Kesan gejala lesbian, gay, biseksual dan transeksual

Surat Pembaca
Typography

MUTAKHIR ini, seringkali kita dengar tentang isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang melanda negara kita dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa bukan sahaja dalam negara malahan di luar negara juga. Perkara ini semakin membimbangkan terutamanya buat masyarakat di Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam.

Gejala dan kegiatan ini bertentangan dengan sistem kehidupan normal seseorang manusia, akan tetapi mengapak ia telah menjadi suatu perkara yang biasa di dunia amnya dan Malaysia khasnya?

Berikutan telah diuar-uarkan kelulusan penukaran gender terhadap lelaki atau perempuan di negara ini, gejala LGBT semakin menjadi-jadi dalam kalangan anak muda ibarat mengantuk disorongkan bantal. Tindakan golongan ini bukan sahaja memperlekeh kesucian agama Islam dan perundangan Malaysia, malah boleh menggugat ketenteraman awam dan keamanan agama.

Antara garis panduan bagi mengenali golongan lesbian dan gay, simptom gay adalah lelaki yang mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (memakai baju v-neck, sleeveless), suka memakai baju yang ketat mengikut tubuh dengan warna yang terang, lebih cenderung minat kepada lelaki dan suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan.

Manakala simptom lesbian pula merujuk kepada wanita yang tarikan seksualnya hanya kepada wanita lain, menjaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya, lebih suka pada wanita untuk teman tidur, makan dan ke mana-mana dengan pasangan wanita dan juga tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki.

Peringkat awal kewujudan golongan LGBT di Malaysia bermula sekitar tahun 1980-an sehingga ke hari ini. Gejala dan kegiatan LGBT semakin meningkat terutama dalam golongan belia dan remaja di peringkat sekolah mahupun IPTA khususnya.

Oleh itu semua pihak harus bertungkus lumus dan berganding bahu bagi membanteras gejala ini daripada terus berleluasa. Antaranya ialah penguatkuasaan daripada pihak berkuasa dengan meningkatkan pembanterasan tempat-tempat golongan ini berkumpul dan membiak.

Ibu bapa juga dinasihatkan untuk mengambil tahu simptom gay atau lesbian bagi mengelakkan anak-anak daripada terjerumus ke dalam gejala LGBT ini.

Selain itu, disarankan agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengedarkan artikel, buku mahupun garis panduan untuk mengenali golongan ini supaya semua pihak dapat memainkan peranan bagi mengelakkan kegiatan semakin menunjukkan peningkatan. Hadis dari Abu Hurairah (r.a) berkata;

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”.

Dalam kisah Nabi Luth juga ada mengisahkan, baginda mengatakan kepada kaumnya:

Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsumu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

LGBT jelas menunjukkan kesan dan pengaruh yang sangat negatif terhadap golongan belia di negara kita. Justeru perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak agar golongan ini tidak terus memperlekeh maruah negara kita.

Ia mesti dicegah melalui pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Dalam usaha mencapai matlamat belia sebagai penggerak kemajuan negara, golongan belia perlu meletakkan diri mereka sebagai pencetus, penggerak dan pembina tamadun yang unggul.

Sekiranya golongan ini dibiarkan hanyut, apakah akan lahir golongan yang akan melakukan perubahan kearah generasi cemerlang dan negara terbilang yang akan menaikkan martabat bangsa dan negara di tahap yang tertinggi. Maka setiap pihak haruslah berganding bahu untuk mencari inisiatif mengatasi gejala LGBT. – HARAKAHDAILY 20/5/2017

Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia