Bilik gerakan PAS TTDI Jaya dirasmi

Komuniti
Typography

PAS Cawangan TTDI Jaya melakar sejarah pada 6 Oktober 2017 dengan membuat majlis perasmian untuk Markas, Bilik Gerakan dan Jentera Pilihanraya PAS Cawangan. Perasmian ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad.

Menurut Ketua Cawangan PAS TTDI Jaya, Abdul Razak, PAS Cawangan TTDI Jaya optimis dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang dengan mempersiap siagakan jentera dan petugas parti di peringkat Cawangan. Ini memberi suntikan semangat kepada semua ahli dan petugas parti.

Ucapan perasmian oleh Ustaz Idris menyentuh tentang kesediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya walaupun pertandingan berapa penjuru sekalipun. Beliau juga menegaskan kepada semua petugas untuk menyantuni dan memenangi hati pengundi atas pagar yang kebanyakannya tertekan dengan kelemahan Umno dan Barisan Nasional, tetapi gusar dengan Pakatan Harapan yang tidak berupaya untuk membela Islam atas tekanan parti dominan mereka DAP.

Akhir sekali PAS TTDI Jaya telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila- bila masa sahaja sama ada masih kekal di Parlimen Shah Alam atau ditukarkan ke Dun Sri Setia, Parlimen Kelana Jaya. - HARAKAHDAILY 7/10/2017