ANAK-anak PASTI ini sanggup meninggalkan keseronokan bermain dengan kawan-kawan seusianya, demi membantu menyiapkan PASTI NURUL HIDAYAH tempat mereka belajar setiap hari.

Kedengaran perbualan di antara mereka.

" Anak-anak...pergi main di sana...!!! Di sini tempat orang tua buat kerja,” tegur seorang Pak Cik.

“Tak mahulah Pak Cik. Saya nak siapkan sekolah saya. kasihan dengan cikgu dan kawan-kawan,”  Jawab si anak ini.  

Terharu rasa hati bila mendengar jawapan si anak kecil ini. Walaupun kudratnya tidak beberapa, tetapi dia punya jiwa yang besar. Cinta, kasih dan sayangnya kepada Sekolah PASTI mengatasi keseronokan bermain dengan kawan-kawan yang lain.

Esok, Lusa, sesi persekolahan akan kembali. Tak tau lagi dimana tempat untuk mereka belajar,  sementara menantikan bangunan PASTI ini siap.

Bak kata pepatah, Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sabarlah wahai anak, bantuan Allah pasti akan datang.

Bagi teman-teman yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila berhubung dengan;

Tel/SMS/WhatsApp: Abu Samah 013-6416095 dan Cikgu Ummi 019-2902640 atau boleh menyumbang terus ke akaun; Bank Rakyat (1139 9100 0251) PASTI NURUL HIDAYAH, FELDA PALONG 4, GEMAS NEGERI SEMBILAN. – HARAKAHDAILY 3/9/2017

WALAUPUN pada hari ini, genaplah 60 tahun negara Malaysia merdeka dari penjajahan British, namu begitu banyak persoalan yang timbul, adakah benar-benar wanita atau golongan muslimah itu merdeka.

"Adakah rakyat telah merdeka daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan hati?" tanya Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Zarani Othman.

Beliau juga bertanya adakah kita telah merdeka daripada iktiqad yang serong dan terpesong kepada iktiqad yang subur dan merdeka.

“Adakah kita merdeka daripada kezaliman pemerintah berdasarkan hawa nafsu kepada pemerintah yang beramal dengan Islam sepenuhnya?

“Adakah kita telah benar-benar merdeka, dengan jiwa dan minda kita hanya tunduk semata-mata kepada Allah?” soal beliau lagi.

Apa yang amat menyedihkan, katanya setelah 60 tahun merdeka dan walaupun ramai wanita dan lelaki Malaysia yang berpelajaran dan berjawatan tinggi, namun rasuah dan salah guna kuasa semakin bertambah.

“Kadang-kadang wanita lebih tinggi jawatan dan kedudukannya daripada kaum lelaki, ibarat pepatah melayu yang berbunyi ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' tetapi sayang seribu kali sayang apabila ianya tidak berpaksikan aqidah Islam. Segala yang ada hanyalah membuahkan natijah yag semakin meruntuh dan merosakkan negara," katanya dipetik Buletin Online.

Selain itu, tambahnya, penyalahgunaan kuasa semakin bermaharajalela, rasuah, gejala sosial yang semakin parah, pergaulan bebas, wanita-wanita yang mengandung tanpa nikah, kelahiran anak tak sah taraf yang semakin hari semakin membarah dalam masyarakat, seks bebas di kalangan anak-anak muda, dadah dan arak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan kaum hawa di negara ini setelah 60 tahun negara menyambut kemerdekaan.

Oleh itu, beliau yakin, sistem yang ditawarkan Islam adalah ubat dan penawar kepada penyakit da penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi sekarang.

“Semua kita, khususnya rakyat Malaysia, tak kira tua mahupun muda mesti kembali kepada Allah dan melaksanakan syariat-Nya.

“Piliiha raya Umum kali ke-14 sebagai ‘turning point’ kita memilih pemimpin yang benar-benar amanah dan mengutamakan rakyat daripada diri mereka sendiri.

“Ia medan terbaik untuk merealisasikan Terengganu Berkat Maju dan Sejahtera yang mendapat keberkatan dan keredhaan,” jelas beliau.

SETIAUSAHA Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat baru-baru ini dianugerah pangkat Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam).

Acara pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya.

Majlis lantikan pegawai dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia tersebut diadakan di Kota Darulnaim.

Azmy berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memilih Mohd Faudzi memegang jawatan itu.

“Dengan pemakaian pangkat terbabit antara tanggungjawabnya menyempurnakan kewajipan yang diamanah sebagaimana tercatat dalam Seksyen 8 (1) Akta Pertahanan Awam 1951 dan Kaedah 26 (2) Kaedah Kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970,” katanya di Kota Bharu.

Mohd Faudzi melahirkan rasa syukur di atas pemilihan tersebut dan berazam

meningkatkan lagi prestasi gerak kerja yang lebih mantap APM dengan kerajaan negeri.

“Saya mengucapkan terima kasih banyak di atas kepercayaan dan pelantikan ini,” ujarnya.

Katanya juga gerak kerja bersepadu akan terus diadakan untuk membantu penduduk yang ditimpa bencana. – HARAKAHDAILY 30/8/2017

JABATAN Pilihan Raya PAS Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Pelancaran Gelombang Hijau pada 27 Ogos 2017.

Majlis Pelancaran Gelombang Hijau PAS Sabah ini berlansung di Hotel LA Tawau. PAS kawasan Kalabakan telah diamanahkan sebagai tuan rumah untuk menjayakan majlis pelancaran tersebut yang diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Sabah, Suffian Yunus.

Majlis Pelancaran Gelombang Hijau PAS Sabah telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seterusnya melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan disaksikan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Pada awal sesi, diadakan pembentangan Dokumen Hijau Sabah Sejahtera yang disampaikan oleh Dr Zuhdi Marsuki, Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan pesuruhjaya PAS sabah, Ahmad Dullah, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee, serta Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu. – HARAKAHDAILY 29/8/2017

GH2

GH3

GH4

PAS Selangor terus mendapat perhatian anak muda di Pandan, semalam dengan penganjuran 'Tsunami Hijau Negeri Selangor' melalui aktiviti kekeluargaan seperti 'parenting skill' dan pertandingan mewarna anjuran Pemuda PAS negeri yang turut mengadakan acara riadah dan sukan.

Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) berjaya menganjurkan beberapa acara sukan yang menjadi kebiasaan anak muda seperti futsal padang, bola keranjang dan bola sepak persahabatan antara Pemuda PAS FC dan Belia Harapan FC.

DACS Selangor juga turut mengadakan DACS Mini Concert bersama 'buskers & drummers' bagi menarik minat pengunjung di samping perlawanan tarik tali antara pemuda kawasan dan 'demo race'.

Tidak ketinggalan juga pelbagai aktiviti kebajikan dan konvoi yang menarik di bawah kendalian Alternatif Riding Club (ARC) Selangor yang mendapat sambutan belia seperti program basuh motor percuma, tukar minyak hitam percuma dan konvoi pimpinan Pemuda PAS bersama kereta antik.

Forum Anak Muda di sebelah malam pula mendapat perhatian hadirin dengan penampilan dua ahli panel permotoran iaitu Ali Russia, aktivitis dakwah permotoran dan pelumba wanita profesional Cub Prix Malaysia, Siti Fatimah Husna.

Anak muda dan masyarakat turut diberikan pencerahan isu-isu terbaru menerusi Pentas Anak Muda yang menampilkan pimpinan negeri dan  pusat seperti Ustaz Sallehen Mukhyi, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan lain-lain.

Pastinya, yang cukup menarik ialah pelancaran hashtag 'Green4U' sebagai moto dan usaha berterusan Pemuda Pas mendampingi anak muda dan menyampaikan mesej sejahtera bersama Islam.

Secara keseluruhan program yang diadakan di Pandan itu jelas mendapat perhatian dan sokongan masyarakat pelbagai bangsa dan latar belakang. - HARAKAHDAILY 27/8/2017

DALAM usaha menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan pemuda dengan aktiviti yang bermanfaat, pihak Department of Art, Culture & Sport (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan telah menganjurkan kejohanan tertutup Futsal Merdeka 2017, bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang semakin hampir.

Kejohanan yang bertempat di gelanggang futsal UTC Sembulan itu disertai oleh kira-kira 70 orang peserta yang terdiri daripada 8 pasukan yang bertanding.

Sepanjang perlawanan berlangsung, para pemain dari setiap pasukan menunjukkan kemahiran dan cara bermain masing-masing serta tetap mematuhi peraturan permainan.

Sistem permainan kalah mati dalam 8 pasukan yang bertanding menyaksikan sebanyak 8 siri perlawanan dan pasukan SBT Junior telah berjaya menewaskan pasukan Belia Masjid Sembulan FC dalam perlawanan akhir, sekaligus menjuarai kejohanan Futsal Merdeka 2017 ini manakala pasukan Tanjong Aru FC berjaya mendapat tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Putatan, saudara Asrul bin Samat.

Beliau dalam ucapan perasmiannya telah menyatakan bahawa program sukan pada hari tersebut merupakan salah satu komitmen berterusan dewan pemuda PAS Putatan khususnya kepada para pemuda, selain daripada beberapa mekanisme program yang telah dianjurkan sebelum ini, seperti pendidikan, program sukan permotoran, bimbingan kerjaya, kebajikan dan kemasyarakatan serta pembangunan modal insan.

Beliau menambah, menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan merupakan perkara yang sangat dianjurkan oleh Islam, supaya kita menjadi muslim yang aktif dan produktif. – HARAKAHDAILY 27/8/2019

FutMer 3

FutMer 1

PAS Kawasan Batu Sapi meneruskan siri ziarah penerangan di Kampung Cecily.

Ziarah yang disertai Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain bersama Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi itu bertujuan untuk membina hubungan dengan kaum Tionghua sekali gus memberi penerangan berkaitan isu politik semasa yang berlaku di negara kita.

Penduduk Kampung Cecily yang rata-ratanya kaum Tionghua merasa senang dan menerima baik kedatangan PAS bagi memberi penjelasan tentang isu politik yang berlaku di Sabah dan Malaysia hari ini.

"Apa yang diwar-warkan oleh parti lawan sebelum ini berkenaan PAS akan kehilangan undi dari kaum Tionghua adalah sama sekali tidak benar.

"Saya menyaksikan sendiri bagaimana penerimaan orang kampung terhadap PAS dan menerima apa yang kami terangkan kepada mereka," kata Ramlan.

PAS meletakkan satu harapan besar bagi meraih undi dari kaum Tionghua di Kampung Cecily yang pasti akan memberi kesan baik kepada senario politik di kawasan Parlimen Batu Sapi.

MENGAMBIL kira minat ramai golongan wanita di negeri ini dalam bidang perniagaan, kerajaan negeri mewujudkan Tabung Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Usahawan Wanita.

IKS Usahawan Wanita diwujudkan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita di mana diperuntukannya diagih kepada setiap Dun.

Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar berkata, skim bantuan tersebut diwujudkan bagi membantu wanita yang berminat dalam bidang perniagaan.

Katanya, di Dun Kijang seramai 13 pengusaha IKS diberi bantuan peralatan usahawan tahun ini bagi meningkatkan kerjaya mereka.

“Tabung itu diwujudkan sejak tahun lalu bagi membantu usahawan kecil di kampung-kampung memperkembang lagi perniagaan mereka,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan di pejabat Dun Kijang hari ini. - HARAKAHDAILY 23/8/2017

JABATAN Amal Malaysia (JAM) Negeri Selangor hari ini mengadakan 'A Day For Charity' di Kampung Kelanang, Banting dengan membawa khidmat gotong royong pembersihan dan juga Dapur Rakyat yang merupakan salah satu produk khidmat masyarakat dalam misi-misi bencana alam JAM di semua peringkat.

kelanang2Sempena program Khidmat Masyarakat, JAM Negeri Selangor bersama penduduk Kampung Kelanang, Banting bergotong royong menumbangkan seekor lembu dan memasak bagi menjamu penduduk kampung dan anggota Amal.

Pada masa yang sama anggota JAM Negeri Selangor membantu penduduk kampung membersihkan kawasan jeti nelayan dan kawasan perkuburan Islam berdekatan Masjid Al-Azim.

Sumbangan lembu tersebut adalah dari Pejabat Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib bagi menjamu penduduk yang rata-ratanya adalah nelayan.

Anggota Amal turut bersama melapah dan memotong daging tersebut untuk dimasak bagi menjamu penduduk Kampung Kelanang dalam satu majlis penyampaian bantuan makanan kepada golongan asnaf yang disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. - HARAKAHDAILY 20/8/2017

kelanang

DEWAN Muslimat PAS Kawasan Tawau menerusi Lajnah Tarbiah telah berjaya mengadakan Program Munajat Akifi dan Qiamullail pada 19 dan 20 Ogos 2017.

Program ini bertempat di Pejabat PAS Kawasan Tawau dengan dihadiri kira-kira 40 orang muslimat terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Tawau dan Muslimat Muda PAS, Ameerah.

Program ini telah menyuntik semangat  perjuangan dan pengorbanan  di kalangan ahlinya menerusi pengisian-pengisian yang padat dengan ilmu dan ibadah yang dilaksanakan secara berjemaah.

Menerusi program tersebut, teras perjuangan Islam meliputi tiga elemen penting iaitu alim, haraki dan sufi telah dicerakinkan untuk kefahaman peserta.

Ia merujuk kepada usaha melengkapkan diri dengan ilmu, gerak kerja dan penyucian hati serta mendekatkan hubungan kepada Allah.

Antara pengisian dalam program tersebut adalah bacaan al-ma'thurat, sesi ta’aruf, solat fardu, tazkirah, dan qiamulail secara berjemaah.

Armawaty Amirullah selaku Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau melahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

“Semoga bantuan kecil kita dalam menggerakkan jemaah PAS ini diambil kira oleh Allah sebagai amal kebaikan dan mendapat ganjaran pahala sebagai saham menuju ke akhirat kelak,” katanya.

Sementara itu Ketua Ameerah Tawau,  Suhaeymi Yusril berharap program itu dapat melatih diri muslimat muda yang bukan hanya tangkas di medan juang tetapi juga mempunyai kekuatan dalaman untuk berjuang.

Kemuncak pengisian apabila Ustazah Sadeqoh Muhammad telah memberikan tausiah berkaitan pengorbanan yang perlu dihayati oleh para muslimat yang terlibat dalam perjuangan.

Sebelum itu, kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Ustazah Ratna Purnomo dengan mengajak para peserta menghayati tafsir surah An-Nas.

Program diakhiri dengan kuliah subuh berjemaah dan bacaan al-Mathurat.

KARNIVAL Kampungku Kesayanganku (3K) di Kampung Parit Baru, Air Tawar, kali ini menampilkan kelainan apabila sembilan pasangan suami isteri diraikan dalam program Semarakkan Cinta 25 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, program itu sebahagian usaha kerajaan negeri memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
 
“Semua pasangan ini sudah 25 tahun dan ada juga lebih lama berumahtangga tetapi kekal bahagia sampai sekarang.

“Mereka juga berkongsi pengalaman dan amalan berumahtangga kepada pasangan lebih muda,” katanya pada program itu di Masjid Ma’arufiah, Sabak Bernam, hari ini.

Memetik laporan SelangorKini, beliau berkata, institusi kekeluargaan yang lemah antara faktor penyumbang kepada kadar perceraian tinggi masa kini.

Terdahulu, Ahmad Yunus menyertai penduduk kampung dalam pelbagai acara dijalankan di karnival yang bermula, sejak semalam.

Antaranya, Kayuhan Kampungku Kesayanganku, pertandingan memancing tradisi, gunting rambut percuma, servis motorsikal percuma, kursus imam dan bilal, pelbagai forum juga pameran.

MAJLIS Makan Malam Amal Media anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang merupakan acara tetap dalam kalendar tahunan KAMI telah memasuki tahun ketiga diadakan.

Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim berkata, di samping diadakan dengan objektif untuk mengumpulkan dana bagi membiayai tugasan jihad media sepanjang tahun, majlis itu juga merupakan medan pertemuan petugas media dari pelbagai ceruk lapangan dalam satu acara tahunan bagi merapatkan ukhuwwah serta mendapatkan arahan dan amanat pimpinan untuk kelangsungan tugas di medan.

Menurutnya, majlis kali yang ketiga itu akan diadakan pada 25 Ogos (Jumaat) di NR Cafe Tok Jembal, Kuala Nerus dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Hussain Awang sebagai tetamu kehormat.

Beliau berkata, beberapa anugerah media dan kewartawanan juga akan diberi kepada petugas-petugas media terpilih dalam beberapa kategori.

"Pihak KAMI juga membuka ruang kepada para dermawan untuk bersama menyumbang untuk kita bersama memperkukuhkan lagi benteng media Islam yang diperjuangkan KAMI," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 19/8/2017