Bubur Asyura dana SERI Tahfiz Keningau

Komuniti
Typography

KENINGAU: Sekolah Rendah Islam (SERI) Tahfiz Al-Ilmi telah menganjurkan program memasak bubur asyura yang menjadi tradisinya untuk mengumpulkan dana pembangunan.

Disediakan secara gotong-royong bersama masyarakat setempat, hidangan istimewa itu memilih bubur asyura resepi dari Pantai Timur.

Sebanyak tiga kawah telah dapat disediakan dan menerusi jualan amal dari 300 tempahan menghasilkan perolehan RM3,000.

Penasihat Lembaga Pemegang Amanah SERI Tahfiz Al-Ilmi, Abd Hisham Othman berkata, usaha itu bagi menyiapkan pembangunan sekolah agar dapat memberi keselesaan kepada pelajar.

Menurut beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Keningau, pihak sekolah amat memerlukan bantuan bersama untuk membangunkan sahsiah dan generasi al-Quran di situ.

Sumbangan orang ramai juga boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 56-009-01062-50 atau hubungi pihak sekolah berkenaan. - HARAKAHDAILY 16/10/2018