indira Gandhi dapat perintah Mahkamah Tinggi yang memerintahkan polis mencari Muhammad Ridhuan.

17 Disember 2014 - Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya Ketua Polis Negara (KPN) menahan Muhammad Ridhuan dan mengembalikan anak perempuannya kepada bekas isteri.

22 April 2015 - Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Indira Gandhi merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perintah ke atas Ketua Polis Negara (KPN).

29 April 2016 - Mahkamah Persekutuan memerintahkan KPN menahan Muhammad Ridhuan.

Keputusan ini sekaligus mengenepikan keputusan berhubung penukaran agama tiga anak guru Tadika M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang merupakan seorang mualaf.

Mahkamah Persekutuan memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bersama bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Sijil penukaran agama kepada Islam tiga anak itu adalah tidak sah kerana sijil tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan Indira Gandhi. Secara automatik anak-anak itu didesak kembali kepada agama asal, dalam bahasa lain menjadi murtad.

Saya juga kesal selepas melihat beberapa ahli kumpulan yang menyokong gerakkan Islam Liberal hadir meraikan 'kemenangan' Indira. Tindakan mereka itu sangat memalukan dan serupa macam Umno.

Pihak Polis di arah oleh Mahkamah untuk mencari anak-anak Indira bagi melaksanakan keputusan tersebut. 

Hingga kini kanak-kanak ini bersama bapa mereka Muhammad Riduan Abdullah masih gagal ditemui dan mereka masih beragama Islam.

Pindaan Akta 164 menjadi jalan pemudah kepada tuntutan Indira dalam pertikaian panjang sebelum ini. Jelas Umno telah mengambil tindakan yang salah kerana memfokuskan kepada pindaan Akta 164 tanpa memikirkan kesannya.

Sepatutnya Umno memfokuskan bagi menaiktaraf bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menguruskan isu sebegini.

Pindaan Akta 164 hanya merendahkan kedudukan Mahkamah Syariah sahaja. Umat Islam ramai yang kecewa, dan kesal dengan sikap Umno yang tidak jujur dalam memperjuangkan nasib umat Islam.

Kelemahan perundangan kita juga jelas kerana kita menetapkan bahawa hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja boleh menentukan agama mereka. Kanak-kanak dibawah umur 18 tahun tidak punya kuasa khususnya bila melibatkan pasangan ibu bapa yang bercerai.

Kita juga memahami hak dan tuntutan masyarakat bukan Islam. Tapi sebaiknya perlu ada klausa kelonggaran untuk Mahkamah memberikan peluang kanak-kanak ini memilih untuk kekal agama asal atau mengikut agama baru. Jika dalam sesetengah kes tuntutan penjagaan anak, kanak-kanak dibenarkan memilih nak tinggal dengan siapa, mengapa tidak boleh benarkan mereka memilih agama. Malah undang-undang juga wajar menetapkan hak penjagaan yang seimbang supaya tiada pihak yang tertindas.

Saya percaya, jika anak-anak ini kuat imannya walaupun mereka kembali kepada ibunya mereka masih mahu bersama Islam. Saya juga percaya yang kedua ibu bapa ini perlu bertemu dan berbincang bersama anak-anak mereka. Lagi pun anak-anak mereka kini sudah remaja.

Kita usaha dan doakan semoga hidayah Allah kekal dalam hati anak-anak Indira, tetapi jika mereka ingin kembali kepada agama asal kita serah pada Allah.

Saya juga harap dalam melayani kesedihan ini umat Islam dapat kawal perasaan, kita tidak mahu isu ini mengugat keamanan dan perhubungan antara kaum dan agama. Kita hormati hak beragama Indira, dan harap mereka juga hormati kita.

Apa pun, umat Islam tetap kesal kerana Umno gagal kali ini. Dan ini membuktikan bahawa Umno bukanlah sandaran terbaik untuk umat Islam dinegara ini. PAS adalah satu-satunya parti yang benar-benar serius memperjuangkan nasib umat Islam. Maka dalam PRU-14 umat Islam perlu meramaikan pemimpin Islam di parlimen dengan memastikan calon-calon PAS menang majoriti kerusi Parlimen. -HARAKAHDAILY 1/2/2018

HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur

Analisis undi pun orang PAN nak bohong
 
MEMBACA tajuk artikel Zulkifli Sulong "Pengundi senyap tidak akan undi PAS dalam PRU14" dalam The Malaysian Insight jelas mengambarkan ianya artikel sampah yang penuh halusinasi dan pembohongan.
 
Nama pun 'Pengundi Senyap' atau 'Silent Voter'...macam mana Zulkifli dan macai PAN yang kononnya pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali boleh membuat kesimpulan bahawa pengundi senyap ini tidak undi PAS.
 
Kalau yang bercakap dan bising, kata tak undi PAS tu...itu bukan 'Pengundi Senyap' namanya. Pengundi Senyap ini siapa pun tak tahu apa yang mereka akan pangkah masa PRU, sebab mereka senyap.
 
Fakta Mazlan bahawa 35 peratus ahli PAS telah keluar parti menyertai PAN juga satu pembohongan dan tidak berfakta. Jika ikut fakta Mazlan ni, sepatutnya dah 350,000 ahli PAS masuk PAN dari lebih satu juta ahli yang ada sekarang.
 
Hakikatnya, sehingga kini PAN masih gagal menyatakan jumlah sebenar keahlian mereka. Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, sebelum ini mendakwa bahawa PAN berjaya mengumpulkan sekitar 80,000  ahli. Ini pun tiada bukti yang pasti. Setiausaha PAN pun tak boleh sahkan. Kalau pun betul 80,000, jumlah tu masih jauh dari anggaran Mazlan sebanyak 350,000.
 
Sebagai pensyarah, Mazlan sepatutnya mengunakan data-data yang lebih berintegriti sebelum membuat hipotesis bukan berdasarkan andaian semata-mata kerana itu adalah satu pengkhianatan kepada title 'Drr yang dimilikinya. Malulah seorang yang ada PhD membuat hipotesis berdasarkan maklumat yang tidak sah dan mungkin masa dia buat tesis PhD pun banyak menipu dan tidak guna kaedah yang betul dalam membuat hipotesis. Kalau macam tu, sama sahaja nilai PhD tu dengan orang yang beli sijil PhD sahaja.
 
Memang tidak dinafikan bahawa ada ahli PAS yang keluar parti dan masuk PAN tapi tidaklah seramai yang mereka dakwa. Dan pendaftaran keahlian baru PAS pun cukup ramai sejak 2015.
 
Tahun 2015 : 41,431
Tahun 2016 : 23,559
Tahun 2017 : 41,813
 
Jumlah di atas sudah lebih dari jumlah pendaftaran keahlian PAN seperti yang didakwa oleh Salahuddin. Itu belum kira pertambahan keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS lagi.
 
Pengundi Senyap kini memerhati sikap-sikap orang politik dan diharapkan, kurang-kuranglah tunjukkan statistik yang berdasarkan andaian ini. Cakap biar ada fakta.
 
Selain itu, Pengundi Senyap ni bukan buta. Mereka boleh lihat beza jumlah kerusi yang PAS bertanding,130 kerusi berbanding PAN 27 kerusi sahaja. Macam mana mereka nak undi PAN kalau PAN bertanding 27 kerusi sahaja.
 
Ahli PAS tidak akan undi DAP sebab parti itu tolak Islam dan jelas sekular. Ahli PAS juga tak akan undi PPBM sebab parti itu juga sekular di bawah Mahathir, malah parti itu juga banyak masalah dalaman dan calon-calon mereka majoriti adalah bekas-bekas ahli Umno yang tidak dikenali dan entah dari mana mereka kutip.
 
Ahli PAS mungkin memilih PKR, tapi jika calon PAS bertanding melawan PKR pastilah mereka akan undi PAS kerana pemimpin PKR juga telah khianati perjuangan Reformasi 1998 dan mencium kaki Mahathir yang dulunya mereka kata nak heret ke mahkamah. PKR juga bersama-sama DAP menjulang sekularisma dan LGBT.
 
Terpulang pada pengundi senyap nak undi siapa, tapi kalau ahli PAS Insya-Allah mereka lebih bijak dalam memilih siapa yang sepatutnya diundi. Dan PAS tidak pernah takut untuk bertanding 3 penjuru dengan PAN dan Umno. 27 kerusi???..silakan...PAS sudah sedia.
 
Dan jika PAS bertemu 3 penjuru dengan PPBM dan Umno, yang banyak pecah undi adalah Umno kerana orang Umno pergi kepada PPBM sebahagiannya. Jadi teori undi PAS pecah tu tak berapa tepat.
 
Insya-Allah, semua jentera pilihan raya PAS sudah bersedia dan kempen-kempen juga sudah berjalan. Kita merancang, Allah merancang dan kita redha dengan apa yang Allah rancang. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
 
HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur

PERHATIAN terhadap zoo sekali lagi muncul dan kali ini tumpuannya adalah kepada Zoo Kemaman, Terengganu. Didakwa pekerja Zoo Kemanan yang bersungut berkongsi gambar haiwan dalam sangkar kecil dan gajah yang dirantai di luar dibiarkan di dalam hujan, dengan aktivis kebajikan haiwan.
 
Gambar zoo yang ditunjukkan dalam media sosial menggambarkan bagaimana haiwan itu dipelihara. Walaupun mereka mengakui prihatin terhadap haiwan, zoo lebih tepat dijelaskan sebagai kumpulan haiwan menarik berbanding tempat atau kediaman sebenar. Malah di dalam keadaan terbaik di zoo terbaik, kurungan tidak dapat meniru habitat haiwan liar.
 
Persekitaran ini mungkin bukanlah tempat yang sesuai serta bebas daripada masalah, tetapi haiwan ini telah berevolusi beribu tahun, menyesuaikan diri untuk hidup dalam jenis persekitaran semula jadi tertentu. Menempatkan haiwan dalam persekitaran yang tidak sesuai bagi spesies ini boleh menyebabkan tekanan dan masalah tingkah laku.
 
Sahabat Alam Malaysia (SAM) percaya adalah lebih baik untuk tidak mengurung haiwan liar sama sekali jika keperluan mereka tidak dapat dipenuhi terutama sekali jika haiwan itu ditempatkan untuk tujuan hiburan.
 
Mempersembahkan haiwan kepada pengunjung zoo sebagai hiasan kehidupan mengajar kanak-kanak bahawa haiwan boleh dimanipulasikan dalam usaha untuk memenuhi sifat ingin tahu mereka. Zoo mengajar orang bahawa manusia mempunyai hak untuk memperhambakan haiwan, dan memperkuatkan lagi tanggapan bahawa haiwan itu hanya untuk manfaat kita. Tingkah laku pelik dan terganggu haiwan di zoo menyediakan bukti selanjutnya bahwa memelihara haiwan dalam kurungan adalah salah. Zoo gagal untuk mengenal pasti bahawa haiwan mempunyai keperluan mereka sendiri untuk dipenuhi untuk tujuan mereka sendiri.
 
Kakitangan zoo perlu berhenti daripada menyatakan bahawa ia mempunyai nilai pendidikan dengan mempamerkan haiwan di dalam sangkar besi dan dinding kaca. Tidak kira apa yang dipamerkan – orang melayan pameran sebagai satu hiasan. Dakwaan zoo berperanan ‘mendidik’ perlu dicabar jika masyarakat menghormati haiwan.
 
Apa yang tidak dipersoalkan ialah majoriti zoo Malaysia dijalankan untuk tidak lebih daripada keuntungan atau hiburan dan keadaannya sering tidak berapa baik.
 
Kini tiba masanya untuk menilai bagaimana pengendali pameran haiwan yang dilesenkan oleh kerajaan persekutuan mematuhi standard kebajikan haiwan minimum. Sistem pelesenan dan pemeriksaan semasa tidak memastikan bahawa zoo kita memenuhi dan mengekalkan, melebihi standard minimum kebajikan haiwan.
 
SAM menggesa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Hidupan Liar supaya menghentikan pemberian permit untuk membuka zoo baharu. Sebagai ganti, mereka seharusnya memberikan tumpuan kepada zoo yang berada dalam keadaan yang tidak memuaskan untuk memastikan ia memenuhi standard perumahan, ternakan, kebajikan, dan kesihatan untuk semua penghuninya.
 
S. M. MOHAMED IDRIS
Presiden          
Sahabat Alam Malaysia
HARAKAHDAILY 31/1/2018

MAHATHIR hendak bercakap bab halal haram lihat diri sendiri dulu. Cucu pegang anjing, anak niaga arak, macamana beliau nak jawab?
 
“Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji?
 
“Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam. Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?” soal Tun M, 23 Januari kelmarin.
 
Inikah dikatakan Tun M seorang yang peka dalam hal Islam? Segala statement beliau adalah menjurus kepada kekeliruan ilmu agama. Rupanya selama ini Tun M hidup dalam terawang-awng antara dunia dan akhirat, masih jahil atau buat-buat jahil.
 
Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sering hina ulama tiba-tiba berlagak jadi ‘mufti’ apabila dakwa ibadah haji dengan menggunakan dana ihsan 1MDB sebagai hukum haram! Adakah beliau mahu mempertikaikan dosa dan pahala sedangkan penentu semua itu hanya Yang Maha Kuasa.
 
Telatah Tun M mempermainkan hukum agama bukan baharu. Malah ada anak beliau sendiri perlekeh ajaran Islam dan lebih malang, tiada sesiapa pun berani tegur kecuali musuh politiknya tetapi suara mereka ‘tenggelam’.
 
Terbaharu tular pula dalam kalangan pengguna media sosial tempatan apabila kecoh memperkatakan gelagat jelik salah seorang cucu kesayangan kepada Pengerusi PPBM itu yang hanya dikenali namanya sebagai Othman Mirzan.
 
Dia dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar terbaharu dirinya tidur bersama-sama anjing kesayangan berserta kapsyen “All my bitches love me” menerusi laman Instagram yang dikongsikan secara umum.
 
Beginikah gaya hidup orang Melayu yang beragama Islam? Padahal Muslim diharamkan menyentuh anjing yang merupakan najis berat Mughallazah kecuali dalam beberapa keadaan tertentu apatah lagi membelainya manja.
 
Justeru tindakan Othman memanipulasikan hukum Islam untuk menghalalkan gaya hidup ternyata kurang ajar tetapi paling aib, Mahathir tidak pula berani kata perbuatan si cucunya itu sengaja pegang anjing sebagai haram..
 
Untuk rekod bapanya, Mirzan pernah terpalit dengan isu pembelian kilang arak di Filipina manakala ibu saudaranya bernama Marina pula sering dikaitkan dengan gerakan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
 
Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa menunaikan haji melalui bantuan 1MDB adalah haram selain bermacam-macam lagi ‘fatwa’ dikeluarkan demi menunjukkan dia sahaja suci!
 
Walhal sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir, langsung tiada rakyat marhaen ditaja mengerjakan haji oleh mana-mana agensi kerajaan berbanding lebih 6,000 orang di bawah program 1MDB sejak diperkenalkan pada 2011.
 
Bukan nak menyokong Umno, tetapi perkara yang baik untuk umat Islam itu kita sokong. Saya tak nafikan benda yang baik kita nak tentang juga. Itu dah melanggari prinsip kita sebagai Islam.
 
Mahathir nak tentukan 'halal' dan 'haram' beliau kena imbas kembali pada kedudukan beliau semasa menjadi PM dulu. Berapa banyak beliau mentadarah duit 'haram' (bahasa kasar)? Adakah beliau mudah lupa? Atau beliau merasakan beliau sudah sesuci kain putih?
 
Dana beliau yang ada di sekitar dunia adakah 'halal' untuk dijadikan pendapatan beliau sekeluarga? Saya tak nak komen banyak sebab Mahathir bab agama Islam memang beliau cukup suka mempertikaikan.
 
Satu soalan saya sebelum Mahathir membuat pelbagai spekulasi bodoh sebagai bekas PM yang bertauliah, "Adakah dari hasil penjualan arak yang dihasilkan anak beliau 'halal'?
 
Harap PAN menjawap sebab PAN adalah bala tentera Mahathir sekarang. Orang jahil akan bertanya soalan yang jahil sehingga membuatkan orang lain terikut jahil.
 
Usah terlalu taksub sehingga sanggup menjadi manusia busuk hati dan menyusahkan orang lain demi mencapai hasrat dan telunjuk pihak tertentu sehingga sanggup menjadi anjing suruhan untuk menggigit dan menimbulkan perasaan tidak tenteram ramai pihak.
 
SAL NASIR
24012018 - HARAKAHDAILY 25/1/2018