Sidebar

23
Sat, Sep

Srikandi yang tidak didendang

Surat Pembaca
Typography

UMMU Haram, isteri kepada Ubadah Bin Samit, juga ibu saudara susuan Rasulullah SAW. Dia bercita-cita untuk menyertai peperangan di atas kapal dilaut, untuk turut menyumbangkan berjihad dan berdakwah. Cintanya pada agama membuatkan Ummu Haram bersungguh-sungguh membawa manusia kembali kepada akidah tauhid yang sahih. Srikandi Ansar ini bernama Ummu Haram Bin Malham Bin Khalid Bin Haram Bin Amir. Ummu haram ialah

Anas Bin Malik merupakan anak saudara kepada Ummu Haram menceritakan bahawa  Rasulullah SAW pernah menjenguk Ummu Haram di rumahnya. Kadang- kadang Rasulullah SAW menumpang tidur di waktu siang hari dan merarau di rumah Ummu Haram.

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengunjungi Ummu Haram di rumahnya di Quba’, Ummu Haram  menyediakan makanan kepada tetamu istimewanya itu. Setelah selesai makan, Rasulullah bersandar dinding lalu tertidur dan ketika baginda tersedar, baginda tersenyum.

Ummu Haram di sisi baginda bertanya ”Mengapa tuan tersenyum wahai Rasul Allah?”

Jawab baginda; “Sebahagian daripada ummatku diperlihatkan kepadaku (dalam mimpi) sebagai orang-orang yang berjuang dilautan. Mereka seperti raja-raja di singgahsana.”

“Wahai Rasulullah, doakan saya salah seorang daripada mereka.” Pinta Ummu Haram.

Maka Rasulullah mendoakan ibu saudara susuannya itu.

Tiga kali Rasulullah bermimpikan mimpi yang sama setelah terbangun baginda tersenyum lalu menceritakan cerita yang sama. Ummu Haram meminta Rasulullah mendoakannya. Rasulullah  berkata “kamu termasuk dalam kumpulan pemula”. Kisah ini ada diriwayatkan  oleh Imam Muslim dan sahih Bukhari.

Sabda Rasulullah SAW itu akhirnya berlaku setelah kewafatannya. Pada 27 Hijriah, Semasa pemerintahan khalifah Usman Bin Affan. Mua’wiyyah bin Suffyan memimpin pasukan Muslim untuk menentang Romawi dan menakluk Pulau Cyprus yang berada di bawah kekuasaan Byzantuim.

Ummu Haram bersama suaminya Ubadah Bin Samit turut serta dalam peperangan ini. Walaupun mereka telah berusia ketika itu, namun tidak menghalang mereka menyahut seruan jihad menentang musuh di laut. Ummu Haram berada bersama angkatan perang pasukan pertama.

Angakatan Islam berjaya dalam misi itu. Ramai tawanan dan banyak barang pampasan yang diperoleh pasukan Muslim.

Perang Qibris memohon damai. Isi perjanjian itu menetapkan Cyprus perlu membayar cukai tahunan kepada kaum Muslimin sebanyak 7000 dinar.

Pasukan Muslim bersiap-siap untuk pulang. Ummu Haram terjatuh daripada haiwan yang ditunggangnya. Lehernya patah lalu srikandi pemula jihad itu syahid. Jenazahnya dimakamkan di Cyprus. Kerajaan Turki Uthmani mendirikan  sebuah masjid di sebelah makam syahidah itu, makam ini dikenal sebagai Hala Sultan Tekka.
Hisyam Al-Ghaz menyebut ”Makam Ummu Haram di Cyprus. Orang-orang mengatakan bahawa ini adalah makam wanita solehah”.

Ibrah yang dapat kita ambil daripada lembaran kisah mujahidah hebat ini adalah beliau bersungguh-sungguh dan tulus berjihad demi agama Allah. Umurnya dihujung senja tidak menghalang Ummu Haram daripada ikut berjihad bersama mujahidin lain.

Mari kita lihat dalam diri masyarakat kita sekarang, terutamanya kaum hawa. Masih wujudkah diri Ummu Haram dunia abad ini? Selagi nafas bersama jasad, selagi dunia aman dari hari yang dahsyat, belum terlambat untuk menghidupkan roh perjuangan Ummu Haram dalam diri. Ayuh tumbuhlah mawar agama, mekarkan kelopak perjuanganmu, sebarkan haruman dakwahmu, sehingga kakimu mejejak taman syurga. – HARAKAHDAILY 19/5/2017

Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).